15 December 2023

Hari Perjumpaan Dan Taklimat Perajurit Muda Lelaki Siri 198/23 @ 11/11/2023

Selepas kali terakhir kami bersua iaitu 12/07/2023....
Hari ini buat pertama kali nya kami bersua. Girangnya rasa dihati... sebelum sampai tarikh perjumpaan dan banyak kali juga la Fatahul call... selepas 3 bulan mereka diberikan kad prepaid boleh la call guna public phone tu...tetapi hp mereka sama sekali tidak diberikan...simpan diam diam dalam store....
Berkali kali Fatahul kata... Mama kalau datang bawakan orang ayam masak kicap, buncis tumis telur ye... Ye Insya Allah mama tak kan lupa abg..... tapi aku tambah kan juga sotong sambal dan juga spagethi mesti Fatahul merindui makanan yang tu... Kata mereka PM kita ni dh tak makan pedas pedas... Jadi aq cuba masak sambal sotong guna cili kering yang tak pedas.

Hari jumaat aq dah apply cuti beli bahan bahan malam nya aq start la memasak....
Sabtu seawal jam 3 pagi aq dah bangun panaskan lauk lauk tu.... buatkan air teh o....
Lebih kurang jam 6 pagi kami bertolak ke Port Dickson.... Sampai je dalam jam 7.30 macam tu ...wow ramai nya orang. Masa ni dok tercari cari mana la bangunan Fatahul ni...

Rupanya baru la tahu bangunan tu ada abjad ABCDEF...
Ikut la kalau kompeni Charlie dah tentu la C.... Patut la ramai ibu bapa yang parking kereta berhampiran dengan bangunan anak masing masing... Yang aq ni terus la memandu park kereta kan dewan taklimat tu... erm takpe la...
Habis je taklimat ibu bapa harus menuju ke blok anak masing masing untuk mengambil anak anak keluar... minta kebenaran la kiranya... Tak boleh main redah gitu je...ikut la undang undang tentera ni......
Aq berasakan kelainan pada Fatahul... sebelum ni gemuk mula datang baju saiz XL sekarang dah M...
Badan pun dah fit.... jalan pun dah tegap kot dulu jalan melelong melelong je......
Alhamdulillah pilihan Fatahul memasuki latihan ketenteraan bagi aq tak la sia sia...aq boleh lihat jati diri ada dalam diri nya... Nampak dia dah jadi seorang yang cool... patuh pada arahan.....
Dah tak peduli hp. kalau dulu hp ibarat saudara kembar nya......
Terima kasih abg kerana penuhi impian mama dan abah...
Untuk cerita lapor diri Fatahul baca DISINI

Bersama dengan Fatahul....
Kami memilih tema kuning kerana Fatahul kompeni Charlie warna kuning...
Dari jauh dah nampak kami warna kuning... Meriah nya.....

Aq tempah brownies dengan Bonda...Macam ni RM61.00

Ni antara bekalan aku

Kek butter

Bolognese

Carbonara

Sambal sotong

Ayam masak kicap

Siakap Masak asam.....

Terima kasih juga diucapkan kepada Apiq dan Ajiq sanggup datang meraikan kawan mereka...
Ajiq daripada USAS Kuala Kangsar manakala Apiq dari Shah Alam....
Kesian nya mereka...datang lambat jalan pula jem.......Almaklumla esoknya perayaan Deepavali....

Jom layan photo kami....











Dari kiri : Apiq, Fatahul dan Ajiq

Fatahul dan Hafizam.
Maknya tak dapat datang.... Hafizam dari Baling Kedah...







Yang ni Fikri dari Sarawak...
Maknya pun tak dapat datang.....

Selfie dengan Fikri, mak nya nak tengok...
Hehehe....

Sebelum bergerak pulang dalam pukul 4.00 petang...
Ambil photo diluar pula...
Panas terik berul cuaca hari ni...Nasib la tak hujan....








Apa apa pun sekejap je lagi pejam celik pejam celik Fatahul dah nak Passing Out....
Semoga Intake 198/23 berjaya menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mereka hadapi...
Masa mula datang mereka bersedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga...Nanti selepas passing out pun mereka akan bersedih juga terpaksa berpisah dengan kawan kawan yang dah macam keluarga sendiri selama 6 bulan susah senang bersama...melakukan aktiviti bersama sama... 
Hanya kawan kawan la tempat mereka mencurahkan rasa hati... 
Ibarat lagu Bulan Dan Bintang

Tentang Bulan

Bulan dan bintang bersinar berkelipan
Dan menerangi keindahan malam
Tanpamu bulan malam kegelapan
Tanpamu bintang hilanglah keindahan

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya

Bergitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Bergitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya

Selamanya…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...