25 April 2022

Rumah Ku Di Damansara Damai

 Rumah ku di Apartment Suria di Damansara Damai.
Rumah ni ku beli 20 tahun yang lalu. Kami tak pernah tinggal di sini.
Rumah ni disewakan saja. Bila penyewa keluar, rumah ku habis rosak...Masa penyewa pulangkan kunci rumah.. rasa nak menangis tengok keadaan rumah ku. Selepas itu aku berbincang dengan hb sebelum nak sewakan semula kepada yang lain aku harus melakukan sedikit pengubahsuaian sedikit. Kalau tak memang tak kan ada penyewa yang nak sewa nanti...
Dalam sebulan lebih juga la mengambil proses ubahsuai. Sebabnya cat dan cuci kami lakukan sendiri, Nak jimat kos kan...

Semalam aku datang bersama hb, untuk cuci rumah tu..
Ni bilik utama, baru la nampak menarik sikit kan.
Rumah ku berhadapan dengan SKDD2.
Boleh nampak sekolah...tu bumbung merah tu sekolah la ye...

Bilik no 3

Hall masih basah lagi...

Sebelum diubahsuai.... begini lah keadaan rumah ku yang kotor dan tak terurus....


Layan gambar gambar, tengok pun tak ada selera...

Tukar cover tandas

Tukar pamp air baru


Yang ni pun tukar baru

Klip tingkap baru, yang lama dah patah

Tombol pintu baru

Ni pamp lama

Pamp baru dalam master bedroom

Toilet yang ke 2

Tukar pintu tandas bilik no 1

Tukar pintu tandas no 2

Tukar pintu bilik no 3 sekali dengan frame besi.
Frame lama tu kayu...



Kenapa aku tukar pintu.... 
Rumah aku diserang anai anai...Habis rosak bingkai pintu dan juga pintu...
Aku terpaksa panggil pest control. Mereka datang melakukan semburan 1 rumah dengan kos RM180.00

Pintu tandas baru bilik no 1

Pintu tandas baru no 2

Kerja kerja pemasangan table top

Keadaan dapur lama sebelum ubahsuai

Siap table top baru

Ku pasangkan juga sinki 2 lubang dan 2 batang paip

Tambah plug peti sejuk. Mudah la penyewa nanti tak perlu guna extension plug lagi 

Kipas lama...tengok berapa tebal habuk....

Kipas baru

Kami cat sendiri

Sambil di bantu anak anak...

Alif dah keletihan....

Bilik master bedroom yang sudah di cat

Hall
Nanti aku akan updated lagi progress seterusnya...
Masih belum siap sepenuhnya...
Kami berhenti dulu kerana bulan puasa...Lepas raya sambung balik la ye...
Untuk pengetahuan rumah ku ini mempunyai 3 bilik dan 2 tandas
Berkeluasan 750 kaki persegi



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...