22 December 2023

Temperature MYVI Overhead

Kali ni aq nak kongsi kan perihal MYVI Fatahul...
Myvi mengalami temperature naik....
Disebabkan kete ni kat kampung... Jadi aq suruh Nadia hantar je kat workshop berhampiran dengan rumah mak Aq... Ok la Nadia pun hantar kat situ... Bila pomen tu check dia suruh tukar itu ini...
Abang aq lak beriya suruh tukar enjin.... Katanya kalau nak tukar enjin dia tak buat.... 
Erm takpe la...minta dia tukar apa yang patut je dulu....
Untuk kat workshop ni...pomen tu dah tukar kan barang barang yang ini
Sebelum ni pomen tu kata anggaran dalam RM300.00
Water pump - RM90.00
Thermostart - RM38.00
Termostart Rubber - RM10.00
Radiator Service - RM60.00
Upah - RM90.00
Total = RM288.00 
Ok la kan masih dalam anggaran... tapi disebabkan abang aq suruh tukar enjin kereta ni terpaksa la dihantar ke Kuala Kangsar, bengkel yang selalu Fatahul hantar tu...


Aq call towing Etiqa sebab dalam insurance ada free towing untuk bawah 100km kan...
Jarak dari Bota ke Kuala Kangsar anggaran dalam 60km macam tu je dan takde tol...
Kenapa la aq tak terpikir pasal towing ni kan...kot tak boleh towing terus ke Pekan Ayer Tawar je tempat yang selalu aq hantar tu....
Ok...bila aq call towing pomen dah siapkan kereta ni....







Kereta pun di towing ke Kuala Kangsar....

Ini barang yang ditukar...letak dalam bonet


Service radiator....

Ni antara barang barang nya....

Ok kereta dah sampai kat Kuala Kangsar... Bermula la episod cerita berpusing pusing sehingga kan aq fobia dah nak hantar kat bengkel... kalau ditanya nak lagi ke hantar kat sini...memang tobat dah rasa nya... Janji tak serupa apa yang dikata... dolak dalih.... alasan macam macam...senang cite nak sembelih orang....... Jangan la kot kalau hantar kat bengkel yang cari la orang yang betul betul korang kenal...
Aq hantar kat sini pun sebabnya sebelum ni Fatahul salu ke sini tapi macam service minyak hitam macam tu je la... takde la kerosakan major macam ni.... Bila dia tahu berurusan dengan mak nya..apa lagi ditakeknya leher kita... mungkin masa tu Fatahul berurusan dengan anak dia so pelajar pulak tu mungkin la kira harga lebih kurang je...



Ok kereta ni sampai pada 16/10/2023 hari isnin....
Dah kata nak tukar enjin...anggaran enjin anak nya kata dalam 1,500.00 tetapi bila bapanya yang voice mail kata nya enjin RM1800.00 + RM100.00 duit transport.... what.... beli enjin kena caj duit transport ke...bukan supplier free je ke hantar... enjin bukan murah pun....ok... bila di pikir pikir kan tak payah la tukar enjin.... tapi masa tu dia minta deposit RM2K untuk tukar enjin, aq pun transfer je la...
Tapi pikir tak yah la tukar enjin...tukar head je la....ok beli head pulak katanya dalam rm300-350 harga head... ok murah la ni...aq minta kembali baki yang aq transfer tu....
Alangkah terkejut nya bila aq dapat kira kira 
Deposit - RM2,000
Beli barang - RM962.00
Baki - RM1,038.00
Standby kat tangan - RM238.00
Jumlah pulang balik RM800.00

Ok takpe....aq dah malas nak cakap banyak...
aq kata sabtu ni (21/10/23) aq nak balik ambil kereta... ok boleh kata nya...
hari khamis dia call kata kereta tak siap lagi...pasang screw..pastu patah...nak tunggu order screw pulak....ok takpe la aku tunggu... pastu kata nya tak siap sebab bila test drive kereta ada bunyi... jadi tukar head lain... pulang balik kat supplier...tunggu dapat head yang lain....
28/10/23 hari sabtu....aq cakap ok aq balik kampung nak ambil kereta...boleh siap ke kereta....
Dia cakap tengok dulu...
Tapi 28/10/23 sabtu tu aq terjah je ke rumah siap nak tengok keadaan sebenar...sampai je memang nampak tengah pasang head... bila tanya esk boleh siap ke...boleh boleh.....
sabtu malam mesej cakap sori tak leh siap.... ok la takpe...aq pun dah jadi fadeup.... aq cakap ngn hb kereta tak siap...ahad ni pun...jadi kami balik la ke KL.... otw balik petang tu dia mesej kata nya kereta dah siap.... dah tu macam mana aq dah otw balik nak sampai KL dah kan....Aq cakap minggu depan aq datang ambil kereta...dia kata ok....
Hari rabu 01/11/2023 aq call kata kereta aq ambil sabtu ni 04/11/2023... sebabnya aq kan jauh macam mana nak ambil kereta kan.... dia kata ok boleh je...
Hari sabtu pagi dia call aq tanya pukul berapa nak datang ambil kereta, aq kata dalam pukul 10 pagi aq OTW.... boleh dia kata ala tak sempat la kami nak pergi Ipoh ni ambil barang kat Ipoh...eh boleh pulak ambil barang (dlm hati aq) hari tu masa nak beli enjin kata caj transport la tah betul tak idak la tu dia yang nak sakau....
Bapa dia start bising marah aq...kete dah siap awal kenapa tak datang ambil...aq jawap saya dah kata saya datang sabtu ni...anak encik kata ok.... saya ni jauh macam mana terus terus nak datang....
Senyap....pas tel kat anak dia...
Aq cakap kat rumah takde orang ke tinggalkan kunci kereta ke .... aq ambil kereta je pun....
Eh takde semua nak pegi Ipoh ni....
Aq malas nak argue aq cakap OTW nak sampai dah....
Sampai je aq kat rumah.... ada je bini nya ngan anak anak dia kat rumah...elok je anak dia serahkan kunci kereta... muka macam palat...tanya apa jawap saya tak tau....
Aq tanya ada bill tak saya nak tengok

Jadi nya keseluruhan kos repair RM1,580.00
Deposit kira nya aq dah bagi RM1,200.00
Aq kena bayar lagi RM380.00

Kalau korang tanya apa yang dia caj... baca la kat bil ni...
Aq malas nak explain dah 
Transport pun dia caj RM100.00 
Spray Cooper RM45.00 
Abang aq suruh tanya pasal bil yang dia tulis tu...aq kata malas nak tanya dah...
Anggap je benda dah mati.... kot nak argue pun dapat duit balik ke....
Lepas ambil kereta..dia pun tak call tanya kereta macam mana ok ke tidak...
Kereta tu pulak 2 minggu kat rumah dia...dijadikan tempat sarang semua hitam kot...
Penuh semut dalam kereta..dengan kerja kekemasan takde langsung...
mana yang tahu pasal bengkel ni..... kot la yang nak hantar kat bengkel ni...sila la pikir 24x kali ye...jangan terkena macam aq.. memang tobat dah...
1 je aq nak cakap jangan ingat orang tak tahu..nak perbodoh bodohkan orang... 
takat mana nak untung tu....
Kadang pikir kita melayu nak tolong bengkel melayu...rupanya melayu lagi teruk sakau.
Nasihat aq berhati hati lah ye...Aq tak salahkan anak nya...anak nya memang baik...cakap pun hormat cuma bapak nya tu je anak dia panggil aq makcik...bapak dia pun panggil aq makcik...
Aq tanya Fatahul antara bapak dia ngn mama sapa tua lagi...Fatahul kata tua lagi bapak dia...
What.... Ketawa Fatahul... dah la sampai sini ...
Saja aq nak share walaupun masa menulis ni hati aq panas jek....
Aq gagahkan juga menulis.....
Jadi untuk keseluruhan repair kereta Fatahul untuk kerosakan temperature naik ni
Bengkel 1 - RM288.00
Bengkel 2 - RM1,580.00
TOTAL = RM1,868.00




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...