17 August 2022

Si Bulus Yang Comel

 Cerita petang ahad sebelum aku nak ke Bukit Beruntung. Aku jadi lambat nak ke sana disebabkan si bulus yang comel ni la.... 2 minggu lepas ada orang mesej aku mengatakan ada anak kucing duduk dalam kereta aku. Dah panggil keluar tapi si bulus ni tetap tak mau keluar kata nya. 

Jadi hari ahad kami nak pergi ke Bukit Beruntung, selalu nya kalau nak pergi berjalan baru la aku guna kan kereta yang lagi 1 ni. Kiranya kereta ni memang tak bergerak sangat la... orang kata family car la....

Aku pun beritahu kat hb pasal orang yang mesej tu... dia kata ooo ye ke...hb terus ke masuk kedalam kereta dan buka bonet sementara tu aku pun menghidupkan enjin... tiba tiba hb kata tutup enjin kereta. Kelangkabut la aku tutup... terkejut kan automatik jadi takut....

Rupa nya memang ada si bulus di bawah enjin kereta aku tu manakala ibu si bulus ni duduk di bawah kereta menunggu anak nya... Orang yang bagitahu tu kata dah lama dah kucning ni dok situ.... bermakna lama juga la kete aku tu tak bergerak kan....

HB pun menangkap si bulus tu susah juga nak tangkap sebab si bulus ni duduk di celah dan dibawah enjin. Hb memanggil Nadia untuk menangkap nya....Mereka ber2 hanya dapat 2 ekor je iaitu putih dan oren ada lagi seekor warna oren juga susah nya nak tangkap sampai la ada sepasang suami isteri ni bertanyakan kepada kami kenapa tu ingat kan ada ular. Selepas itu si suami pun menolong juga la menangkap lagi seekor anak kucing tu... akhir nya dapat la anak kucing yg ke 3 tu... yang ni garang sikit dicakar nya hb dan ibu kucing ni pun macam menerpa kepada kami untuk melepaskan anak nya yg ke 3 tu... masa kami ambil anak yang pertama dan ke 2 tu ibu nya tak la marah tapi bila tangkap yang no 3 ni kemain marah nya...

Kami mengambil keputusan untuk menjaga si bulus ni sebabnya kalau dibiarkan risau kena langgar dengan kereta atau mati sebab masuk dalam enjin kereta... walaupun hati ni berat untuk memisahkan ibu dan anak nya.... tapi kami juga terpaksa menjaga keselamatan anak anak kucing tu...

Jadi nya aku ambil seekor warna putih untuk diberi kepada kawan ku, yang lagi 2 warna oren tu di jaga oleh sepasang suami isteri tu...sekor dari oren tu diberi kepada kakak suami isteri tu....

Setiap hari la Salina (org yg menjaga si bulus oren tu akan mesej kepada aku) akan mengupdated pasal si bulus nya yang di beri nama Lilo....

Yang putih tu pula di beri nama Chi chi dan seekor lagi oren tu aku tak tahu perkembangan nya...


Yang ni kucing yang ke 3...garang tapi masa dalam kereta elok jinak mungkin dia rasa terancam kot masa tu...bermata oren mengikut mata ibu nya

Yang ni si bulus yang ke 2 di beri nama Lilo bermata biru mungkin ikut mata bapa nya

Siap dok dalam meter kereta... Kucing ni di bawa balik ke Bukit Jalil...

Masa dok sibuk tangkap yang ke 3, Nadia merangkul 2 anak kucing tu supaya tak terlepas...

Yang ni kucing ke 3 nama nya Chi chi bermata biru mungkin mengikut mata bapa nya




Disebabkan kami nak ke Bukit Beruntung, ku tinggalkan Chi chi dirumah jiran... Suka nya jiran main dengan Chi chi...

Siap bawa atas katil

Di pakaikan loceng di leher nya, masa ni semua orang dah geram...
Baik diam je tak mengeletik...

Malam bila dah sampai dirumah kawan aku...macam takut2 mungkin mencari ibu dan adik beradiknya yang lain...


Malam bila nak tidur, kawan ku akan letak di dalam kandang. risau merayap ke mana mana...
Masa ni Chi chi dah dimandikan sebab sebelum ni kotor...
Tengok sekarang Chi chi dah pun bersih...

Itu lah kisah nya kenapa aku lambat bertolak ke Bukit Beruntung. Yang menjadi sedihnya selepas aku balik dari Bukit Beruntung, ibu kucing mengejar kereta aku kerana disangkakan anak anak nya ada disitu... erm...maaf kan kami kerana mengambil anak anak mu. tapi percaya la kami akan menjaga nya dan tak akan mengsia sia kan anak anak mu....















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...