29 December 2023

Takoyaki Tempahan Akhir Tahun 2023

Hari rabu aq wasap Liza...
Liza..kawan ko tu bila nak tako sebabnya sekarang ni setiap hari selasa ngan jumaat aq ada kelas zumba.
Liza kata ok la kak...hari khamis la
Jadinya balik je kerja hari khamis aq terus memulakan memasak tako..
Mereka nak 5 pack tako...
Nanti siap aq hantar ke HUKM patut janji kul 8.30...
Tapi kul 7 aq dah siap masak...
Kul 7.30 aq dah sampai kat HUKM.... 


Ni tako aq...
Resepi sendiri, citarasa melayu. Aq bukan orang Jepun kan..
Nak cuba meh wasap aq...
hehehe...
Mungkin tako ni tako terakhir tempahan nya untuk tahun 2023.
Semoga dengan kehadiran Tahun 2024 rezeki ku dan jualan kecil kecilan ku bertambah maju.
Amiin...

Zumba Bersama Coach KBSI Cima @ 26/12/23

Hari selasa ada zumba macam biasa la kat IYC depan HUKM tu...
Hari ni zumba bersama Coach KBSI Cima....
Tema nya hijau....
Dengan bayaran RM10.00 seorang









Bersama mereka yang havoc dan sporting.....
Next kelas hari jumaat pula ye...



 

Masak Dan Tapau Je Hari Ni

Hari ni hari rabu bersamaan 27/12/23.
Macam biasa bila belah petang hb akan call tanya nak masak apa...nak makan kat luar ke...
Selalunya aq memang malas nak makan kat luar...
Bila dah balik keje..rasa penat je
Aq lak hari sebelum tu ada beli bakwan RM1 1 biji.
Bila makan alahai..tawar nya...
Aq mesti tak puashati... Balik je kerja gigih aq buat bakwan sendiri...


Ni la hasil nya bakwan aq... Laju je Alif ngan hb makan..

Masa hb call tanya nak makan apa.. aq cakap tau je sotong goreng tepung dengan tomyam...
Sebab nya nasi putih dengan lauk pagi tadi masih ada berbaki...


Sotong goreng tepung... Ni beli kan C10 Medan selera Permaisuri.
Ni aq rekomen sangat tak kira la udang atau sotong goreng tepung RM9 je


Yang ni tomyam seafood RM9


Tu lauk pagi tadi
Ada brokoli, ada cumi sambal ada kepah goreng bawang cili api...
Jadila kan tak kan nak makan lagi kat kedai...
Bila dah malam lauk lauk ni pun sold out...hehehe...

 

Bengkel Pembuatan Beg Dari Barang Kitar Semula

Pada 09/12/23.
Ibu tunggal cawangan Taman Tenaga mengadakan bengkel membuat beg dari bahan terbuang..
Contoh nya dari plastik beras, milo, sabun....
Janji plastik keras tu boleh je....
Dengan bayaran RM20 seorang...Korang akan dapat beg yang korang dah buat tu... 

Ni contoh beg tu... ni pun dijual dalam RM15
Tapi ni yang besar yang aq belajar tu comei lotei...kalau jual dalam RM8 je...



Ni saiz yang kami buat... kecik je kan...


Antara perserta yang hadir...



Wakil Kabima menghandiahkan beg sebagai tanda cederahati kepada Kak Nani.

Antara peserta dan gelagat masing masing.









Bengkel bermula jam 2.00 petang.
Habis dalam jam 4.30 petang macam tu..
Walaupun beg tu kecik...Dekat 2 jam lebih juga la nak menyiapkan nya...
Terkial kial...Tapi sekarang aq dah buat yang saiz besar sikit...
Jenuh kumpul plastik beras...tanya kawan kawan...tanya jiran jiran..
Sekarang ni mereka simpankan plastik beras kat aq...Hehehehe....

JJCM @ KTM Pizza Taiping

 Masa dalam kereta aq cakap kat mak...tengahari ni kita makan kat Medan Selera Taiping lah mak..
Mak ok je... tapi dalam kereta aq terpikir nak makan kat area KTM Taiping tu...Viral kat situ...
Bila buka tiktok nampak ada yang makan kat sini....
Kebetulan kedai ni ada menjual pizza.... disebabkan kita memboikot pizza... dah lama la kita tak makan pizza... Jadinya Alif dan Nadia terus kata kita makan kat sini....
Aq tanya nak makan nasi kandar tak... sebab situ pun ada nasi kandar... tak mo tak mo...
Alif nak pizza....
Jadinya kami memilih Kedai makan KTM Pizza..

Di bahagian hadapan kedai....
Kerusi meja kedai ni kat bahagian belakang

Sampai je cari meja dan kami duduk disitu...
Atas meja dah ada menu...kami ambil sorang 1 dan baca...


Hb ambil sangkaya manakala Nadia memilih mushroom soup



Aku memilih pizza no 1 manakala Nadia nak pedas diambilnya no 9
Bila masa makan yang no 1 tu sedap sangat aq rekemon.. roti nya yang lembut...Makan panas panas..
Pizza yang no 9 ni masing masing tak tahan...memang pedas kaw kaw... 
Pada yang tak tahan pedas...tidak digalakkan order yg ni...




Ni aq add lagi regular...
Jenis pizza yg no 1


Ni pizza yang no 1 dan 9


Sup ni dihidangkan didalam kuali kecik macam ni....
Aku ambil bihun sup daging
Mak lak keo teow sup ayam
Alif keo toew sup daging
Nadia lak keo teow sup daging dan perut.

Ni roti sangkaya


Mushroom soup



Sebelum meju ke bahagian dalam... korang akan nampak hiasan antik kat kedai ni..
Boleh la kalau nak bergambar kat sini..




Tempat cuci tangan yang unik diperbuat dari teko.
Korang pusing je pemegang yang warna merah tu..keluar la air dari mulut ceret tu...
Unik kan...
Dah siap makan apa lagi time bayar la...
Bayaran selain dari tumai boleh juga bayar menggunakan QR Code...
Mudah kan.....
Bila dah settle semuanya... jom kita balik ke Bota.
Kali ni tak berhenti dah mana mana... Mata pun dah mengantuk...
Sementara HB drive aq pun tidur nanti masa balik ke KL aq lak yang drive..
Gilir gilir macam tu...

Check Out Homestay Makan Pagi @ 25/12/2023

 Hari ni hari isnin bersamaan 26/12/23. Hari terakhir kami di Negeri Jelapang Padi.
Aq kena bertolak awal sebabnya nak hantar mak kat Bota dan terus ke KL.
Bangun pagi bersiap siap, aq bertolak dalam jam 9.00 pagi...
SIL aq lambat sikit sebabnya hari selasa mereka masih bercuti....
Dalam perjalanan balik kami akan singgah kat mana mana gerai atau warung yang kami lihat menarik...
Kami nampak gerai roti canai..sayangnya roti canai dah pun habis...
Jalan ke depan sikit ada gerai yang menjual nasi campur... Ok kita makan je la...


HB dan Nadia ambil lauk ikan keli, Alif ayam masak kicap dan aku ambil telur masak kari dan juga pajeri terung berserta air teh o ais... kesemua sekali RM34.00
Nasi mak aq pun ada juga tapi aq tak ambil gambar nya...

Dalam perjalanan menuju ke kereta aq nampak ada makcik tu menjual lok cing....
Lama tak makan lock cing ni...


Antara lok cing yang dijual....


Makcik ni mula membakar pesanan kami...
Gigih aq Alif dan Nadia menunggu.. Manakala hb dan mak sudah pun menuju ke kereta.


Yang syok nya..lok cing ni berharga RM1 sebatang
Mana dapat weh kat KL...
Atleast RM2 kan....
Apa lagi borong la mana mana yang berkenan...
Dah siap lok cing kami terus menuju ke kereta...Dah tau mau singgah mana mana dah...
Perut pun dah kenyang dah...Kita terus balik ke Perak...
Nanti pikir la nak makan kat mana...
Next kat Perak kami makan kat mana...
Haaaaa jom ikuti kesudahan perjalanan kami....



28 December 2023

Makan Malam Di Warung Rumpun Semambu Tanjung Dawai

Lepas je turun dari Gunung Jerai kami terus menuju ke Tanjung Dawai...
Abg aq ajak makan Mee Udang. Otak aq terus mentafsirkan sedap ke mee udang ni macam yang selalu aq makan kat kedai yang aq pernah pergi tu...ada je yang tak ngam ngan tekak aq ni...
Tapi dah Faizal bawa ke sini sedap la kot.....
Nama kedai ni Warung Rumpun Semambu...

Ini mee udang untuk aq, hb, Nadia, Pikah dan mak....
Mee Udang ni pula berharga RM15.00 macam tak caya kan....
Terasa kesegaran udang tu...Sambil menulis ni pun aq masih merasakan keenakan kuah mee udang ni...


Yang ni pula mee tulang untuk Shahira dan juga Alif...
Sekuali macam ni harga nya cuma RM16.00 je
Memang berbaloi...daging nya yang empuk dan lembut.....
Nikmat sungguh...aq ni pak akal la dah kenyang kot tak memang aq minta bungkus makan kat homestay.. Makan kami malam ni Wahida yang belanja...
Terima kasih Ida...semoga murah rezeki....
Habis je makan kami menuju pulang tapi sebelum balik singgah dulu beli ikan bilis, ikan masin, sotong kering...Harga lebih murah berbanding tempat lain....yang selalu aq pergi tu...
Tengok mana yang berkenan masuk bakul... Bakul dah penuh... alamak habis la mau beratus ni aq kena... tapi bila dikira dalam anggaran RM70 sahaja...eh murah nya banyak lak aq membeli kali ni....
Rasanya aq kena datang lagi kat sini jalan jalan...tak puas rasa nya terkejar kejar waktu....
Hb kata nanti la kita pergi bila ada masa terluang tu... agak bila la kan...
Erm.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...