Semalam dari subuh lagi hari dah mulai hujan...
Aq dah berkira kira... nak p kerja naik apa ni...
Nak naik motor kang tiba tiba hujan lebat pula... Nak naik MRT kena la cepat...
Akhirnya aq mengambil keputusan untuk naik MRT je ke tempat kerja...
Dari rumah aq berjalan kaki ke Stesen LRT Salak Selatan.
Kemudian aq menukar lalu ke Kuchai dengan menaiki MRT...
Tukar di Chan Sow Lin... Bagi yang belum tahu atau yang dah tahu.. nak ke MRT stesen ni punya la jauh..berapa kali korang kena naik esculator juga la... Bagi yang OKU atau warga emas boleh la naik di lif yang disediakan... Perjalanan dari rumah ke ofis dalam anggaran 45 minit juga la.
Tambang dari LRT Salak Selatan ke MRT Kuchai RM2.80 sehala kalau mengunakan touch n go kalau korang beli token dalam RM3.10 kalau tak silap aq la.
Kad touch n go ni korang boleh je topup di kaunter stesen.
Kalau nak beli kad bulanan unlimited ride pun boleh RM50.00 sebulan..
Memang berbaloi kan...
Selepas je aq menuruni LRT untuk balik ke rumah. bagi yang sudah sedia maklum pasal stesen LRT Salak Selatan ni nak ke Bandar Sri Permaisuri ni... korang kena mendaki tangga....
Kami panggil tangga yang nak menghala ke Maybank...
Bagi aq cunggap juga la tangga ni... tinggi mencanak..tapi dibahagiakn dengan 3 kali berhenti la...
Penat korang stop macam tu la...
Balik je kerja aq terus ke tempat tukang jahit yang berhadapan dengan MU kedai jual baju tu
Potong tangan baju... cantik jahitan nya kemas...
Siap potong tangan baju, aq ke Hero beli bahan bahan masakan... Beli yang patut patut nya...
Sambil tu aq call hb tanya kat mana dah... Hb kata otw nak balik...
Aq minta hb tolong ambil aq kat Pasaraya Hero... tak larat dah nak jalan kaki balik rumah...
Dalam kereta aq tanya hb nak makan ke... perut dah lapar ni... (cis kata nak diet kn)
Hb kata ok juga kalau nak makan..
Aq ajak hb ke Medan Selera je kali ni kita cuba gerai yang bernombor C6 Hidayah Tomyam...
Banyak kali hb tanya C6 ke bukan C10... bukan jawap ku...
Aq teringin nak makan bihun celup dia.
Untuk anak anak aq bungkus kan 2 nasi goreng ikan masin.
Untuk 4 menu dan juga 2 air berjumlah RM35.00 saja..
Untuk yang belum tahu, Hidayah tomyam ada membuat service penghantaran makanan ke rumah.
Syarat nya mesti order 1 jenis makanan berserta dengan air.
Harga mahal sikit dari kat kedai la.
Penghantarannya percuma kalau area Bandar Sri Permaisuri ni.
Ye la kan...kot ada yang sakit tak larat nak ke kedai...call / wasap je la..
Nanti aq edit letak kan no hp nya ye...
Ok selamat dah makan...perut pun dah kenyang... Balik rumah mandi solat magrib....
Baiiiiiii...
No comments:
Post a Comment