12 July 2024

Rezeki Hari Jumaat @ 12/07/2024

 Salam jumaat....
Esok dah cuti. sekejap je masa berlalu... 
Esok sabtu... aq nak balik kampung lagi. Nak settle kan kereta Fatahul tu.
Cadangnya nak bawa kereta tu balik ke KL.
Pagi ni sampai kat ofis macam biasa.
Konon nak buat semug green tea.
Datang kawan ofis aq... Si Amy...dibaginya kuih seketul...
Akk pilih la nak kuih yang mana, Ada apam gula hangus, karipap ngan roti sardin.
Eh tak mo la...akk diet... Ala kak esok esok la diet...
Ambil la kuih seketul ni je...
Erm....rezeki hari jumaat pula tu tak baik ditolak nanti orang kata tak sudi...

Aq ambil kuih apam gula hangus...aq menuju ke pantry...dah makan apam tak kan nk gu kan dengan green tea... aq pun bancuh semug coffee...
Coffee tu pun Amy yang bagi...coffee aq dah habis stock... lupa bawa dari rumah...
TQ Amy... Lanje akk hari ni...

Dapat makan seketul apam gula hangus dan semug coffee...
Jom kita mula kerja pagi ni...

Untuk menu makan tengaharinya pula 
Aq bawa bekal. 

Hari ni bawa nasi dah 2 hari tak makan nasi...
Konon nak kurus sikit... Hari ni dah hancus diet aq....


Telur mata , sambal ikan bilis + terung belado dan masak lemak pucuk, sohun dan kobis...
Lama tak makan lauk macam ni...
Sesekali makan macam ni layan juga.....
Alhamdulillah rezeki hari ni kan....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...