15 July 2024

Sarapan Pagi Di RNR Rawang

 Lepas je solat subuh aq terus gerak ke kampung...
Sepi pagi membelah Kuala Lumpur.
Kami balik ber3...
Time pagi pagi selalunya aq la yang memandu..
Berhenti di RNR Rawang. Kita sarapan kat sini je la kata ku...
OK hb kata...

Kalau pagi pagi banyak kedai yang belum buka lagi...
Tak banyak la yang ada tapi boleh la kalau korang nak makan kan...

Sizzling ni buka...Alif makan yee mee sizzling

Nasi kandar ni ada nasi lemak, bihun, mee goreng dan nasi campur.

Ni untuk Alif

Ni bihun goreng untuk aq....

Ni pula nasi lemak untuk hubby...

Hubby pergi beli air panas untuk kami...
Bosan menunggu aq pun meninjau apa yang ada...
Rupanya kat bahagian jualan air tu ada jual nasi lemak packing ikan bilis RM2.50
Dan nasi lemak pack berlauk... ada bihun dan juga mee goreng..
Haish kenapa la aq tak nampak dari tadi... Takpe la nanti repeat balik...

Tapi aq beli juga nasi lemak pack 1 dan juga nasi lemak paru...
Air teh o ais untuk Alif, Nescafe untuk aq dan teh tarik untuk hb...

Dah siap makan kami meneruskan perjalanan ke kampung....



Datang Kali Ke 2 Makan Malam Ni

 Ok lepas je magrib aq turun lagi ke C6.
Nurin order juga garlic bread dengan mushroom soup...
Nurin kata aq tak minat sangat mee celup ni... aq nk order nasi goreng kampung la...

Ina pula macam biasa la mesti la nak cuna mee celup...Ina order mee celup daging.
Tapi gambar makanan mereka lupa pula aq nak ambil...

Garlic bread with mushroom soup (4 keping roti)
RM8

Yang ni kerabu maggi... konon nak makan kongsi kongsi...
Masing masing dah kenyang...aq tapau je la

Dadih... RM10 4 bekas
1 bekas RM3



Makan kat sini ok je...tak la ramai orang bersesak sesak...
Lama juga la kami dok berborak...Tengok jam dah pukul 11.30 mlm..
Ok la balik dulu la esok nak balik kampung..
Kang mengantuk pula aq nak memandu..




Dinner DI C6 Medan Selera

Seperti yang hb janjikan...hari jumaat lepas balik je kerja kami terus ke C6,
Medan Selera... Makan kat situ je..esok nak balik kampung, Jadinya malas la nak masak masak dah...
Dalam kul 6.30 ptg macam tu la kami ke sana.
Aq pergi ber3 je, Nadia tak nak ikut... 

Hari ni aq pilih mee celup daging... Nak try daging pulak...
Sedap nya Harga RM9 semangkuk.
Puashati makan

Blur la pulak gambo ni...
Yang ni nasi goreng paprik ayam untuk Alif

Hb makan nasi goreng kampung


Air kami...
Laici, Tembikai dan juga horlick

Lepas makan terus balik rumah...dah nak masuk waktu magrib..
Dalam perjalanan balik ke rumah...
Ku kirimkan gambar mee celup kt Ina dan Nurin...
Bila Nurin tengok...wow macam sedap.. Jom malam ni kita p makan lagi.
Laaaaa malas nya aq..baru je balik nak pegi la...
Ok lepas magrib kita pegi...




12 July 2024

Rezeki Hari Jumaat @ 12/07/2024

 Salam jumaat....
Esok dah cuti. sekejap je masa berlalu... 
Esok sabtu... aq nak balik kampung lagi. Nak settle kan kereta Fatahul tu.
Cadangnya nak bawa kereta tu balik ke KL.
Pagi ni sampai kat ofis macam biasa.
Konon nak buat semug green tea.
Datang kawan ofis aq... Si Amy...dibaginya kuih seketul...
Akk pilih la nak kuih yang mana, Ada apam gula hangus, karipap ngan roti sardin.
Eh tak mo la...akk diet... Ala kak esok esok la diet...
Ambil la kuih seketul ni je...
Erm....rezeki hari jumaat pula tu tak baik ditolak nanti orang kata tak sudi...

Aq ambil kuih apam gula hangus...aq menuju ke pantry...dah makan apam tak kan nk gu kan dengan green tea... aq pun bancuh semug coffee...
Coffee tu pun Amy yang bagi...coffee aq dah habis stock... lupa bawa dari rumah...
TQ Amy... Lanje akk hari ni...

Dapat makan seketul apam gula hangus dan semug coffee...
Jom kita mula kerja pagi ni...

Untuk menu makan tengaharinya pula 
Aq bawa bekal. 

Hari ni bawa nasi dah 2 hari tak makan nasi...
Konon nak kurus sikit... Hari ni dah hancus diet aq....


Telur mata , sambal ikan bilis + terung belado dan masak lemak pucuk, sohun dan kobis...
Lama tak makan lauk macam ni...
Sesekali makan macam ni layan juga.....
Alhamdulillah rezeki hari ni kan....


11 July 2024

Rezeki Hari Khamis @ 11/07/2024

 Alhamdulillah rezeki hari ni...
Sampai je ofis bagi Nadia datang je... 
"Kak ni saya belikan akk nasi berlauk gulai tongkol"
Ooooo ok tq... bila aq nak bayar Nadia kata tak perlu... Hari ni saya belanja akk makan.
Bukan pasal belanja yang nak aq ceritakan kat sini... 
Aq nak cerita mengenai kegigihan orang yang menjual nasi ni...
Dulu orang ni kerja kilang..kemudian berhenti... mulakan perniagaan nasi bungkus macam ni.
Orang ni orang kelantan. 
abg ni jual dalam kereta alza je kata Nadia. Tepi jalan besar Taman Medan tu kat area jejantas tu je kata Nadia. Boleh nampak pagi pagi abg tu niaga kat situ. Mungkin seawal jam 6 atau pun 6.30 pagi dia dah ada kat situ... Tak perlu buka khemah atas meja pun dari bonet alza tu je dia menjual...
Semua nasinya RM5 
Menurut kata Nadia ada nasi kerabu lauk ayam dan juga daging bakar
Nasi berlauk gulai ayam atau gulai ikan tongkol.
Laksam RM3 sepack.
Laku keras jualan abg ni...
Selalunya Nadia sampai kat situ dalam jam 8.15 pagi macam tu... Nasi semua dah habis kadang kadang abg tu pun dah takde kat situ..
Hari ni rezeki kami... nasi masih ada...
Nasi kerabu tinggal lagi 1, nasi berlauk ada ayam dan ikan...
Nadia belikan aq lauk ikan... RM5 je...
Mana dapat dah nasi macam ni dengan harga RM5... kurang kurang pun RM7 dah kan...

Ni la rupa nasi yang dah di pack...
Lauk sebungkus, timun dan juga sambal...
Nasi pun ok je portion nya...
Ni nasi lauk gulai ikan tongkol RM5

Besar juga kan ketulan ikan tu

Yang ni nasi kerabu... untuk Nadia RM5
Semula lauk lauk ni dia asing kan
Keropok, sayur kerabu, cili, sambal tumis, sambal kelapa goreng, semua ni dia masuk kan dalam plastik kecil kecil.
Kalau korang nak makan tengahari tak basi la.... 
kalau ada yang nak makan pilih pilih pun senang senang dah di asing asingkan...

Kalau kita dapat berniaga macam ni pun dah seronok kan...
aq tanya juga berapa bungkus jualan orang ni sehari... Nadia kata tak tahu la pula...
Mesti banyak bungkus ni kot takat 20-30 bungkus mana la untung nya kan...
Alhamdulillah...macam macam cara untuk orang mencari rezeki kan
Kalau jenis masak sedap sedap kalau dijual mesti laku keras...
Pokok pangkal nya korang kena la rajin....



Bekal Hari Khamis @ 11/07/2024

Bekal hari khamis...
Versi diet untuk aq...
Untuk Nadia ada la ku letakkan nasi dalam 1 senduk setengah...
Untuk Nadia aq buatkan juga pencicah cencaluk....
Kesian pula makan nasi tak berkuah kan...
 

Telur tu aq buat ala ala murtabak atkins macam tu... baru la kenyang makannya...
Meh aq kongsikan resepi murtabak telur versi atkins ni...
Telur macam ni tebal puas makan...
Selain tu aq rebus juga bunga kobis letak garam sikit...
Yummy.....

MURTABAK ATKINS 

- 2 biji telur
- Sedikit kobis
- 2 biji cili api (nak pedas tambah lagi)
- Bawang besar hiris nipis 
- Daun sup / daun bawang
- Tomato 
- Seketul ikan sardin (dipecah pecah kan)

~ Campurkan kesemuanya letak kan garam sikit
~ Masak guna non stick pan dan api perlahan....

Dinner Di C6 Hidayah Tomyam @ 10/07/2024 Rabu

 Semalam dari subuh lagi hari dah mulai hujan...
Aq dah berkira kira... nak p kerja naik apa ni...
Nak naik motor kang tiba tiba hujan lebat pula... Nak naik MRT kena la cepat...
Akhirnya aq mengambil keputusan untuk naik MRT je ke tempat kerja...

Dari rumah aq berjalan kaki ke Stesen LRT Salak Selatan.
Kemudian aq menukar lalu ke Kuchai dengan menaiki MRT...
Tukar di Chan Sow Lin... Bagi yang belum tahu atau yang dah tahu.. nak ke MRT stesen ni punya la jauh..berapa kali korang kena naik esculator juga la... Bagi yang OKU atau warga emas boleh la naik di lif yang disediakan... Perjalanan dari rumah ke ofis dalam anggaran 45 minit juga la.
Tambang dari LRT Salak Selatan ke MRT Kuchai RM2.80 sehala kalau mengunakan touch n go kalau korang beli token dalam RM3.10 kalau tak silap aq la.
Kad touch n go ni korang boleh je topup di kaunter stesen.
Kalau nak beli kad bulanan unlimited ride pun boleh RM50.00 sebulan..
Memang berbaloi kan...

Selepas je aq menuruni LRT untuk balik ke rumah. bagi yang sudah sedia maklum pasal stesen LRT Salak Selatan ni nak ke Bandar Sri Permaisuri ni... korang kena mendaki tangga....
Kami panggil tangga yang nak menghala ke Maybank...
Bagi aq cunggap juga la tangga ni... tinggi mencanak..tapi dibahagiakn dengan 3 kali berhenti la...
Penat korang stop macam tu la...
Balik je kerja aq terus ke tempat tukang jahit yang berhadapan dengan MU kedai jual baju tu 
Potong tangan baju... cantik jahitan nya kemas...

Macam ni contohnya... Boleh buat 2 line jahitan pun tak berkedut cumanya bukan la jahitan macam kilang pada sebelah dalam kain tu...luaran macam nampak ori jahitan kilang la.
RM7 untuk sepasang baju..

Siap potong tangan baju, aq ke Hero beli bahan bahan masakan... Beli yang patut patut nya...
Sambil tu aq call hb tanya kat mana dah... Hb kata otw nak balik... 
Aq minta hb tolong ambil aq kat Pasaraya Hero... tak larat dah nak jalan kaki balik rumah...
Dalam kereta aq tanya hb nak makan ke... perut dah lapar ni... (cis kata nak diet kn)
Hb kata ok juga kalau nak makan..
Aq ajak hb ke Medan Selera je kali ni kita cuba gerai yang bernombor C6 Hidayah Tomyam...
Banyak kali hb tanya C6 ke bukan C10... bukan jawap ku...
Aq teringin nak makan bihun celup dia.


Gerai C6

Hb makan keo teow goreng basah dengan air laici

Aq bihun celup dengan air teh o ais...

Untuk anak anak aq bungkus kan 2 nasi goreng ikan masin.
Untuk 4 menu dan juga 2 air berjumlah RM35.00 saja..

Untuk yang belum tahu, Hidayah tomyam ada membuat service penghantaran makanan ke rumah.
Syarat nya mesti order 1 jenis makanan berserta dengan air.
Harga mahal sikit dari kat kedai la.
Penghantarannya percuma kalau area Bandar Sri Permaisuri ni. 
Ye la kan...kot ada yang sakit tak larat nak ke kedai...call / wasap je la..
Nanti aq edit letak kan no hp nya ye...

Ok selamat dah makan...perut pun dah kenyang... Balik rumah mandi solat magrib....
Baiiiiiii...





10 July 2024

Makan Petang Kat Warung Di Sungai Wangi

 Lepas je ke Taiping... kami terus pulang...
Sampai rumah macam biasa la kena la caj bateri dulu (tidur)
Ngantuk ooooo dari pagi drive kereta.....
Anak anak dah tanya kenapa tak keluar lagi...
SIL kata tunggu maksu bangun tidur...
Diorang dah lama keluar dengan Zakiah adiknya SIL....
Bangun tidur solat..bersiap mandi... aq ajak SIL makan kat Sungai Wangi...
Lapor oooo pagi tadi je makan kan.....

Masuk je Sungai Wangi / Kampung Baru... ternampak gerai sebelah kanan berhadapan dengan sekolah...
Ok kami singgah...
Punya la lama menunggu... orang takde...pekerja ada 2 orang je....
OK apa lagi kami pun order la...

Aq order nasi goreng ikan masin... bila bau ikan masin ni lalat punya la banyak
Sebelah tangan pegang sudu sebelah tangan berkipas lalat...
Hilang selera nak makan...

SIL order mee goreng...tengok menyelerakan... tapi memang sedap..
Tapi dek kerana banyak nya lalat memang potong selera nak makan...
Lepas je membuat bayaran, kami menuju ke AEON Manjung...
Jom...

Jalan Jalan Ke Raintree Wall @ Taman Tasik Taiping

 Lepas je sarapan kat Pasar Bangan Serai... 
Kami sepakat menuju ke Taman Tasik Taiping.
Nak balik pun hari masih awal lagi....
Lagi pun kami tak pernah bergambar kat Taman Tasik yang pokok tua tua berumur 100 tahun tu.
Sekarang ni situ dah dijadikan salah satu tempat pelancong...



Boleh nampak kan pokok yang dah tua masih terjaga dengan rapi. Kat sini korang boleh je buat aktiviti berbasikal, jalan jalan, joging ke...

Layan dulu gambar kami kat sini...
Dalam sejam juga kami kat sini...
hari pun dah mendung nak hujan...Ok kita balik la




















Tempat ni memang seronok dan sunyi... 
Tak ramai yang datang sebelah sini...Kat sini ada 2 enterance...
Aq masuk enterance yang ke 2 dekat ngn roungdoubt kecil tu...
Kalau enterence yang pertama ramai orang..
Masuk kat sini percuma je... Tak dikenakan bayaran pun...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...