17 July 2024

Menu Berbuka ~ Salam Magrib 10 Muharram 1446H

 Salam magrib selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa 10 Muharram.
Alhamdulillah dah hari ke 2 aq berpuasa...
Rasa ni masak menu berbuka yang biasa je... apa yang ada dalam esbox aq la kan....

Menu kari daging korban pemberian Ina...
Masak sikit buat kari.
Kari daging ku campurkan dengan kentang. 
Lama juga aq merenih nya.. dari kul 6 sampai la kul 7.15 malam...
Dah kira nak waktu berbuka dah....
Yang ni kegemaran Alif..
Hari ni Alif habiskan kari daging dan juga nasi.
Pagi tadi bangun tidur dah siap cuci periuk nasi dan periuk kari...
Hehehe...

Goreng sikit keropok pemberian Nurin masa pergi Kelantan hari tu...
Ada sikit lagi

Ikan masin gelama belah kawan Nadia beli kat Tanjung Dawai...
Sedap aq goreng garing garing...

Ulam raja dan cabang 3.
Pemberian jiran masa balik kampung hari tu....

Karipap sardin pemberian Emma...
Goreng 5 ketul je

Ok cukup la menu 5 jenis ni..
Alhamdulillah.. kenyang dah...
Menu yang simple macam ni boleh menjadikan korang bertambah tambah kalau tak jaga portion nasi nya... hehehe.. Lepas berbuka stop...solat magrib...
Hilang rasa nafsu nak sambung makan lagi...
Hehehehe...


16 July 2024

Selamat Berbuka Puasa Hari Tasua @ 9 Muharram @ 15/07/2024

Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa pada hari ni.
Aq pun tak ketinggalan berpuasa pada hari ni.
Hari ni Hari Tasua bersamaan 9 Muharram 1446H

Kelebihan Bulan Muharram

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah Islam di mana ia termasuk dalam bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah, ayat 36.

Empat bulan Haram dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut.

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

 

Cukup la masak sikit sikit...
Ada 5 jenis makanan...

Sambal cili api tempe dan kentang

Sardin tumis bawang je

Telur dadar goreng dengan cencaluk

Lemak pucuk...lauk hari jumaat lepas aq panaskan balik.
Masih elok dan tak basi

Ulam raja dan cabang 3.

Kenyang juga makan sikit sikit macam ni pun.
Kena nasi panas panaskan....
Alhamdulillah... rezeki hari ini...



Makan Tengahari Di Nasi Ayam Penyet Dora MJ

Masa dalam perjalanan balik ke KL.
Aq dah siap siap inform hb yang aq nak makan tengahari kat Nasi Ayam Penyet Langkap ni...
Kat sini bukan la pertama kali aq makan... dah berkali kali.
Tiap kali balik ke kampung atau balik ke KL wajib singgah..
Korang boleh tengok post aq yang sesebelum ni kat DI SINI dan kat DI SINI
Hehehehe...

Kali ni aq makan Nasi goreng temenung rebus...
Sedap oooo... Kalau datang sini korang cuba ye...

HB makan nasi goreng biasa je 

Alif macam biasa mesti makan nasi ayam penyet tu...
Siap tanya yang ni boleh makan ke (serdak)
Eh boleh la sedap tu...

Dah siap makan kami meneruskan perjalanan ke KL.
Lalu ikut jalan dalam je sampai le ke Rawang Serendah Selayang...
Jalan pun ok tak jem..
Dalam kul 7.00 malam kami sampai kt KL.

Sarapan pagi DI AEON Manjung

Ahad pagi aq ke AEON Manjung.
Temankan SIL aq nak beli beg kata nya....
Erm ok la... 
Bila dah beli beg tu kami ke Food Court.
Biasa la kan.. banyak menu pilihan kalau korang dah sampai kat AEON ni.

Tah kenapa semenjak 2 menjak ni aq memang suka makan kat AEON. Ada pelbagai menu pilihan dihati.  

Kali ni aq cuba bakso...bakso ori je...
Menu ni diberi percuma dengan  air lemon leminat....
Sedap nya... Harga baru RM10.90 se set...
Masa aq nak bayar kat cashier tu boleh pulak aq order air latte untuk aq...
Hahaha...tu yang ada 2 air tu..
Tapi apa apa pun bakso ni memang sedap korang...
Kalau datang wajib cuba...
Rasanya memang tak menghampakan...
Ni aq order versi maggi...
Lain kali try la ada bihun, keo teow, mee..
Lepas je makan... jalan jalan kejap belikan Alif sushi.
SIL belikan Shahira Dry Pan mee....
Aq belikan karipap inti kaya kat La Bohame yang 3 biji RM5 tu...
Mak suka makan sedap kata nya...
Apa lagi dah siap semuanya...
Moh balik la...
Nanti kang kita dah nak balik ke tempat masing masing..

Semarak Seni Budaya Di Beruas

Hari sabtu malam...
Lepas je abg aq sampai dari Kuantan...
Kami ke Beruas.. Kat sana Malam Semarak Budaya. Julung julung kali diadakan...
Expo berlangsung selama 10 hari.
Kecil je tapi ok la banyak juga pilihan makanan dan juga jualan pakaian tudung dan kasut.. 

Pelbagai jenis asam

Kasut

Baju

Mainan budak budak

Kopi Doih ni panjang orang beratur... Mesti sedap kan.
Tapi aq tak la beli

Kat sini pun ada goreng goreng

Jualan kasut

Pelbagai jenis sup, laksa

Satay


Anak anak ayam yang berwarna warni

Roti

Jelly Ball

Keropok lekor

Lok Chin

Karpet


Ayam geprek

Kerabu maggi


Yang ni aq teruja sangat.
RM1 mana dapat selalunya RM2 sebatang ni
Aq dah la pengemar pulut thai ayam ni...
3 batang aq ambil

Tupat sotong tu aq ambil sebatang..

Shawarma...
Aq ambil shawarma sepcial... ayam + daging RM10.00


Dalam dok jalan jalan tu terdengar ada lagu pertama kali...
Ingat DJ pasang muzik je
Rupanya penyanyi betul la...
SIL ajak aq bergambar denga Sha...
Ok la... ramah je si Sha melayan peminat nya...


Lepas je membeli apa yang patut kami ke Lumut pula...
Lepak kat tepi laut...kawasan Navy Base tu
Makan la belian yang kami beli tadi.
Order juga air dengan orang tu.


Order juga maggi kari...
Tapi rasa tawar dia buh air banyak sangat kot

Neslo... lama aq tak minum neslo...
Kena kat tekak nikmat nya...
Dalam kul 12.00 malam kami pun balik...




Makan Di Medan Selera Kuala Kangsar

 Pada sebelah petang nya aq mengajak mak ke Kuala Kangsar. 
Lama tak makan kat situ. Semenjak Fatahul takde kat USAS jarang dah aq ke sana.
Kali ni kita makan kat Medan Selera tepi sungai tu je.
Fatahul kata orang kat sana panggil situ lembah....

Nasi kerabu ni aq beli masa perjalanan balik ke kampung...
Lokasinya kat depan shell Langkap.
Macam ni punya la banyak RM7 je sebungkus...
Aq ambil daging goreng kali ni....

ABC ni kalau makan time panas sedap...membasah tekak kan

Mee rebus...


Mee goreng



Makanan kat sini aman...
Ada kipas tak la panas sangat...
Lagi pun tak ramai sangat orang makan kat sini....
Lepas je makan kami terus menuju ke Kampung Gajah semula...
Beli durian kat situ lagi...
Punya la banyak mak borong durian...Penuh bonet myvi.
Puashati kata mak...



15 July 2024

Durian Murah Di kampung Gajah

 Minggu lepas aq dah balik kampung.
Tapi balik dengan Nadia.. Nadia tak suka makan durian. Jadinya Alif hanya melihat je la durian yang dijual kat tepi jalan tu.. Jadi kali ni aq balik dengan hb... 
Nampak jualan durian kat Kampung Gajah.
Tengok tempat jualan durian nya ramah orang nya...
Stok baru sampai pagi ni katanya....

Durian nya ada 4 jenis harga
Ada yang RM6, RM8, RM10 dan RM12
Aq ambil ke 4  4 jenis harga tu...
Setiap jenis aq ambil 2 biji kecuali RM12 aq ambil 1 saja
Anggaran dalam 7 biji la jumlahnya baru RM64 je



Stok baru sampai...
Best je kan tengok...

Pada sebelah petangnya pula...aq datang lagi dengan mak...
Mak borong sampai RM125.00 kira kira dalam 13 kilo..
Penuh bonet myvi dengan durian mak
Manakala aq membeli dalam 5 biji...minta di buh dalam bekas siap siap...
Ada sebiji tak berapa elok. Penjual mengantikkan sebiji yang elok....

Sebekas macam ni penuh dalam RM50.00

Kali ni bagi Alif makan sampai puashati...
Ada yang mak buat serawa durian...cicah dengan roti...
Kali ni betul betul puas makan durian..
Paus makan serawa durian...
Baru la hari tak ralat nak balik ke KL...
Kot tak asyik teringat ingat je kan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...