20 February 2020

Percutian Ke Kundasang ~ Day 1

Percutian kali ini adalah di negeri bawah bayu... Kundasang & Kota Kinabalu pada 12/02/20 - 16/02/20 selama 5 hari 4 malam.
Tiket flight dah di booking pada bulan Mac 2019... Biasa la kan kalau nak tiket murah kena la booking awal awal. Tiket pergi balik RM288.00 seorang untuk kami ber4.
Tiket Nadia pula RM427.00 seorang kerana dibeli pada bulan Jan 2020.
Aq menaiki penerbangan pertama untuk hari itu iaitu pada jam 5.35 pagi...
Haaaa awal kan....
Jadi nya pada jam 12.30 pagi aq dah keluar rumah mengambil grab untuk ke TBS.
Aq menaiki bas Eltabena pada jam 2.15 pagi untuk ke KLIA2 dengan harga RM55 untuk 5 orang.

Sampai di KLIA2 pada jam 3.00 pagi...
Jadi masih ada masa nak ke tandas atau slow slow jalan kan....
Boarding pada jam 4.55 pagi.
Flight mengikut jadual....

Selamat mendarat di KKIA pada jam 8.00 pagi.. Cepat 15 minit...
Terpaksa menunggu ketibaan kereta sewa...
Kata nya jam 8.30 sampai....
Aq hanya memilih kereta MYVI dengan harga RM470.00 untuk 4 hari..
Ok la kan...Muat la untuk kami 5 orang...

Di KLIA2..pagi lagi kan...

Bihun sup Rm5.00
Kuih Rm0.50 satu
Sarapan pagi di Restoran Happy Muslim Kota Kinabalu.....
Perjalanan diteruskan ke Tamparuli....

Jambatan Tamparuli...

Selamat tiba di Kundasang pada jam 12.00 tenghari...
Setelah membeli barang barang keperluan seperti maggi cup & air minuman...kami terus menuju ke Kiram's Village iaitu penginapan kami untuk 3 hari 2 malam di Kundasang.
Boleh lihat cerita aq mengenai Kiram's Village ye....
Bilik cabin Banana aq dh pun ready...Kami check in pada jam 1.00 ptg sepatut nya check in jam 2.00 petang.

Dihadapan cabin banana...
Tetapi sebelum sampai ke Kundasang, kami singgah sebentar di Pekan Nabalu.
Sampai kat sini jangan lupa beli kerepek pisang. Sepekat berharga Rm4 kalau beli 3 dapat Rm10.00
Menyesal aq tak beli lebih....

Antara barangan yang di jual...

Beraneka beras.....
Siap pack kecik2 dalam 300 gm Rm5.00

Beraneka kerepek & keropok...



Selepas check in di Kiram's Village...erm apa lagi...
Membuta la ye...dah berapa jam tak tidur kan...
Bangun je dalam jam 4.00 petang kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm....


Singgah bergambar je....
Masa ni baru jam 5.00 petang tapi macam dah nk kul 7.00 mlm kan

Selepas itu kami musing di Pekan Kundasang...
Cuaca sejuk je...Nyaman sekali...
Perut pun dah lapar kan...
Kami menuju ke Restoran Intan Cafe....

Nasi Ayam Penyet - Rm12.00

Bihun Goreng Seafood - Rm9.00

Nasi Goreng Kampung  - RM6.00
Nasi Goreng Pataya - RM8.00

Mee Goreng Basah RM7.00
Tapi betul ke ni...macam mee sup / kuah je...
Entah la....

Sayap ayam - RM2.00 satu
 Satay ayam - RM1.00 satu

Bontot ayam - RM1.00 satu

Bila dah kekenyangan kami pulang ke Kiram semula...
Esok je la jalan jalan....Kita sambung berehat sambil menikmati keindahan malam di Kiram...

Bila malam...cuaca amat la sejuk dan berangin...
Memang tak tahan siap berjaket berstokin lagi
Kebetulan ada orang datang bilik ke bilik menjual kek cheese dengan harga RM15.00
Apa lagi beli je la....
Tengok ada yang makan maggi ada yang makan kek..
Sejuk sejuk ni memang layan...
Sampai sini saja cerita hari pertama..
Esok sambung...kita nak ke mana pula...
Layan...
P/s : Nanti ku update sekali jumlah perbelanjaan untuk hari ini....

PERBELANJAAN UNTUK HARI PERTAMA (276.00)

Grab ke TBS - 20.00
Makan di TBS - 20.00
Sarapan di Restoran Happy Muslim - 34.00
Petrol - 60.00
Parking RM7.00
99 Speedmart - 24.00
Pekan Nabalu (Jajan) - 17.00
Dinner R. Intan Cafe - 54.00
Sayap ayam - 25.00
Kek - 15.00



Mee Goreng Seafood Basah Dinner Malam Ini

Malam ini ku buat kan mee goreng seafood basah untuk keluarga ku...
Dendam nak makan mee goreng seafood kan
Maka balik je kerja gigih pergi kedai beli bahan bahan untuk menu yang simple ni...




Dalam tengah masak tu tiba tiba la gas habis...
Nasib la my jiran Ezan ada kat bawah so dia la tolong order kan gas....
Tq Ezan...Love u... Kau lah penyelamat...
Bila gas datang sambung balik masak tapi mee dah tak berapa best la coz terendam lama kan...
Tapi apa apa pun licin juga sebungkus mee untuk 4 orang makan...
Jom layan resepi cara aq....

Resepi Mee Goreng Seafood Basah

1 bungkus mee (ku guna mee nume gardenia)
10 ekor udang
5 ekor sotong
2 ulas bawang putih - di ketuk
2 sudu cili kering
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat jalen
1 sudu serbuk maggi cukup rasa
1 kiub ayam maggi
1 sudu gula
Garam
Sawi
Kobis
Capsicum Merah

Cara - Cara

Tumis bawang putih
Masukan cili kering, segala sos, kicap
Masukan kiub ayam & gula
Masukan sotong & udang
Masukan air dalam 1 cawan ikea
Masukan mee
Masukan sayur-sayur
Dah nak kering air masukan serbuk rasa
Seimbang kan garam
Siap.....



19 February 2020

Kiram's Village Kundasang ~ Indah Dan Mendamaikan

Percutian ku ke Kundasang Sabah pada 12/02/20 - 14/02/20.
Kali ini ku memilih Kiram's Village untuk percutian selama 3D2N di Kundasang.
Dari tahun lepas lagi aq telah membuat tempahan di Kiram's Village kerana aq suka dengan suasana serta pemandangan yang sungguh mendamaikan.
Aq memilih cabin Banana dengan harga RM300 untuk 2 malam...
Terdapat 2 katil queen di dalam cabin.
Ok la kan muat la untuk kami berlima....

Di hadapan cabin Banana & Apple
Sebelah kiri Banana
Sebelah kanan Apple


Dari hadapan pejabat Kiram's Village.
Nun kelihatan cabin Banana di lereng bukit....

Hadapan pejabat Kiram's Village



Selain dari Kiram's Village terdapat beberapa Chalet di dalam kawasan yang sama
diantara nya 
Kinabalu View Chalet
Alpine D'bayu Residence
D'bayu Garden Residence
Jane Motel Kundasang
Bagi aq semua chalet ni cantik cantik terpulang kepada bajet anda la ye...
Yang paling cantik sekali bagi aq ialah D'bayu Garden Residence.




Kat sini banyak bunga bunga yang cantik cantik.
Anda dilarang sama sekali memetik bunga bunga yang terdapat di sini...








Suasana pagi 
Masa ni jam 6.30 pagi....
Boleh la nampak view Gunung Kinabalu...
Kalau dari cabin Banana selak langsir je boleh tengok dah gunung.
Hb kata buat susah susah je korang keluar.
Hahahah...







Jom layan diantara bunga yang terdapat di Kiram's Village...
Next cerita aq berkenaan percutian ke Kundasang, Tips Of Borneo Kudat dan juga Kota Kinabalu.
Jom.....

Nasi Bario Goreng Kampung Simple

Agak kedengaran pelik sikit nasi goreng ku ini...
Hehehe...
Mungkin bagi yang sudah pun tahu
Negeri Sabah dan Sarawak memang terkenal dengan pelbagai beras.
Ada Padi huma, Beras Bario, Beras Pandan Wangi, Beras Pulut Hitam dan macam macam lagi...
Semalam pulang dari kerja disebabkan siang nya aq masak nasi menggunakan beras bario yang ku beli semasa bercuti di Kundasang...Gigih weh pikul beras...hahaha....
Bila nasi bario ni berbaki memang sayang la nak buang kan
Jadi ku jadiakan la nasi goreng
Disebabkan makan malam aq selalu suka yang simple je...
Ku buat kan nasi goreng kampung untuk mereka....


Nasi bario ni sedikit melekek ye...kalau makan panas - panas... 
Masa di Kundasang masak nasi bario ikan masin sayur campur...nikmat nya makan....
Terbayang bayang lagi kenikmatan nya....

Jom layan resepi simple aq...

Resepi Nasi Goreng Kampung Cara Aq

1 mangkuk nasi bario
1 kiub ikan bilis
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 biji telur
3 biji cili api merah
sedikit sayur kangkung

Cara - Cara

Cili api bawang ditumbuk
Dadar kan telur & hancurkan
Tumis bahan tumbuk
Masukan kiub bilis
Masukan telur dadar
Masukan nasi.. kacau rata
Masukan kangkung
Rasakan dengan garam...
Siap....

Sambut Birthday HB @ Nasi Lan Kedah

Hari ini 17 Feb 2020 hari kelahiran my chenta hati...
Disebabkan baru je balik dari bercuti mood letih masih menguasai diri.
Hehehe...
Disebabkan ada yang nk sponser makan kat Nasi Lan Kedah Bandar Sri Permaisuri...
Erm.... Lepas je magrib kami sekeluarga datang makan malam disini...
Ini kiranya kali ke 2 aq makan disini...
Masakan disini boleh tahan sedapnya...
Lagi lagi nasi kandar diorang ni versi kuning...Nasi kandar ori dari Kedah la kan...
Jom tengok....


Ini pinggan my hb..
Nasi + ikan bawal masak kari...

Pinggan Alif
Nasi + ayam goreng

Ni pinggan aq..
Nasi + sotong + telur sotong+ daging msk kicap + sayur
Banyak kan...tamak tul....

Pinggan along takde ambil gambar...lambat datang...
Rasa makanan disini memang sedap...
Harga pun mampu milik...
Terima kasih Fatahul belanja keluarga makan disini...
Nanti gaji belanja lagi ye...Ok dia kata...
Hahahaha.....
Selamat hari lahir buat suamiku.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga berbahagia selalu.
Semoga menjalani kehidupan dengan tenang dan aman.
Love U....
Layan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...