Alhamdulillah rezeki hari ni...
Sampai je ofis bagi Nadia datang je...
"Kak ni saya belikan akk nasi berlauk gulai tongkol"
Ooooo ok tq... bila aq nak bayar Nadia kata tak perlu... Hari ni saya belanja akk makan.
Bukan pasal belanja yang nak aq ceritakan kat sini...
Aq nak cerita mengenai kegigihan orang yang menjual nasi ni...
Dulu orang ni kerja kilang..kemudian berhenti... mulakan perniagaan nasi bungkus macam ni.
Orang ni orang kelantan.
abg ni jual dalam kereta alza je kata Nadia. Tepi jalan besar Taman Medan tu kat area jejantas tu je kata Nadia. Boleh nampak pagi pagi abg tu niaga kat situ. Mungkin seawal jam 6 atau pun 6.30 pagi dia dah ada kat situ... Tak perlu buka khemah atas meja pun dari bonet alza tu je dia menjual...
Semua nasinya RM5
Menurut kata Nadia ada nasi kerabu lauk ayam dan juga daging bakar
Nasi berlauk gulai ayam atau gulai ikan tongkol.
Laksam RM3 sepack.
Laku keras jualan abg ni...
Selalunya Nadia sampai kat situ dalam jam 8.15 pagi macam tu... Nasi semua dah habis kadang kadang abg tu pun dah takde kat situ..
Hari ni rezeki kami... nasi masih ada...
Nasi kerabu tinggal lagi 1, nasi berlauk ada ayam dan ikan...
Nadia belikan aq lauk ikan... RM5 je...
Mana dapat dah nasi macam ni dengan harga RM5... kurang kurang pun RM7 dah kan...
Lauk sebungkus, timun dan juga sambal...
Nasi pun ok je portion nya...
Ni nasi lauk gulai ikan tongkol RM5
Keropok, sayur kerabu, cili, sambal tumis, sambal kelapa goreng, semua ni dia masuk kan dalam plastik kecil kecil.
Kalau korang nak makan tengahari tak basi la....
kalau ada yang nak makan pilih pilih pun senang senang dah di asing asingkan...
Kalau kita dapat berniaga macam ni pun dah seronok kan...
aq tanya juga berapa bungkus jualan orang ni sehari... Nadia kata tak tahu la pula...
Mesti banyak bungkus ni kot takat 20-30 bungkus mana la untung nya kan...
Alhamdulillah...macam macam cara untuk orang mencari rezeki kan
Pokok pangkal nya korang kena la rajin....
No comments:
Post a Comment