07 February 2020

Nasi Goreng Biasa Bekalan Ku Untuk Hari Jumaat

Seperti biasa menu sarapan pagi dan juga menu tengahari aq untuk hari jumaat...
Aq lebih suka kepada menu yang ringkas..Senang cerita janji perut kenyang.

Menu sarapan pagi
Tauhu bergedil ni last habis stok dah sebabnya aq nak habis kan stok dalam peti ais.
Sepotong tembikai

Menu tengahari 
Nasi Goreng Biasa
Buah Jambu


"Terima lah nasi goreng biasa ku"
"Dari orang biasa"
"Tapi cinta ku pada mu luar biasa"
Hehehe...
Sesekali buat nasi goreng biasa ni pun sedap juga kan
Jom tengok resepi cara aq.....


Resepi Nasi Goreng Biasa

~ 2 Mangkuk nasi
~ 1 kiub ayam maggi
~ 1 sudu sesedap rasa maggi
~ 2 sudu kicap pekan (ku guna Jalen botol purple)
~ 2 ulas bawang putih - dicincang
~ 4 biji cili api potong kecil
~ 2 biji telur - didadar dan hancur kan
~ Sayu kobis, capsium merah & hijau (kalau boleh biar la sayur sawi tapi ini je yang ada dalam peti kan.. ku belasah je)


Cara - Cara

Tumis bawang putih , cili api
Masukan capsium
Masukan kiub ayam
Masukan kobis
Masukan telur
Masukan nasi
Masukan kicap
Masukan sesedap rasa
Kacau sebati
Rasakan dengan garam...
Siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...