07 February 2020

Menu Makan Malam 06/02/2020


Pulang dari kerja semalam ku masakan menu ringkas untuk keluarga kecil ku...
Hari ni kena cepat sikit kerana malam ini ada kelas aerodance....
Dari pejabat lagi dok pikir apa la menu ringkas cepat dan mudah tu kan....
Dan ini lah hasil nya...

Sambal sardin cili api

Tauhu telur bersama puchuk & suhun....

Telur dadar menu yang paling mudah
Hehehehe...

Resepi Tauhu Telur Bersama Puchuk & Suhun

~ 1 bungkus suhun & puchuk di rendam
~ 3 biji tauhu telur - potong 4
~ Sedikit tepung jagung
~ Lobak merah 1/2 batang
~ Capsium Merah & Hijau
~ 2 ulas bawang putih
~ 2 biji bawang merah
~ 1 biji kiub ayam
~ 1 sudu serbuk sesedap rasa maggi

Cara cara

Tauhu potong 4 - salut dengan tepung jagung - goreng
Tumis bawang merah & bawang putih
Masuk kan 2 cawan air
Masukan lobak merah
Masukan capsium
Masukan kiub ayam
Masukan puchuk & suhun
Masukan tauhu telur yang dah di goreng
Masukan sesedap rasa
Akhir sekali rasa kan garam nya...
Siap


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...