25 April 2022

Rumah Ku Di Damansara Damai

 Rumah ku di Apartment Suria di Damansara Damai.
Rumah ni ku beli 20 tahun yang lalu. Kami tak pernah tinggal di sini.
Rumah ni disewakan saja. Bila penyewa keluar, rumah ku habis rosak...Masa penyewa pulangkan kunci rumah.. rasa nak menangis tengok keadaan rumah ku. Selepas itu aku berbincang dengan hb sebelum nak sewakan semula kepada yang lain aku harus melakukan sedikit pengubahsuaian sedikit. Kalau tak memang tak kan ada penyewa yang nak sewa nanti...
Dalam sebulan lebih juga la mengambil proses ubahsuai. Sebabnya cat dan cuci kami lakukan sendiri, Nak jimat kos kan...

Semalam aku datang bersama hb, untuk cuci rumah tu..
Ni bilik utama, baru la nampak menarik sikit kan.
Rumah ku berhadapan dengan SKDD2.
Boleh nampak sekolah...tu bumbung merah tu sekolah la ye...

Bilik no 3

Hall masih basah lagi...

Sebelum diubahsuai.... begini lah keadaan rumah ku yang kotor dan tak terurus....


Layan gambar gambar, tengok pun tak ada selera...

Tukar cover tandas

Tukar pamp air baru


Yang ni pun tukar baru

Klip tingkap baru, yang lama dah patah

Tombol pintu baru

Ni pamp lama

Pamp baru dalam master bedroom

Toilet yang ke 2

Tukar pintu tandas bilik no 1

Tukar pintu tandas no 2

Tukar pintu bilik no 3 sekali dengan frame besi.
Frame lama tu kayu...



Kenapa aku tukar pintu.... 
Rumah aku diserang anai anai...Habis rosak bingkai pintu dan juga pintu...
Aku terpaksa panggil pest control. Mereka datang melakukan semburan 1 rumah dengan kos RM180.00

Pintu tandas baru bilik no 1

Pintu tandas baru no 2

Kerja kerja pemasangan table top

Keadaan dapur lama sebelum ubahsuai

Siap table top baru

Ku pasangkan juga sinki 2 lubang dan 2 batang paip

Tambah plug peti sejuk. Mudah la penyewa nanti tak perlu guna extension plug lagi 

Kipas lama...tengok berapa tebal habuk....

Kipas baru

Kami cat sendiri

Sambil di bantu anak anak...

Alif dah keletihan....

Bilik master bedroom yang sudah di cat

Hall
Nanti aku akan updated lagi progress seterusnya...
Masih belum siap sepenuhnya...
Kami berhenti dulu kerana bulan puasa...Lepas raya sambung balik la ye...
Untuk pengetahuan rumah ku ini mempunyai 3 bilik dan 2 tandas
Berkeluasan 750 kaki persegi



Program Bubur Lambuk @ 24/04/22

Ahad, Dalam jam 10.00 sepatut nya acara memasak bubur lambut, tapi dalam kul 9.45, Kiah dah sahur di group... mana korang weh.... ok la kita turun ye...
Program memasak bubur lambuk kali ni anjuran Krt bersama denga Zara anak Kak Ros yang menjadi sponser penuh bubur lambuk kali ini...
Orang perempuan tugasnya memotong bawang, halia, daun sup saja...



Sibuk bekerja, bergambar jangan dilupakan ye...

Kaum lelaki memotong daging....

Bawang yang ditumis bersama dengan halia....dan rempah rempah yang lain...

Daging harus direbus berasingan dahulu...

Nasi yang direbus bersama daun pandan dan juga serai...

Kami pun nak mencuba mengacau bubur lambuk...


Akhirnya siap juga...


Membungkus.....



Orang kuat kami... Kak Ros


Hajah juga datang memeriahkan program...

Siap...

Agihan diberikan kepada semua penduduk...


Aku takde sebab dah balik dalam pukul 12.
Aku pergi ke rumah di Damansara Damai...
Jadi nya ku pesan kepada kawan ku...Kalau bubur lambuk siap jangan lupa hantar kat rumah aku ye 2 bekas... Akhir nya.... berbuka dapat la makan bubur lambuk....

 

Iftar 21 Ramadhan 1443H @ 23/04/22

Hari sabtu abg & kak ipar turun ke KL. Ada mesyuarat di Corus Hotel Jalan Ampang.
Jadi nya aku terpaksa mengambil mereka di sana. Selepas mengambil mereka, aku ke Mydin USJ pula mengambil Annisah..Kemudian bawa mereka pulang ke rumah...Berehat sebentar sementara menunggu hb balik dari kerja. Dalam jam 3.00 hb pun pulang. Kami bersiap siap menuju ke Secret Recipe GM Klang untuk membuat pembayaran...Sepatutnya kami ingin ke TCRS Aeon Bukit Tinggi, kata nya takde tempahan hanya customer walk in sahaja. Terpaksa la ke SR saja kerana mereka membenarkan sistem tempahan...

Muka masing masing gumbira je...


Sabar menunggu makanan...

Curry Seafood Laksa - RM18.10 

Singapore Laksa - RM18.10 ni aku rekemon memang sedap

Nasi Goreng Ayam Rangup - RM18.88

Yang ni SIL punya tak tahu harga nya

Mee goreng mamak abg aku punya...tak tahu harga

Meat ball yang ni SIL punya x tahu juga harga nya

Potato wedges (Cheese) - RM6.47

Ipoh Hor Fun - RM15.52


Balik je dari SR ku hantar mereka kembali ke Corus Hotel.
Sebelah hotel tu ada Urban Foodtruck....
Layan makan kat situ...
Nasi lemak telur mata RM7
Lok Chin RM5 (10 batang)
Sosej pulut RM3 sebatang

Meja booking kami di SC...


 

Lepas Berbuka, Ke IOI Mall Putrajaya

 Lepas je berbuka, kami terus ke IOI Mall Putrajaya..
Malas nak berbuka kat luar, Berbuka di rumah saja la...
Sampai je IOI Mall dalam jam 8.30 malam.
Jenuh pusing cari parking, memang penuh la parking.. terpaksa menunggu kot kot ada orang yang lepas berbuka terus balik kan...Akhirnya dapat juga kami parking.






Kami memang suka ke IOI Mall ni, Mall nya yang besar dan banyak pilihan...
Makanan pun banyak juga...Matlamat kami ke IOI Mall ni adalah ingin mencari sandle buat mereka...
Kedai yang mereka suka pergi ialah Kickers...

Antara sandle yang terdapat di Kickers

Beg Kickers....
Aku rasa Kickers ni kena la improve kan design mereka, Handbeg asyik asyik corak tampal tampal tu je.. Setiap kali tengok mesti design macam tu..bosan nya aku.....
Lepas tu Nadia ke kedai Padini. Punya la ramai orang, masa bayar tu long Q.
Jenuh la aku menunggu Nadia. Nak p makan kedai pun dah tutup.
Mall tutup jam 10.00 malam. Bila turun nak keluar dari parking...
Terus sangkut dalam 45 minit juga...Mana tak nya...semua pengunjung keluar serentak jam 10.00 malam kan... hon sana sini berbunyi.... pihak pengurusan IOI kena la pikir kan sesuatu.... buka la lebih banyak exit keluar tu....



Jem sana sini....
Akhirnya aku sampai ke rumah dalam jam 12.00 malam juga....
Serik kot aku nak pergi IOI Mall ni bila lepas berbuka...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...