16 August 2022

Bengkel Smart Kreatif @ 14/08/2022

 Hari sabtu yang lepas di tempat aku ada mengadakan Bengkel Smart Kreatif Anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Penara. Penyertaan adalah percuma. Bukan la erti kata percuma. Cuma nya bengkel ni di sponser oleh YB Dato Haji Kamarudin Bin Jaafar selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Kalau nak di kira seorang memang la mahal lebih kurang RM160 seorang peserta. 
Bengkel kali ni adalah mengenani teknik decoupage. 
Nak ikut sebelum ni aku pernah juga membuat nya sendiri tanpa ilmu pengetahuan dan hanya belajar melalui google je masa tu. Aku juga membeli barang barang decoupage ni dan membuat secara DIY saja. Memang la hasil tak berapa nak cantik tanpa ilmu pengetahuan.... Ok kali ni kita masuk bengkel ye...kita tengok hasil nya.....
Selain bengkel penghasilan decoupage ni kami juga diajar teknik mengambil gambar serta mencari angel yang cantik..baru la gambar yang kami ambil tu nanti menarik dan orang tertarik untuk membeli nya... kalau la kita melakukan hasil tu untuk jualan dan menambahkan pendapatan sampingan. 
Selain diajar teknik mengambil gambar kami juga diajar teknik untuk mengedit gambar dan juga cara cara melakukan pengiklanan secara percuma. Tak perlu la nak masuk kelas belajar dengan sifu sifu... dan menghabiskan duit kita ribu riban ni. Sekarang ni banyak pembelajaran boleh didapati secara percuma.....
Enjoy setiap moment aku bersama rakan rakan serta cikgu cikgu yang memberi tunjuk ajar kepada kami. Mereka ni semua sporting dan setiap apa yang diajarkan kepada kami...kami ucapkan ribuan terima kasih....

Belajar cara nak mengedit photo......

Peserta dan tenaga pengajar dengan hasil beg dan sabun decoupage masing masing 

Kami juga diberikan sijil penyertaan...



Taklimat 
Kenapa la malap je dalam dewan ni...
Sebabnya ada slide show kan terang mana la nampak nanti...

Aku selfie dulu dengan Kak Ani

Eh ada gak masa nk berselfie...cepat nanti tak siap pula



Masa ni kami tengah kering kan tampalan decoupage tu...Guna hair dryer nak bagi cepat kering.....







Bersama sijil penyertaan

Bersama dengan Sifu Cik Aien Zakaria...
Boleh la jengah jengah di FB Cik Aien ni boleh tengok bermacam macam ilmi yang di sampaikan kat situ....Kalau nak beli barang decoupage ni boleh je membeli secara online di 
Shopee Cik Aien Decoupage & Craft. Harga berbaloi sangat
Atau untuk pertanyaan boleh la whatsapp : 012-3680 605




Ina bersama sijil penyertaan

Pemberian sijil... Miza

Ina

Ini yang kami dapat setiap peserta akan dapat 1 beg jute dan juga sebiji sabun beserta tisu decoupage

Yeh aku pun dapat macam ni



Dah siap pun 


Ni antara beg kawan kawan

Beg dan sabun decoupage aku dah pun siap....


Kak Ani punya



Miza punya




Habis je bengkel ni kami juga diberikan makan tengahari...Alhamdulillah semuanya di sponser.
Kalau la ada bengkel seperti ini kita ambil la peluang meluangkan masa untuk mengikuti seminar atau pun bengkel seperti ini. 
Terima kasih kepada Dato Haji Kamrudin Bin Jaafar kerana sudi menaja bengkel seperti ini dan kepada semua tenaga pengajar yang amat sporting melayani karenah kami, menjawap setiap pertanyaan kami dengan begitu sabar dan baik. Orang kata walaupun kita tak mahir untuk melakukan nya... Dek kerana tenaga pengajar macam mereka kita rasa lebih berkeyakinan disamping semua rakan rakan untuk menjayakan bengkel pada hari ini. 
Pada pendapatan aku la, biar la bengkel seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang dengan teknik yang lain pula. Besar harapan kami, selain dapat menimba ilmu kami juga dapat beramah mesra dengan rakan rakan yang lain. 
Selain dapat memupukan minat penduduk Parlimen Bandar Tun Razak untuk lebih berusaha dengan lebih gigih lagi. Akhir kata terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel pada hari ini.
You all memang sporting... 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...