30 May 2024

Makan Mee Udang Tanjung Tualang

 Hari sabtu lepas aq ke Kampar. Ambil Shahira dari rumah sewanya.
OTW nak balik rumah singgah makan kat Mee Udang Tanjung Tualang.
Dulu sedap makan kat sini.
Masa tu Fatahul belajar di MTQ Addin 00 Malim Nawar 2019.
Tiap kali tengok Fatahul, kami akan singgah makan kat sini.
Kot semata mata nak makan mee udang ni nak ke Tanjung Tualang memang tak la...
Jauh juga nak ikut kan dari Bota nak ke Tanjung Tualang ni.
Masa kami lalu tu... eh buka kedai ni...ok balik kang kita singgah la....

Aq dan mak memilih makan mee rebus udang biasa...
Sedap sampai ke titisan terakhir aq hirup kuah...

Yang ni nasi goreng udang untuk hb

Yang ni nasi goreng ayam untuk Shahira.

Selain ni ada juga makanan lain iaitu otak otak, kentang goreng. HB makan tapai ubi...
Sedap manis kata nya.
Lepas je makan. Kami terus balik...
Aq ni dah la batuk..... makan ubat batuk je laloq tido....
Haish......

Alif tak ikut aq...Alif ikut maklong nya ke kenduri kat Kuala Kurau.....
nanti kereta tak muat kata ku...Jadi Alif kena ikut maklong la

Alif sarapan roti telur

Dalam kereta SIL ku...
Mereka otw ke kenduri yang terletak di Kuala Kurau...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...