30 May 2024

Perjalanan Cerita Renovation Toilet Dari Mula Hingga Siap

Projek untuk membaik pulihkan tandas di rumah aq bermula pada 02/05/2024.
Renovasi ni selama 10 hari juga la... Baru la siap sepenuhnya....

Nanti aq share gambar toilet aq yang dah siap... Aq tak ambil gambar elok elok lagi....

Ni dah siap tapi belum pasan pintu
Aq memilih jubin berwarna gelap...
tak mo warna cerah cerah dah mudah kotor...
Rata rata kawan yang lihat semuanya berkenan dengan warna jubin aq ni...
Korang boleh tengok pemilihan jubin aq kat SINI

Tandas aq jenis 1 tandas 1 bilik mandi dan memanjang...
Jadi aq pecah kan di tengah 
Korang boleh nampak pintu... pintu tu pintu tandas.
Manakala pemandangan dari depan tu pintu bilik mandi.

Bila dah pecah... tandas aq nampak besar memanjang kan

Kerja kerja memecahkan dinding tiles


Mereka longgok kan sampah dibahagian luar... Jangan bersepah ye nanti jiran complain...

Proses memasang tembok baru...depan sikit dari tembok yang asal.
Kiranya toilet aq dah besar la sikit

Rupa nya bila dah pasang dinding tiles

Masa ni hari jumaat diorang dah cabut mangkuk tandas.
Nak tak nak aq kena check in hotel.
Terlupa nak call Anisah tumpang je tido rumah dia kat Puchong.
Aq check in hotel 3 malam juga la...
Kalau malam ke 4 mereka tak pasang lagi mangkuk tandas nak tak nak kita kena tido kt Puchong kata ku. Nasib la balik kerja hari isnin tu diorg dah pasang mangkuk tandas.

Proses menyiapkan tembok sepenuh nya.
Ok mangkuk tandas dah pasang.


Masa ni diorang tak buat bendul.
Bila mandi air tu akan ke tempat mesin basuh tu....
Jadi nya tempat mesin basuh tu akan basah...
Mungkin ada yang nak tahu kos keseluruhan aq mengubah suai kan tandas aq ni kan...
Sambung next blog....



Bekal Hari Khamis @ 30/05/2024

 Lama aq tak upload bekal kerja aq...
Hari hari aq bawa bekal cuma malas nak upload je....

Pagi ni aq sarapan roti yang di sapu peanut butter...
Aq makan 2 keping je ye...

Manakala menu tengahari aq...
Ayam goreng tepung dan juga buncis goreng kunyit dengan sotong

Yang ni sambal ayam penyet yang aq beli ngn Nurin....
Pedas berapi

Manakala ni tea time aq...
Sambung makan 2 keping roti pagi tadi dan semug coffee...

Balik kerja ni tak yah makan dah...
Aq cuba
Aq nak buat diet IF 12/12
Harap harap malam ni perut aq tak menjerit la minta di isi...
Kuat kan semangat.... nak kurus nak tengok digital penimbang ke angkat yang lebih baik...
Hehehehe....



Makan Mee Udang Tanjung Tualang

 Hari sabtu lepas aq ke Kampar. Ambil Shahira dari rumah sewanya.
OTW nak balik rumah singgah makan kat Mee Udang Tanjung Tualang.
Dulu sedap makan kat sini.
Masa tu Fatahul belajar di MTQ Addin 00 Malim Nawar 2019.
Tiap kali tengok Fatahul, kami akan singgah makan kat sini.
Kot semata mata nak makan mee udang ni nak ke Tanjung Tualang memang tak la...
Jauh juga nak ikut kan dari Bota nak ke Tanjung Tualang ni.
Masa kami lalu tu... eh buka kedai ni...ok balik kang kita singgah la....

Aq dan mak memilih makan mee rebus udang biasa...
Sedap sampai ke titisan terakhir aq hirup kuah...

Yang ni nasi goreng udang untuk hb

Yang ni nasi goreng ayam untuk Shahira.

Selain ni ada juga makanan lain iaitu otak otak, kentang goreng. HB makan tapai ubi...
Sedap manis kata nya.
Lepas je makan. Kami terus balik...
Aq ni dah la batuk..... makan ubat batuk je laloq tido....
Haish......

Alif tak ikut aq...Alif ikut maklong nya ke kenduri kat Kuala Kurau.....
nanti kereta tak muat kata ku...Jadi Alif kena ikut maklong la

Alif sarapan roti telur

Dalam kereta SIL ku...
Mereka otw ke kenduri yang terletak di Kuala Kurau...



Singgah Makan Di Nasi Ayam Penyet Dora MJ Langkap

Kalau balik ke kampung lalu ikut Langkap... 
Memang aq akan berhenti makan kat sini. Ni bukan la pertama kali aq makan kat sini
Boleh tengok cerita ku DI SINI  

Hari ni teringin nak makan nasi ayam penyet.. sambal pedas berapi tu....

Ni ayam goreng berempah...serdak tu sedap oooo

Ada ikan talapia

Ikan keli

Ni nasi aq

Yang ni nasi Alif

Hb makan maggi goreng basah...
Kenyang tak mo makan nasi kata nya...

Dalam dok menunggu makanan... aq melihat wasap yang tertera kat hp aq...
Tengok ada mesej dari Fatahul...

Kata nya dia makan yang ni...
Jurulatih yang letak...
Ada ikan, ayam, telo asin dan juga kobis...
Kesian...Lama dah mama tak berjumpa...
Jaga diri baik baik... Fatahul nun jauh di Pantai Timur....
Semoga Fatahul sihat hendaknya... 
Rindu aq dengan Fatahul....



Cheese Tart Dan Takoyaki Tempahan Sebelum Balik Kampung

 Hari jumaat lepas memang aq dah plan nak balik kampung.
Pastu ada yang nak order cheese tart dan takoyaki...
Erm rezeki jangan ditolakkan....
Lagi pun cheese tart ni tak la susah mana nak buat... Sebab shell tart nya kita dah buat siap siap berbanding creampuff aq rasa lambat sikit...

Customer ni nak 2 kotak cheese tart dan sepack takoyaki.
Minta hantar kat Bandar Tun Razak....
Ok bereh...


2 kotak cheese tart.
Min order 2 kotak.
Sekotak RM35 / 25 biji

Shell tart aq buat sendiri...
Bagi aq lagi sedap yang buat sendiri dari yang ready made ni

Yang ni pula takoyaki...
Ok siap... aq buat juga 2 pack untuk bekalan balik ke kampung nanti. 
Perut pun dah lapar kan... Sebelum balik kampung nak pergi ke pej peguam dulu kat Damansara.
Siap baru la pecut balik ke kampung....



Selamat Hari Guru @ 16/05/2024

Selamat hari guru buat Kakak Nadia...
Kakak la penyambung cita cita mama... 
Benar lah kata orang..guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi anak anak murid nya.
Guru sanggup berkorban demi mendidik anak anak bangsa... Tanpa guru tak kan ada doktor, peguam, menteri, usahawan... semua nya berjaya melalui didikan seorang guru....
Bangga je pekerjaan guru ni... walaupun ada juga yang mencemur..ala guru ni keje separuh hari je... 
sapa kata.. kadang waktu malam mereka menyiapkan tugusan sekolah. Hari cuti pun kena hadir ke sekolah... Tak semudah tu pekerjaan guru ni.... dan tak semudah tu untuk menjadi seorang guru ni....
Aq saja simpan semua gambar yang orang kongsikan kat aplikasi whatsapp ni...
Comei comei sayang kalau terdelete kan...
Jom layan.... 












Yang ni hadiah yang Nadia dapat dari anak murid nya....
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik....
Buat guru di Sek Keb Berus, Sek Keb Changkat Chermin dan Sek Men Ambrose.
Jasa kalian dalam ingatan ku...
Buat Kakak Nadia di SMK (P) Bandaraya... Didik anak bangsa mu sehingga ke menara gading...
Sayangi kasihi lah mereka....Ikhlas mencurahkan ilmu buat mereka.....
Selamat Hari Guru....



Jalan Jalan Ke IKEA Cheras

Selepas makan kat I'A Selera Pantai Timur tu.... Aq ajak Nurin singgah kat Shaklee Velocity...
Alahai... tutup la pula Wesak Day ni rupanya...
Ina kata dah alang alang sampai sini... jom la kita ke Ikea dekat sangat dah tu...
Erm... ke Ikea la kami...
Takde nak beli apa pun... Duit pun tak berapa nak terang kan... gaji pun lambat lagi bak kata Miza...
Takpe kita jalan jalan je .... Ina siap sound...Jalan laju sikit jangan macam orang dalam pantang lak...
Kah kah kah.....

Kot sampai kat Ikea ni wajib kot selfie la bergambo la... baru syok...
Perasan macam kat rumah sendiri... ha gitu....

Suka gambar ni kat area meja makan... Spoil tul la tag harga tu kata Miza....

Mana mana pun jadi janji ada peluang bergambar...


Dah kenyang makan...mata pun nak lelap ke wooooiiii....
Macam ni pun jadi...ish ish ish


Sambil sambil tu mu ambil gambar rak ni kata Miza...
Ok baik.....





Selfie selfie dulu kt sofa Ikea ni...
Nak beli memang tak mampu la aq....
Dah siap beli karipap Ikea... Aq beli air kelapa lak dalam kotak eh sedap pula... lupa nak ambil gambar...
Dh puas berjalan...Nurin hantar aq balik....
Sampai rumah dalam jam 3.00 petang.... Haaaaa ambil ko...
kata nya kejap je... lepas makan balik la... dah nak masuk waktu asar...
TQ Nurin sebab sudi ambil aq kat umh.
TQ Miza sebab sudi belanja aq makan dan bayarkan tapau anak anak aq...
TQ Ina sebab sudi teman kan kami berjalan walaupun hakikatnya esok pagi Ina nak flight gi over the sea.... Bila la kita akan dapat lepak macam ni lagi ye....



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...