16 July 2024

Selamat Berbuka Puasa Hari Tasua @ 9 Muharram @ 15/07/2024

Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa pada hari ni.
Aq pun tak ketinggalan berpuasa pada hari ni.
Hari ni Hari Tasua bersamaan 9 Muharram 1446H

Kelebihan Bulan Muharram

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah Islam di mana ia termasuk dalam bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah, ayat 36.

Empat bulan Haram dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut.

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

 

Cukup la masak sikit sikit...
Ada 5 jenis makanan...

Sambal cili api tempe dan kentang

Sardin tumis bawang je

Telur dadar goreng dengan cencaluk

Lemak pucuk...lauk hari jumaat lepas aq panaskan balik.
Masih elok dan tak basi

Ulam raja dan cabang 3.

Kenyang juga makan sikit sikit macam ni pun.
Kena nasi panas panaskan....
Alhamdulillah... rezeki hari ini...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...