22 August 2022

JJCM @ Sadam Nasi Kandar Segambut

 Cerita semalam ahad @ 21/08/2022. Selalunya hari minggu memang jarang la aku nak masak. Bila hb pun cuti. Kami bermalas malasan je...Ahad pagi pergi mengeteh di Kedai Kuning je. Bila sebelah petang nya aku mengajak hb lagi ke kedai kuning konon nak makan laksa... tapi bila pikir malas la pulak nak makan laksa... Dan aku terpikir nak makan nasi kukus kat Shah Alam... hb kata malas la jauh ke sana. Hb pun terpikir jom la kita pergi ke Sadam.... aik sesebelum ni penah gak aku ajak ke situ tapi hb tak mo.... cis kalau la tahu lunch nak makan kat Sadam memang aku tak mo la bersarapan di kedai kuning baik makan yang simple simple je kat umah. 
Sekarang ni kalau teringin nak makan nasi kandar kami akan ke Sadam Nasi Kandar di Segambut. Senang je nak cari waze je Sadam Nasi Kandar Segambut. Sadam ni ada banyak juga cawangan antara nya di Chow Kit. Kami lebih suka makan area Segambut... Lokasi senang je betul betul berhadapan dengan Public Bank.
Dulu kedai dia kecik je di sudut corner sekarang dah ada restoran selesa la sikit nak makan...kot dah habis makan cepat cepat dan berlalu pergi...kot tak kesian la orang nak menunggu tempat kan...lagi lagi yang bawa anak anak...
Masa aku berbaris dengan Alif, hb akan mencari tempat duduk... Jadi nya Alif la menjadi juru gambar aku pada hari tu... kot aku macam mana pula nanti. Aku dah la nak order makanan lagi nak pegang hp...Haish susah mau marah orang kat belakang nanti....


Senarai harga makanan.. Bagi aku ok la harga macam ni.
Sama je harga nasi kandar kat Penang... Selalu kalau nak makan nasi kandar mesti kami ke Penang.
Semenjak pkp hari tu macam mana nak pergi sehingga la aku mengetahui pasal Sadam Nasi Kandar ni....


Tengok berapa panjang orang beratur masa masa ni dalam jam 2.30 petang pun masih ramai lagi orang yang datang....
Tapi service nya sekejap je...ramai pekerja yang akan melayan anda...

Dah nak sampai giliran aku....

Kari kepala ikan...tinggal yang ni je

Tengok berapa besar periuk nasi dia... Ni mau masak sekali 20 kg beras...ada beberapa periuk nasi gak ni...bukan 1 ni je.....

Aku suka ambil lauk bendi dan juga cili hijau ni

Antara lauk yang tinggal



Selalunya kalau dah petang petang macam ni memang tak banyak lauk dah...
Kalau ayam goreng tu ada la sebab mereka akan sentiasa goreng ayam tu....
Cakap je nak kuah banjir campur... Ha kau.....

Kot la nampak berselekeh macam ni...biasa la kan...nama pun nasi kandar...tak sempat la nak bercermat cermat ni.....

Ni hb punya nasi nak tambah....
Nasi kandar ni tak la banyak pun.... Ok la kalau untuk portion aku...
Kot macam Fatahul mau 2 pinggan baru cukup....

Ni pinggan aku....
Ada ayam goreng, bendi rebus 2 batang, cili hijau 1 batang dan sebelah telur masin....
Kuah macam biasa.... kuah banjir campur... baru la nama nya makan nasi kandar...
Kot kuah ciput tu tak feel oooooooo

Untuk aku mesti dengan segelas teh ais...teh ais dia pun best..
Yang lagi 1 tu Alif punya...Alif tak mo makan nasi kenyang lagi pagi makan nasi lemak..
Jadi aku bagi la separuh ayam aku untuk Alif ratah....

Ni nasi hb...Nasi tambah...tak la banyak kan...biasa je pun....
Harga untuk 2 pinggan nasi berlauk kan ayam dan sayur,
teh o ais 1, teh ais 2 cuma RM24.00 saja...berbaloi kan dengan lama nya aku beratur tu....

Minggu ni sabtu Fatahul balik ke KL... Cadang nak bawa dia makan kat sini...
Nak booking lauk sotong dan juga telur ikan...
Sotong berharga dari RM20 seekor...Selalu nya aku akan booking 2 ekor la baru la cukup...
Dan telur ikan salu booking 2 ketul...
Sotong ngan telur ikan ni kalau tak booking memang tak dapat la jam 12 dah pun habis...
Lagi 1 telur sotong...kena booking juga...
Kalau nak cuba daging masak kicap pun sedap juga.
Tapi kami lebih gemarkan ayam goreng nya... Dengan rasa perapan ayam tersebut...
Sedap sungguh... Kot makan selalu mau jahanam diet aku....
Jadi bila dah tau sabtu ni nak pergi lagi...Baik la aku berdiet untuk tempoh 5 hari ni...
Ada ke macam tu...diet macam nak mati...hari sabtu bagi bakar semua diet tu...
Erm.... ok la kot sekali sekala...
Lagi pun nak bawa Fatahul makan kat situ...Dia pun tak pernah makan Nasi Kandar Sadam ni....

JJCM @ King Tomyam Taman Tenaga

 Habis je berzumba, Emma ajak aku ke Taman Tenaga. Hb nya ada membuat persembahan busking di situ. Bertempat di King Tomyam.. Ramai betul pengunjung yang hadir. Mungkin esok hari minggu kot. Jadi ramai la mengambil peluang untuk bersama sama dengan keluarga bersantai santai di sini.....
Kedai ni dah lama juga la tapi aku je yang tak pernah nak pergi. Selalu lepak di Kedai Kuning aka Suria Tomyam... Kedai ni nama nya King Tomyam berhadapan dengan Petronas Taman Tenaga. Ada jual goreng goreng, shellout dan yang paling best nya ialah kerabu maggi mereka....




Kerabu manggi untuk aku dan Emma. 
Makan sampai meleleh air mata..pedas tapi mantoppppppp....



Zumba Bersama Zin Ziera & KBSI Cima @ 19/08/2022

 Hari jumaat malam 2 hari lepas macam biasa la aku ke IYC untuk melakukan aktiviti kesihatan. Yang best nya kat IYC ni setipa minggu akan ada zin / kbsi yang berbeza. Jadi tak la boring kan...
Sambil tu jom layan gambar kami sebelum melakukan sesi latihan bersama sama.




Bersama Kak Erni, Zin Ziera dan KBSI Cima




Yang penting mereka mereka ni semuanya sporting.
Jom adik kakak yang mana ada kelapangan kita ke sini setiap hari selasa dan jumaat jam 9.00 malam 
bertempat di tingkat 5 IYC.....Jom....

18 August 2022

Jom Lunch ~ Menu Diet Hari Ni

 Jom kembali kelandasan.... Setelah sekian lama hanyut terkapai kapai...aku cuba kembali ke pangkal jalan... Kena kuat kan semangat ni.... Kena beli stok telur lebih kat rumah... dan juga buah buahan serta sayur sayuran.....
Kadang tengok orang berdiet macam best je kenapa la aku tak sekuat dulu. Kalau dulu dalam tahun 2017 macam tu aku buat dalam masa 3 bulan memang boleh kurus penurunan berat dalam 13 kg juga la... La ni hampeh dah....
Zumba kemain 2x seminggu tapi makan tak nak istiqamah....
Camne tu.. 
Ok kita mula kan slow slow dulu.....jangan terus tarik nikmat makan tu.....
Slowly but surely...gitu...


Menu untuk tengahari ni...
Telur rebus 2 biji dan tumis sayur kobis...buh garam ngn bawang je ye...
Buah lai tu aku nak makan petang nanti...
air tu lak nescafe 3-1 aku tambah milo 1 sudu... haaaaa yang ni tak boleh sebenarnya...
3-1 ni selalunya kandungan gula amat la tinggi....
Kita slow slow stop ye.....

Untuk sarapan pagi aku ambik 2 biji telur mata goreng bersama essenso coffe campur 1 sudu kfc gula...
Aku bukan buat diet EC atau pun atkins...aku buat diet low keto je...
Cuma aku tak mo makan nasi...tapi sesekali kot nak makan...makan je la portion sesenduk je ye atau 3 sudu nasi tu.... 
Cukup ke 3 sudu...cukup la korang suap la kecik kecik buh lauk ngn sayo banyak banyak... sambil tu perasan kan la yang korang makan dengan nikmat nya...
Gitu la cerita nya....

Kalau nak tengok bermacam macam menu aku boleh tengok DISINI

17 August 2022

Si Bulus Yang Comel

 Cerita petang ahad sebelum aku nak ke Bukit Beruntung. Aku jadi lambat nak ke sana disebabkan si bulus yang comel ni la.... 2 minggu lepas ada orang mesej aku mengatakan ada anak kucing duduk dalam kereta aku. Dah panggil keluar tapi si bulus ni tetap tak mau keluar kata nya. 

Jadi hari ahad kami nak pergi ke Bukit Beruntung, selalu nya kalau nak pergi berjalan baru la aku guna kan kereta yang lagi 1 ni. Kiranya kereta ni memang tak bergerak sangat la... orang kata family car la....

Aku pun beritahu kat hb pasal orang yang mesej tu... dia kata ooo ye ke...hb terus ke masuk kedalam kereta dan buka bonet sementara tu aku pun menghidupkan enjin... tiba tiba hb kata tutup enjin kereta. Kelangkabut la aku tutup... terkejut kan automatik jadi takut....

Rupa nya memang ada si bulus di bawah enjin kereta aku tu manakala ibu si bulus ni duduk di bawah kereta menunggu anak nya... Orang yang bagitahu tu kata dah lama dah kucning ni dok situ.... bermakna lama juga la kete aku tu tak bergerak kan....

HB pun menangkap si bulus tu susah juga nak tangkap sebab si bulus ni duduk di celah dan dibawah enjin. Hb memanggil Nadia untuk menangkap nya....Mereka ber2 hanya dapat 2 ekor je iaitu putih dan oren ada lagi seekor warna oren juga susah nya nak tangkap sampai la ada sepasang suami isteri ni bertanyakan kepada kami kenapa tu ingat kan ada ular. Selepas itu si suami pun menolong juga la menangkap lagi seekor anak kucing tu... akhir nya dapat la anak kucing yg ke 3 tu... yang ni garang sikit dicakar nya hb dan ibu kucing ni pun macam menerpa kepada kami untuk melepaskan anak nya yg ke 3 tu... masa kami ambil anak yang pertama dan ke 2 tu ibu nya tak la marah tapi bila tangkap yang no 3 ni kemain marah nya...

Kami mengambil keputusan untuk menjaga si bulus ni sebabnya kalau dibiarkan risau kena langgar dengan kereta atau mati sebab masuk dalam enjin kereta... walaupun hati ni berat untuk memisahkan ibu dan anak nya.... tapi kami juga terpaksa menjaga keselamatan anak anak kucing tu...

Jadi nya aku ambil seekor warna putih untuk diberi kepada kawan ku, yang lagi 2 warna oren tu di jaga oleh sepasang suami isteri tu...sekor dari oren tu diberi kepada kakak suami isteri tu....

Setiap hari la Salina (org yg menjaga si bulus oren tu akan mesej kepada aku) akan mengupdated pasal si bulus nya yang di beri nama Lilo....

Yang putih tu pula di beri nama Chi chi dan seekor lagi oren tu aku tak tahu perkembangan nya...


Yang ni kucing yang ke 3...garang tapi masa dalam kereta elok jinak mungkin dia rasa terancam kot masa tu...bermata oren mengikut mata ibu nya

Yang ni si bulus yang ke 2 di beri nama Lilo bermata biru mungkin ikut mata bapa nya

Siap dok dalam meter kereta... Kucing ni di bawa balik ke Bukit Jalil...

Masa dok sibuk tangkap yang ke 3, Nadia merangkul 2 anak kucing tu supaya tak terlepas...

Yang ni kucing ke 3 nama nya Chi chi bermata biru mungkin mengikut mata bapa nya




Disebabkan kami nak ke Bukit Beruntung, ku tinggalkan Chi chi dirumah jiran... Suka nya jiran main dengan Chi chi...

Siap bawa atas katil

Di pakaikan loceng di leher nya, masa ni semua orang dah geram...
Baik diam je tak mengeletik...

Malam bila dah sampai dirumah kawan aku...macam takut2 mungkin mencari ibu dan adik beradiknya yang lain...


Malam bila nak tidur, kawan ku akan letak di dalam kandang. risau merayap ke mana mana...
Masa ni Chi chi dah dimandikan sebab sebelum ni kotor...
Tengok sekarang Chi chi dah pun bersih...

Itu lah kisah nya kenapa aku lambat bertolak ke Bukit Beruntung. Yang menjadi sedihnya selepas aku balik dari Bukit Beruntung, ibu kucing mengejar kereta aku kerana disangkakan anak anak nya ada disitu... erm...maaf kan kami kerana mengambil anak anak mu. tapi percaya la kami akan menjaga nya dan tak akan mengsia sia kan anak anak mu....















Zumba Bersama Zin Eyda Azeman Di IYC @ 16/08/2022

Cerita semalam.... Zumba bersama Zin Eyda Azeman. Bertema kan army.... Tema ni sebenarnya takde paksaan pun... boleh je korang nak pakai baju apa pun... Ikut tema ni saja la syok syok kan....

 Macam biasa kalau balik tak selfie memang tak sah... bukan apa nanti bila gambar dah penuh dalam galeri terdelete macam tu je kan... Jadi ku abadikan la di blog kesayangan ku ini....
Gitu.........




Bila dah berjumpa dengan mereka mereka ini apa lagi.... berselfie la kita kan.....
Yang penting mereka ni semua nya sporting... Matlamat cuma 1 nak sihat...jaga stamina maklumla bila umur dah meninggal remaja purba ni gitu la sana sini sakit nya.
Hehehe.....

16 August 2022

Sambutan HariLahir Di Rumah Aman & Izan Bukit Beruntung @ 14/08/2022

 Hari ahad yang lepas aku ke Bukit Beruntung menghadiri jemputan Majlis Hari Lahir anak buah suami ke iaitu Nur Areesya Ilma. 
Happy birthday Areesya semoga menjadi anak yang solehah di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki berjaya di dunia mahupun di akhirat... 
Lepas je zohor kami bertolak ke Bukit Beruntung. Masa nak pergi tu ada la kisah nya kalau nak di ceritakan panjang pula...nanti aku cerita di next page la ye... Dalam jam 3.00 petang sampai la kami ke rumah Aman & Izan. Hujan lebat di sepanjang highway PLUS....

Untuk birthday girl

Aku buat kan creampuff untuk birthday girl

Yang ni pinggan aku...
Sebenarnya banyak lagi makanan yang ada...tak termakan.
Semua sedap sedap semua aku nak makan... Jangan nak tamak tamak ye...
Tapi bila dah berborak lupa pula nak berselfie bersama dengan mereka....

Ni je gambar yang kami ada....


Arul

Alang

Syazana

Syahindah

Bila dah berborak sakan tak sedar pun jam dah menunjukan ke pukul 6.00 petang. Eh apa lagi jom la kita balik nanti senja pula... Perut pun dah kenyang kan
Terima kasih kepada tuan rumah Aman dan Izan kerana sudi mengundang kami ke majlis harijadi puteri kesayangan kamu.... Semoga dipermudahkan urusan dan rezeki buat kamu sekeluarga....
Amiin....

Sarapan Pagi Minggu Di Suria Tomyam @ 14/08/22

 Pagi minggu lagi sekali malas nya aku nak masak...
Jom hb kita ke kedai kuning lagi...Ok je hb kata......

Roti canai

Nasi lemak telur mata

Bihun sup

Pulut ikan masin

Yang ni nasi lemak sotong untuk Nadia dan Alif.
2 budak ni mana nak ikut sarapan...bangun tidur pun tak lagi ni....

Dinner Di Suria Tomyam @ 13/08/2022

Malam sabtu nya pula aku mengajak hb ke Hero untuk membeli sedikit barang dapur. 
Sekali la kita ke kedai kuning kot ada roti canai ke.
Bila je dengar aku nak ke sana dah semua pakat nak ikut juga...
Jadi nya kami sekeluarga la ke kedai kuning ni...

Mee Goreng basah untuk hb

Nasi paprik seafood untuk Alif

Nasi lemak sotong untuk Nadia
Keropok untuk aku..
Kenapa aku tak makan...sebenarnya aku masih kenyang lagi makan cucur kucai petang tadi.
Tapi aku order 2 gelas teh ais.... ha kau....haus sangat la tu kan
Hahaha....

Cucur Kucai VS Potato Fritters Minum Petang Sabtu @ 13/08/2022

 Habis je bengkel Smart Kreatif tu memang terasa letih la juga kan.... Balik je rumah mandi solat makan selain mengedit gambar terlena juga la aku... Bangun je dah petang. Lapar la pula...
Pergi ke dapur tengok apa yang aku nak masak ni....
Akhirnya.......

Aku buat cucur kucai dan juga potato fritters...Ku habiskan kentang 2 biji tu je...
Panggil yang lain lain makan time panas panas ni cicah sos...Sedap nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...