22 January 2024

Salam 10 Rejab 1445 Bersamaan 22 Januari 2024

Salam 10 Rejab 1445

Ahad malam Nadia dah bagitau kat aq...Mama esok kita puasa 10 Rejab...Ok jawap ku...
Jadi macam biasa la pagi ni bangun kami bersahur seperti biasa....

PENGENALAN

Umat Islam digalakkan untuk memperbanyak amalan sunat bulan rejab. Ianya bertujuan sebagai satu latihan kepada individu tersebut sebelum menempuhi bulan Ramadan yang akan mendatang kerana di dalam bulan itu terdapat banyak kelebihan beserta rahmat daripada Allah SWT.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Sebelum memasuki gerbang Ramadan 2024 , ianya adalah satu permulaan agar kita mempertingkat lagi ibadah dan ketaqwaan ketaqwaan serta memperbanyak amal-amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.


Sahur pagi ni.
Semug Delysh coffee, 2 ketul cucur badak dan 2 ketul karipap sardin

Cucur badak pemberian mak
Karipap sardin aq buat sendiri.

Kelebihan Di Bulan Rejab Yang Sahih

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam. Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda:

Terdapat keistimewaan pada bulan Rejab bagi umat Islam iaitu antaranya bulan tersebut termasuk di dalam bulan-bulan Haram sepertimana dinyatakan dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda :

Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda :

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Bermaksud : “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [al-Bukhari (4054)]



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...