09 February 2023

Apam Pisang Dan Roti Sardin

 Apam pisang ni order dari Ina. Katanya Ina tak tau nak bawa makanan apa untuk ke rumah Nurin.
Ina ni bz setiap ahad ada kursus haji. Aku tempah dengan mu la Shima apam pisang...
Ok je kata ku takde masalah...
Nurin menjemput kami ke kedai nya yang akan dibuka tak lama lagi.
Kiranya nak buat doa selamat dah bacaan yassin la....



Apam pisang ni memang lembut gebu dan terasa puas di setiap gigitan tu...
Aku jual sebekas RM18 / 25 biji.


Yang ni pula sedekah aku untuk Nurin.
Roti sardin je

Menu Tengahari @ 28/01/2023

Hari sabtu macam biasa aku akan ke Taman Medan membeli pelbagai jenis lauk untuk dijadikan stok makanan. Nanti nak masak mudah la...
Aku masak special sikit untuk anak anak...
 



Ikan tongkol masak singgang..
Kata mereka nak makan dengan budu.....


Yang ni pula cumi sambal... kecik kecik je..
Makan memang la sedap..tapi nak menyiangnya bukan la mudah


Pucuk paku tumis bersama chicken ball


Yang ni aku tak tau nama apa
Macam taugeh warna hijau...
Aku tumis campur sos tiram dan juga udang....

27 January 2023

Bekalan Hari Jumaat @ 27/01/2023

 Salam Jumaat.....
Hari terakhir bekerja untuk minggu ni...
Minggu ni kerja bermula hari rabu dan khamis. 2 hari dah bos izinkan balik pukul 12.30.
Hari ni jumaat bos dah cakap balik jam 3.00 petang...
Boleh la aku ke carwash cuci kereta... Hehehe...

Macam biasa menu hari ni simple je...sebab aku dah agak hari ni balik awal. 
Selalu jam 5.30 kan...


Aku bawa ubi rebus cicah gula perang..
Sedap macam putu mayam cicah gula perang....


Yang ni diantara bekalan kami.
Nasi goreng untuk Nadia bawa ke tempat kerja dan juga ubi rebus makan dengan kawan2
Alif pun bawa ubi rebus... tapi lebih la sikit... Nanti share juga tu dengan kawan nya...


Roti gardenia berbaki 3 keping.
Aku buatkan french toast..
Sayang kalau tak diolahkan...esok takut ke tong sampah dah.

RESEPI FRENCH TOAST

 - 3 keping roti gardenia
- 1 biji telur
- 1/4 cawan susu cair / fullcream / low fatt
- 1 sudu susu pekat manis
- Sedekit garam
- Sedikit mentega / butter

 CARA - CARA

- Campurkan ke semua bahan kecuali mentega - di pukul sebati
- Panaskan kuali nonstick - letak mentega
- Celup roti ke dalam telur
- Letak kan roti di kuali. Masak di ke 2 2 belah roti sehingga garing..
- Selamat mencuba

26 January 2023

Menu Hari Khamis @ 26/01/2023

 Hari ni dah khamis.
Hari ni kerja la macam biasa. Harap hari ni balik awal lagi...
Macam semalam dapat balik awal. Tapi aku bawa juga bekal. Mana tau tiba tiba bos kata balik lambat ke.. kelaparan lak aku....

Menu bekal aku hari ni
French toast, sosej roll, keli sambal dan juga kobis tumis fish ball.


Yang ni pula untuk anak anak kat rumah.
Lauk banyak ni je... cukup ke tu..
Mesti licin nanti diorg balun.
Takpe la malam ni aku dok mikir nak masak apa lagi untuk mereka.
Malam semalam aku buat kan nasi goreng cili api je...
Tu pun licin...

Menu Hari Rabu @ 25/01/2023

 Hari ni rabu. Dah masuk kerja. Gigih aku masak....
Aku buat kari ikan nyuk nyuk, sayur bunci tumis telur, telur dadar untuk aku dan juga sosej roll.
Aku buat lebih simpan dalam freeze sikit....


Yang ni bekalan aku
Ingat nak makan la time lunch. 
Sekali bos kata hari ni keje half day je.
Jadi nya kul 12.30 kami dah balik.
Bekalan aku tu aku makan kat rumah je la...


Yang ni pula untuk anak anak kat rumah...
Sedap diorg kata hari ni makan kari ikan...
Hehehehe... Kesian anak mama...

Dinner ~ Butter Milk Chicken

Untuk dinner pula aku buat butter milk chicken.
Sebelum ambil Nadia balik kerja, aku masak dulu butter milk chicken ni.
Kebetulan hari tu Faiz bagi daun kari banyak...
Jadi nya aku buh la banyak banyak daun kari tu.



Berselera la anak anak makan.....
Berebut mereka nak kan kuah...
Aku lak buat kuah tak banyak cukup la sekadar menyaluti ayam tu.

Menu Tengahari Selasa @ 24/01/2023

 Bila dah tahu nak masak apa...
Aku nak masak sup daging... Daging ni aku kena la masak lama sikit.
Malas la aku nak guna pressure cooker... Tak padan dengan daging.


Aku gu kan juga dengan kobis tumis campur udang dan juga telur dadar.
Aku ada beli sambal ikan bilis segera tu...beli kt tiktok shop....
Jadi la buat rasa rasa pedas kan.....

Sarapan Pagi Hari Selasa @ 24/01/2023

 Hari ni dah selasa... hari terakhir..esok dah mula kerja macam biasa.
Nasi putih semalam ada sikit lagi... Aku masak nasi goreng biasa... 
Gorengkan dengan telur mata...
Semug essenso coffee dan sebiji limau mandarin...
Sambil layan radio sinar di channel astro....
hari lak gerimis.... nikmat oooo....


Sambil makan...kepala otak memikirkan menu apa untuk tengahari ni dan juga dinner malam ni...
Layan makan dulu...

Dinner Hari Raya Cina Ke 2

 Sebelah petang nya...
Aku masak lagi sotong sambal dan juga tumis buncis.
Habiskan stok
Bila anak anak makan sotong sambal ni...dah kepedasan.... Cili kering yang aku beli kat Fresh Mart ni jenis pedas kot....
Tersiut siut diorg makan...

Saja aku buat 2 bekas sotong ni...
Makan 1 1.... aku lak selalunya masakkan je untuk diorg...
Takde selera aku nak makan....

Menu Hari Hari Raya Cina Yang Ke 2

 Hari ni aku cuma sarapan maggi carbonara jenama vits tu...
Baru makan sesudu Alif dah mengendeng... Kesian la pula...
Takpe la ambil la habiskan... Aku makan kek butter yang tinggal berapa ketul tu lagi...
dengan sebiji limau mandarin yang bos bagi hari tu....
Bila sarapan makan sikit je... aku awalkan masak tengahari.....


Ikan siakap ni tang ekor aku masak siakap 3 rasa.......


Tang kepala aku buat siakap stim...
jadi la 2 menu ni....

Tengahari nya aku potong sepotong tembikai yang aku beli kat Hero.
Sekarang ni buah tembikai dah tak boleh beli sebiji.
Harga nya dah jadi T20. Kalau dulu boleh la lagi beli sebiji sebab harga nya masih di tahap B40.
Sekarang ni apa apa pun mahal. Tapi bersyukur kerana aku masih bisa makan sepotong tembikai.
Suku bagi kat Alif, suku aku makan... 
Alhamdulillah...



Popia Carbonara Untuk Minum Petang

Lepas je aku hantar Nadia p kerja. Singgah Hero jap..beli bahan nak buat popia carbonara.
Lama weh tak makan... Aku nak masak sendiri la puas hati makan.
Gigih aku ke Hero beli bahan. Balik rumah terus buat inti nya...
Biarkan inti tu sejuk baru la aku gulung.
Aku buat kulit nya 2 lapis sebab tak mo bila digoreng kulit nya pecah.
Rupanya lagi sedap... lagi ranggup.
Tapi dalam sebungkus kulit tu cuma dapat 25 ketul je la...sebab di double kan...
Goreng garing makan panas2... berebut diorg makan.... 


Serawa Durian Pemberian Jiran

 Sebelah petang boboi anak jiran depan rumah ketuk pintu. 
Minta pinggan...Alif pun bagi la pinggan.
Rupanya jiran ku beri sepinggan serawa durian.
Kebetulan aku ada roti...
Cicah roti makan di waktu petang. 
Cuaca pun gerimis je...
sedap nya....


Lepas dan teringin nak makan serawa durian ni...
Alhamdulillah....

Menu Tengahari Tahun Baru Cina

Menu tengahari aku.
Hari ni masak special la sikit.
Tak la mewah mana pun...cukup la sekadar mengalas perut kami anak beranak...
Hari ni aku ada beli daging... aku masak daging kari ala mamak....
Tumis kan buncis pecah telur yang ni Fatahul suka. Kalau sayur lain dia tak makan..
Goreng 4 ketul ayam KFC dan juga ikan bawal kecil kecik ni...aku goreng garing garing.
Sedap meratah. Kena pula dengan nasi panas...
Laju makan....


Alhamdulillah..... TQ Ya Allah... untuk rezeki hari ini....

 

Happy Chinese New Year @ 22/01/2023 ~Tahun Arnab

 Selamat tahun baru cina.... Gong Xi Fa Cai.....
Hari ni hari pertama chinese new year.... Bangun pagi, ku lihat ada sedikit nasi sejuk...
sayang nak buang. Aku buat nasi goreng simple je.
Potong kek butter hari jumaat tu ada lagi sikit. Dengan semug wanda coffee...
Nikmat nya makan macam ini. KL pula hujan gerimis terus. Sejuk...rasa nak tarik selimut je...
Hehehehehe....

Jom kita sarapan..

Siakap Stim Ala Thai @ 21/01/23 ~ Chinese New Year Eve

 Sabtu pagi lepas je subuh aku ajak Nadia ke Pasar Segar Din Taman Medan. 
Nak beli lauk pauk sebabnya aku akan bercuti panjang. Nanti mesti takde lauk kat pasaraya.
Masa nak keluar rumah cuaca gerimis je. Nak tak nak kena la pegi...
Hari ni aku beli pelbagai jenis ikan... daging, udang, sotong.
Puashati bila esbox penuh dengan bahan mentah.
Disebabkan Nadia tak kerja.... boleh la aku masak lambat sikit.
Aku buatkan siakap stim ala thai versi aku..Hehehehe....



Dah penuh tabur ngan daun ketumbar. 
Ikan siakap ni sekor aku suruh kedai tu potong 2.

SIAKAP STIM ALA THAI

- Seekor ikan siakap potong 2. 
- 1 biji bawang holen
- Cili api secukupnya
- 1 inci halia
- 2 batang serai diketuk ( aku tak letak...lupa beli)
- 2 sudu sos ikan
- 1 kiub ikan bilis
- Sedikit gula
- Sedikit aji
- Garam secukupnya
- 1 biji limau nipis ( ambil jus)
- 1 biji tomato
- Daun ketumbar.

CARA - CARA

- Kesemua bahan dipotong masuk kedalam kuali kecuali tomato dan sedikit daun ketumbar
- Masukan air. Terpulang kalau nak berkuah lebih kan air
- Bila kesemua dah mendidih..Masukan ikan...dan di tutup dengan tudung periuk...
- Biarkan ikan masak sekata.. Dan dibalik sekali saja... Banyak kali nanti hancur
- Letak tomato
- Bila dan masak kaut letak dalam pinggan. Taburkan dengan daun ketumbar.

** Dalam ertikata lain... nama je ikan siakap stim.
Kaedah memasak aku ala ala merebus. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...