10 January 2024

Malamnya Kami Melihat Persiapan Di Dewan Komuniti

 Pada sebelah malamnya kami ke Dewan Komuniti melihat persiapan yang dijalankan....
Tengok apa yang patut la kan....
Sambil sambil tu kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh tuan rumah...

Ada bihun goreng, cara berlauk, sosej roll dan karipap...
Ada juga kek harijadi.....

Keadaandewan yang dah tersusun rapi..Pelamin tak siap lagi tu...

Ni pula Kak Ani bawa juadahnya sendiri untuk kami makan bersama...
Ada karipap daging, karipap ayam dan juga seri muka..

Apa apa selfie dulu la ye

Dalam dok sibuk sibuk aq nak ke dewan pada sebelah malam nya...
Liza mesej nak order tako untuk anak anak nya dan juga bekalan ke tempat kerja...
Malam ni Liza shif malam katanya....
Ok la kan rezeki jangan ditolak... Ku tunaikan juga permintaan Liza..Lagi pun bahan bahan ada kat rumah sayang la pula dah la modal nak buat tako ni bukan nya murah...
Sapa sapa yang buat tako ni tau la berapa kos nak meniaga tako ni....

Ok siap 3 pack takoyaki untuk Liza...
Alhamdulillah terima kasih Ya Allah dengan rezeki untuk hari ini...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...