22 January 2024

Sabtu & Ahad Ke PUSASDA 20/01/24 & 21/01/2024

 Assalammualaikum.... Selamat pagi semua.....
Cerita hari minggu ku.....
Hari sabtu, seawal jam 5.30 pagi aq dah bangun untuk menyediakan juadah bekalan untuk kami 3 beranak ke PUSASDA. Kami gerak dari KL jam 7.00 pagi...

Juadah ku cukup sederhana..
Ayam masak sos
Kuih karipap, kasturi aq beli frozen dari Kak Ani
Kuih cucur badak pemberian mak.

Setibanya kami di PUSASDA sudah pun jam 8.15 pagi..
Dah nampak perarakan kontijen memasuki padang kawad.
Kat sini aq nak terangkan sedikit kenapa la beriya nak ke padang kawad tunggu je waktu passing out nanti. Ye passing out untuk intake 198/23 ialah pada 27/01/2024 hari sabtu. 
Aq sengaja pergi melihat perbarisan kawad mereka...kiranya kawad latihan.
Kami DILARANG MEGAMBIL GAMBAR DAN JUGA VIDEO
Tapi yang sedihnya masih ada yang curi curi ambil gambar dan juga video.. 
Bila nampak tu kami tegur bukan apa kalau pegawai dapat tahu semua orang kat situ diarahkan pergi.
Kesemua sekali bukan orang yang merakam tu je..
Nak ikutkan dah ada signboard larangan kat situ... Pengambilan gambar dan video kawad ni masih belum lagi kerana mereka kawad masih kurang cantik kata pegawai tu jika ianya tersebar...macam ni ke kawad anggota tentera... padahal ianya cuma latihan sahaja...
Baik tuan kami paham...Kami melihat sahaja tanpa memegang hp di tangan.

Setiap kali melihat perajurit ini melangkah dengan bunyi derapan kasut kawad dan diiringi pancaragam, hati terasa ini lah anak yang dahulu nya, menjadi pelajar yang dipandang sinis, menjadi murid dibelakang tetapi kini pelajar ini lah menjadi barisan hadapan yang mempertahanan kan negara.
Yang tak gentar menghadapi musuh. Seorang yang berdisplin, berani, tegas dan gagah.
Kamu perajurit muda adalah wira kami, wira negara, wira ibu dan ayah, wira kebanggaan negara.

Kamu berlatih ditengah terik matahari sedang kami melihat dibawah bumbung pun mercit peluh apatah lagi kamu disitu... Ya Allah Kau lindungilah mereka...
Sesi latihan tamat jam 10.00 pagi dan mereka diberi arahan untuk memasuki padang kawad semula pada jam 11.00 pagi...sehingga la jam 12.00 tengahari. Selepas itu mereka diberi rehat makan, solat sehingga jam 2.00 petang. Seramai 1,439 orang bakal perajurit akan menamatkan latihan meraka pada 27/01/2024.

Semasa sesi kawad, paling seronok adalah jalan lalu dan tabit hormat dan pusingan tiang tu apa nama aq lupa... Semasa pusingan tiang tu aq dapat melihat muka Fatahul. Semasa kali pertama jalan lalu aq tak perasan sehingga la kali ke 2 baru aq perasan...
Fatahul di Kotinjen 1, Detesment 2, Barisan 1, Line 2
Panjangkan susah nk terangkan...kot lihat baru paham.
Hehehehe...
Hari sabtu perajurit segak mengenakan baju celoreng yang sebenar semasa kawad tamat latihan. Kiranya baju tu memang sesuai dengan badan mereka...
Dulu tengok masa 12/07/23 semasa masuk ke PUSASDA macam budak budak je mereka ni tetapi bila mengenakan baju celoreng nampak segak dan bergaya. 
Seperti kata Ketua komanden, muka korang nampak ganas sombong tetapi segak dan macho....
Ye betul aq akui... Didalam berbarisan mereka di serius je tanpa ada senyuman.
"Kalau korang senyum macam mana musuh nak takut, jadi muka mesti nampak ganas dan sombong"
Hehehehe... betul juga dalam hati aq...patut la tentera ni time kerja susah nak senyum.
Pada yang tak tahu lagi apa itu PUSASDA kat sini aq ada terangkan..
Sesi rehat. 
Bila habis je latihan pada jam 12.00 tengahari, kami pun pulang.
Esok mama datang lagi...

Ini cerita hari ke 2 hari ahad..
Aq ke PUSASDA ber2 je dengan Alif.
Hari ni gerak awal sikit 6.45 pagi jadi sampai di Port Dickson jam 8.00 pagi. 
Perajurit masih belum masuk ke padang kawad. tetapi sudah pun bersedia kat situ. 
Macam biasa pegawai memberi arahan kepada ibu bapa nak tengok dibenarkan
TETAPI DILARANG MENGAMBIL GAMBAR DAN VIDEO
Kami akur...ye tuan...macam biasa la memang kami mematuhi arahan.

Hari ni senang sikit aq nak cam Fatahul sebab mereka memakai baju celoreng lama yang nama taq setiap kompani. jadi dari jauh dah nampak tag kuning iaitu kompani Charlie.

Acara bermula pada jam 8.15 pagi sehingga la jam 10.00 pagi.
Sesi ke 2 bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.
Selepas itu ketua komanden berkata jam 14.30 aq tahu kami semua dah pun berada dikatil masing masing... Seronok bersorak perajurit kerana petang ni takde sesi latihan dah...
Sambung lagi hari isnin sehingga la hari rabu...

Selepas habis je perbarisan aq ke tepi laut untuk menjamu bekalan yang aq bawa hari ni. 
Duduk di tepi pantai dengan angin yang sepoi sepoi terasa nyaman sekali...


Keindahan pantai Port Dickson.

Aq dan Alif buka bekalan makanan. 
Perut pun dah terasa lapar. Sambil ku suap nasi ke mulut teringat Fatahul.
Mesti tengah kehausan dan kelaparan ni.

Bekalan ku hari ni cuma nasi putih dan ayam masak kicap.

Selesai makan aq pusing jalan jalan di sepanjang pantai.... 
Balik singgah beli ayam gunting dan juga apam balik.
Semasa aq membeli Fatahul call, Alif panggil aq...
Mama, abg call. 
Fatahul : Mama ok tak kawad orang..hari sabtu dengan ahad mana ok
Me : Ok je, sabtu ahad pun tapi ahad lagi ok. Macam latihan ok ke...
Fatahul : Ok je mama. Seronok
Me : Minggu depan nak tamat dah, tak sedih ke
Fatahul : Sedih ada seronok pun ada. Kat sini banyak kenangan dengan kawan kawan dan jurulatih.
Me : Kalau diberi peluang ke 2, nak masuk lagi ke PUSASDA
Fatahul : Ok je sebab seronok ada kawan kawan....

Lagi 4 hari nak sampai tarikh Passing Out.
Tak sabar menunggu. Hati masih tertanya tanya unit apa la yang Fatahul dapat dan dimanakah posting nya nanti...
Apa apa tunggu lagi seminggu la ye....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...