20 February 2020

Percutian Ke Kundasang ~ Day 1

Percutian kali ini adalah di negeri bawah bayu... Kundasang & Kota Kinabalu pada 12/02/20 - 16/02/20 selama 5 hari 4 malam.
Tiket flight dah di booking pada bulan Mac 2019... Biasa la kan kalau nak tiket murah kena la booking awal awal. Tiket pergi balik RM288.00 seorang untuk kami ber4.
Tiket Nadia pula RM427.00 seorang kerana dibeli pada bulan Jan 2020.
Aq menaiki penerbangan pertama untuk hari itu iaitu pada jam 5.35 pagi...
Haaaa awal kan....
Jadi nya pada jam 12.30 pagi aq dah keluar rumah mengambil grab untuk ke TBS.
Aq menaiki bas Eltabena pada jam 2.15 pagi untuk ke KLIA2 dengan harga RM55 untuk 5 orang.

Sampai di KLIA2 pada jam 3.00 pagi...
Jadi masih ada masa nak ke tandas atau slow slow jalan kan....
Boarding pada jam 4.55 pagi.
Flight mengikut jadual....

Selamat mendarat di KKIA pada jam 8.00 pagi.. Cepat 15 minit...
Terpaksa menunggu ketibaan kereta sewa...
Kata nya jam 8.30 sampai....
Aq hanya memilih kereta MYVI dengan harga RM470.00 untuk 4 hari..
Ok la kan...Muat la untuk kami 5 orang...

Di KLIA2..pagi lagi kan...

Bihun sup Rm5.00
Kuih Rm0.50 satu
Sarapan pagi di Restoran Happy Muslim Kota Kinabalu.....
Perjalanan diteruskan ke Tamparuli....

Jambatan Tamparuli...

Selamat tiba di Kundasang pada jam 12.00 tenghari...
Setelah membeli barang barang keperluan seperti maggi cup & air minuman...kami terus menuju ke Kiram's Village iaitu penginapan kami untuk 3 hari 2 malam di Kundasang.
Boleh lihat cerita aq mengenai Kiram's Village ye....
Bilik cabin Banana aq dh pun ready...Kami check in pada jam 1.00 ptg sepatut nya check in jam 2.00 petang.

Dihadapan cabin banana...
Tetapi sebelum sampai ke Kundasang, kami singgah sebentar di Pekan Nabalu.
Sampai kat sini jangan lupa beli kerepek pisang. Sepekat berharga Rm4 kalau beli 3 dapat Rm10.00
Menyesal aq tak beli lebih....

Antara barangan yang di jual...

Beraneka beras.....
Siap pack kecik2 dalam 300 gm Rm5.00

Beraneka kerepek & keropok...



Selepas check in di Kiram's Village...erm apa lagi...
Membuta la ye...dah berapa jam tak tidur kan...
Bangun je dalam jam 4.00 petang kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm....


Singgah bergambar je....
Masa ni baru jam 5.00 petang tapi macam dah nk kul 7.00 mlm kan

Selepas itu kami musing di Pekan Kundasang...
Cuaca sejuk je...Nyaman sekali...
Perut pun dah lapar kan...
Kami menuju ke Restoran Intan Cafe....

Nasi Ayam Penyet - Rm12.00

Bihun Goreng Seafood - Rm9.00

Nasi Goreng Kampung  - RM6.00
Nasi Goreng Pataya - RM8.00

Mee Goreng Basah RM7.00
Tapi betul ke ni...macam mee sup / kuah je...
Entah la....

Sayap ayam - RM2.00 satu
 Satay ayam - RM1.00 satu

Bontot ayam - RM1.00 satu

Bila dah kekenyangan kami pulang ke Kiram semula...
Esok je la jalan jalan....Kita sambung berehat sambil menikmati keindahan malam di Kiram...

Bila malam...cuaca amat la sejuk dan berangin...
Memang tak tahan siap berjaket berstokin lagi
Kebetulan ada orang datang bilik ke bilik menjual kek cheese dengan harga RM15.00
Apa lagi beli je la....
Tengok ada yang makan maggi ada yang makan kek..
Sejuk sejuk ni memang layan...
Sampai sini saja cerita hari pertama..
Esok sambung...kita nak ke mana pula...
Layan...
P/s : Nanti ku update sekali jumlah perbelanjaan untuk hari ini....

PERBELANJAAN UNTUK HARI PERTAMA (276.00)

Grab ke TBS - 20.00
Makan di TBS - 20.00
Sarapan di Restoran Happy Muslim - 34.00
Petrol - 60.00
Parking RM7.00
99 Speedmart - 24.00
Pekan Nabalu (Jajan) - 17.00
Dinner R. Intan Cafe - 54.00
Sayap ayam - 25.00
Kek - 15.00



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...