16 August 2022

Bengkel Smart Kreatif @ 14/08/2022

 Hari sabtu yang lepas di tempat aku ada mengadakan Bengkel Smart Kreatif Anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Penara. Penyertaan adalah percuma. Bukan la erti kata percuma. Cuma nya bengkel ni di sponser oleh YB Dato Haji Kamarudin Bin Jaafar selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Kalau nak di kira seorang memang la mahal lebih kurang RM160 seorang peserta. 
Bengkel kali ni adalah mengenani teknik decoupage. 
Nak ikut sebelum ni aku pernah juga membuat nya sendiri tanpa ilmu pengetahuan dan hanya belajar melalui google je masa tu. Aku juga membeli barang barang decoupage ni dan membuat secara DIY saja. Memang la hasil tak berapa nak cantik tanpa ilmu pengetahuan.... Ok kali ni kita masuk bengkel ye...kita tengok hasil nya.....
Selain bengkel penghasilan decoupage ni kami juga diajar teknik mengambil gambar serta mencari angel yang cantik..baru la gambar yang kami ambil tu nanti menarik dan orang tertarik untuk membeli nya... kalau la kita melakukan hasil tu untuk jualan dan menambahkan pendapatan sampingan. 
Selain diajar teknik mengambil gambar kami juga diajar teknik untuk mengedit gambar dan juga cara cara melakukan pengiklanan secara percuma. Tak perlu la nak masuk kelas belajar dengan sifu sifu... dan menghabiskan duit kita ribu riban ni. Sekarang ni banyak pembelajaran boleh didapati secara percuma.....
Enjoy setiap moment aku bersama rakan rakan serta cikgu cikgu yang memberi tunjuk ajar kepada kami. Mereka ni semua sporting dan setiap apa yang diajarkan kepada kami...kami ucapkan ribuan terima kasih....

Belajar cara nak mengedit photo......

Peserta dan tenaga pengajar dengan hasil beg dan sabun decoupage masing masing 

Kami juga diberikan sijil penyertaan...



Taklimat 
Kenapa la malap je dalam dewan ni...
Sebabnya ada slide show kan terang mana la nampak nanti...

Aku selfie dulu dengan Kak Ani

Eh ada gak masa nk berselfie...cepat nanti tak siap pula



Masa ni kami tengah kering kan tampalan decoupage tu...Guna hair dryer nak bagi cepat kering.....







Bersama sijil penyertaan

Bersama dengan Sifu Cik Aien Zakaria...
Boleh la jengah jengah di FB Cik Aien ni boleh tengok bermacam macam ilmi yang di sampaikan kat situ....Kalau nak beli barang decoupage ni boleh je membeli secara online di 
Shopee Cik Aien Decoupage & Craft. Harga berbaloi sangat
Atau untuk pertanyaan boleh la whatsapp : 012-3680 605




Ina bersama sijil penyertaan

Pemberian sijil... Miza

Ina

Ini yang kami dapat setiap peserta akan dapat 1 beg jute dan juga sebiji sabun beserta tisu decoupage

Yeh aku pun dapat macam ni



Dah siap pun 


Ni antara beg kawan kawan

Beg dan sabun decoupage aku dah pun siap....


Kak Ani punya



Miza punya




Habis je bengkel ni kami juga diberikan makan tengahari...Alhamdulillah semuanya di sponser.
Kalau la ada bengkel seperti ini kita ambil la peluang meluangkan masa untuk mengikuti seminar atau pun bengkel seperti ini. 
Terima kasih kepada Dato Haji Kamrudin Bin Jaafar kerana sudi menaja bengkel seperti ini dan kepada semua tenaga pengajar yang amat sporting melayani karenah kami, menjawap setiap pertanyaan kami dengan begitu sabar dan baik. Orang kata walaupun kita tak mahir untuk melakukan nya... Dek kerana tenaga pengajar macam mereka kita rasa lebih berkeyakinan disamping semua rakan rakan untuk menjayakan bengkel pada hari ini. 
Pada pendapatan aku la, biar la bengkel seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang dengan teknik yang lain pula. Besar harapan kami, selain dapat menimba ilmu kami juga dapat beramah mesra dengan rakan rakan yang lain. 
Selain dapat memupukan minat penduduk Parlimen Bandar Tun Razak untuk lebih berusaha dengan lebih gigih lagi. Akhir kata terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel pada hari ini.
You all memang sporting... 

12 August 2022

Cucur Jagung Menu Petang Semalam

 Menu petang semalam... Kadang buntu juga memikirkan apa la yang nak di masak ni. Teringat jagung masih berbaki 5 tongkol dah nak kekuningan. Sayang nya rasa kot dibuang macam tu je kan.. Balik kerja aku terus ke NSK. Tengok kat NSK cantik pula daun kucai ni. Otak terus ligat memikirkan balik ni buat la cucur jagung campur dengan kucai... Yes dah dapat idea.....
Maka terhasil la cucur jagung campur dengan kucai...

Makan masa panas panas sedap oooo... 
Non stop makan... hb sampai surrender dah nak makan lagi.
Bila kita buat cucur jagung ni kena la berhati hati sebabnya...kalau terkurang tepung terlebih jagung atau tercair adunan masa nak goreng tu biji jagung akan tertanggal dari tepung tu. Nanti masa dah panas boleh meletup letup jagung tu dah jadi macam popcorn pula... Jadi kena pandai pandai adjust kan adunan tepung biar sebati dengan jagung. Tapi kerana jagung aku ni mungkin jagung dah layu masa tertanggal dari tepung tu takde la beriya iya dia nak meletup mungkin sebab jagung lama... kot jagung segar tu mau dia berjoget berirama termasuk aku juga la berjoget untuk mengelakkan dari terkena letupan tu.... Nampak mudah je kan cucur jagung ni tapi ada rahsia tu... mungkin ada yang pernah kena kan...paham sangat la apa yang aku nak sampai kan ni...hehehehe.....
Bila aku buat lebih ku berikan pada jiran sebelah rumah... Suka nya dia..Sedap kak makan panas panas saya suka... Alhamdulillah kata ku......

    RESEPI CUCUR JAGUNG CAMPUR KUCAI

1/2 kilo tepung gandum
5 Tongkol jagung di hiris
Secekak kecil daun kucai di potong dalam 1 inci
1 biji bawang besar di mayang
2 biji cili merah potong kecil nak ganti cili api pun boleh
2 biji telur
sedikit ikan bilis nak ganti udang, udang kering pun boleh
2 sudu secukup rasa
Sedikit garam
Air panas secukup nya.

Campur kan ke semua bahan sehingga sebati
Goreng sehingga kekuningan / garing
Makan masa panas bersama dengan sos cili....
Perh.......



11 August 2022

Lagi Ayam Goreng Ala KFC

 Pertama kali aku mencuba ayam goreng ala KFC crispy ni menjadi. Kali ni aku buat lagi untuk kali yang ke 2. Seronok tengok anak anak dan hb meratah ayam goreng ni.. Ok la jimat tak payah dah beli ayam kfc kata hb. Lagi pun ayam dah murah sekarang ni sekor dalam RM12-14 saja. Boleh la makan puas puas kan... Buat ayam goreng ni biar sampai anak anak jemu... Tapi tengok pada gaya nya tak jemu jemu pun... Hehehe



Macam biasa bila aku buat ayam goreng ni, Ina mesti kata kenapa aku buat tak jadi berkerak kerak macam mu ni. Sebenarnya nak buat ayam berkeruping ni dia ada teknik dia... kalau teknik betul guna tepung bestari saja pun jadi.... tapi aku lebih suka mencampurkan tepung tepung semua. Resepi ada di blog sebelum nya... tengok kat situ je la.....
Jom pada sesiapa yang ingat mencuba nya... Insya Allah rasa tidak menghampakan.....
Resepi nya boleh tengok DISINI

Zumba Bersama Coach Jijah @ 09/08/2022

Hari Selasa bertempat di IYC Cheras. Malam ni bersama dengan Cikgu Jijah... Tema Putih.... Tapi aku tengok ramai je mengenakan teman hitam dan putih termasuk aku..hehehe...


 

Diantara peserta yang hadir....

Bersama dengan Cikgu Jijah


Bersama dengan pengasas zumba Kak Erni.
TQ Semua nya...seronok join kelas ni.....

09 August 2022

Tauhu Bergedil Daging Bekal Tengahari Ini

 Lama dah aku teringin nak makan tauhu bergedil ni. Serik nak beli dah. Masa bulan puasa hari tu beli di area Tanjung Malim. Beli untuk berbuka puasa. Baru makan sebiji dah terasa inti nya yang masak. walaupun sambal kicap nya sedap sangat. Terus aku buang. Lepas pada tu bila lalu je nampak tauhu bergedil ni aku jeling jeling je la... dalam hati nak beli ke tak ni. Akhirnya minggu lepas pergi Hero nampak ada jual tauhu kering ni dalam kuantiti yang sikit ada la dalam 7 biji RM2.20. Ok la beli sebungkus. Dek tertangguh tertangguh, pagi ni bangun je gigih aku buat inti tauhu bergedil ni. Aku pakai burger ayam je. Aku takde ayam atau pun daging cincang. Tapi rasa nya sedap lagi buh ayam atau pun daging burger ni sebab dalam tu dah ada perisa nya....


Tauhu bergedil inti burger ayam dan sambal kicap.

Yang ni karipap semalam aku goreng. Sebekas untuk di bawa ke pejabat sebekas lagi untuk anak anak di rumah.

RESEPI TAUHU BERGEDIL

7 biji Tauhu kering 
1 biji ubi kentang dalam saiz penumbuk
1 keping ayam burger nak tukar ke daging pun sedap
2 sudu bawang goreng
2 batang daun sup
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Rebus kentang bercampur dengan garam (nak goreng pun boleh tapi aku nak kurangkan minyak)
Lenyek kan kentang letak kan semua bahan tu kecuali ayam burger.
Potong kecil kecil burger ayam tu goreng dengan sedikit planta. Bila dah masak letak dalam bahan yang lain.
Kacau sebati.
Aku tak buh garam sebab masa merebus dah buh garam dan burger ayam pun dah rasa masin nya.
Potong X pada tauhu tu
Keluarkan isi nya
Boleh la sumbat inti bergedil ke dalam tauhu. Isi padat padat... sampai montok

RESEPI CELUPAN TELUR

1 biji telur
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung beras
sedikit garam

Pukul ke semua bahan.
Celup tauhu dan boleh la mengoreng jangan goreng api besar nanti cepat hangus

RESEPI CILI KICAP

3 biji cili api
1 biji bawang putih 
(semua ni di tumbuk)
3 sudu kicap jalen manis masin
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil secukup rasa maggi
1 sudu gula

~ Semua  ni masak sekejap di atas api. 
Kacau selalu supaya tak hangus.
Dah siap...


08 August 2022

Sambung Balik Karipap Ranggup

 Habis je makan malam, aku menyambung semula karipap yang berbaki pada hari jumaat tu. Doh karipap tu masih elok lagi. Kali ni aku gunakan inti kentang kari je. Malas la pula nak buat inti kentang sambal sardin.

Testing untuk makan kami

Aku minum bersama dengan strawberry pudding semalam beli lupa nak makan.

Yang ni dah siap aku tak guna acuan karipap. Tu pasal saiz ada macam macam....
hehehe...

Yang ni aku goreng untuk dijadikan frozen....
Alhamdulillah tak membazir doh karipap aku tu..dh 2x keluar masuk dari esbox.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...