25 November 2022

Rezeki Pagi Jumaat Tempahan Nasi Lemak Bajet

 Seawal jam 4.30 pagi aku dah bangun....
Masak nasi lemak, goreng ikan bilis, kacang tanah, kopek telur rebus.
Masak je nasi terus pack....Siap pack dalam 6.30 pagi...
Ngam ngam Nadia nak p sekolah dah.
Order kali ni dari cikgu sekolah. Cikgu nak sedekah pada anak murid nya.
Dah 2x dah cikgu ni jamu anak murid nya makan nasi lemak aku...
Terima kasih cikgu.... Moga murah rezeki cikgu....


5 pack ni Kak Sal nak...bila dia tengok status aku...
Teringin lak dia kata...ada lebih tak.....
Hehehehe...


Zoom sikit....
Ni la rupa nasi lemak bajet aku


Alhamdulillah..... 
Syukur rezeki yang Engkau berikan ya Allah..

Dinner @ Hajris Bistro

 Sebelah malam nya pula aku tak masak juga.
Sibuk menyiapkan sambal nasi lemak untuk order esk pagi.
Macam biasa la hari khamis memang kena jemput Nadia kat Bangsar... 
Lepas ambil Nadia kami ke Hajris Bistro. Makan kat situ.
Bila dah lewat malam roti canai dan seangkatan nya memang sudah habis.
Nak tak nak kami makan nasi je la kecuali Alif makan naan cheese...

Ni nasi aku, telur sotong, telur ikan....

Naan cheese......
Tak habis juga aku makan nasi tu... banyak kan...
Balik rumah lena tido...esok nak bangun awal nak siap kan tempahan...

Lunch Kat Sajian Alia RnR Awan Besar

 Semalam nak dekat pukul 12 hb call, dah keluar rehat ke...Jawap ku belum lagi...Nak keluar dah ni.
Jom la kita lunch sekali.... Laaaaa tiba tiba lak tak cakap awal awal kan....
Dalam kereta ku tanya hb nak makan kat mana ni.
Tempat biasa kata nya...Aku diam je ikut je la kan...
Rupanya hb menghala ke RnR Kesas...
Agak dah kalau kat sini mesti makan kat Sajian Alia. Nasi kukus ayam goreng berempah...
Dari dulu lagi memang kami suka makan kat sini.
Selain ayam goreng ada juga ikan bakar.....boleh la banyak pilihan..


Ni nasi hb


Ni nasi aku...
Macam ni harga RM9 sepinggan...
Kalau habis ni memang kenyang la....
Aku memang tak boleh habiskan nasi....
Banyak sangat. Aku cuma ratah lauk dan makan sayur sayur saja...

24 November 2022

Dinner Bihun Konjac Bandung @ 23/11/2022

 Untuk makan malam semalam, apa la yang nak dimasak ni. 
Tapi bila teringat kan konjac yang aku beli dari 2 bulan lepas tak terusik lagi. 
Masa tu aku beli bihun, mee dan juga keo teow. Bagi orang yang berdiet keto ni memang paham sangat apa fungsi konjac ni. Konjac ni memang sesuai untuk orang yang berdiet. Kalau kita pandai masak rasa nya sama lah seperti mee bihun keo toew tu cuma nya bahan asas konjac ni bukan lah dari tepung. Ianya diperbuat dari sejenis tumbuh tumbuhan....
Untuk malam ni aku gantikan mee tu kepada konjac... Kuah nya aku buat kan kuah bandung. Boleh je kalau nak makan dengan sup, spaghetti tu ke laksa ke.....goreng goreng ke cuma ganti kan je mee, bihun atau laksa korang tu dengan konjac ni. Konjac ni kalau sebungkus tu boleh kongsi 2 orang rasa nya yang kenyal kenyal tu. Kalau pestime makan mungkin akan agak pelik sikit rasanya tapi kalau dah selalu makan mesti suka nanti.... Heheheh macam aku la...
 


Bihun konjac ni aku makan dengan kuah bandung..
Air teh ais.... kurang gula sebab aku lebih kan susu cair...



Tengok macam ni je la nak makan nya.
Jangan risau korang buh kuah pastu korang makan lambat pun takpe,
Sebabnya konjac ni tak kan kembang. Korang celur air panas pastu tapis boleh la buh kuah.
Jangan ingat kenapa la tak lembut2 lagi ni. 


Ni kuah bandung sekuali aku buat... puashati makan banyak sayur sayuran nya


Ni la rupa bihun konjac tu...
Korang rebus la lama mana pun ianya tak kan lembut. Dok kenyal kenyal macam tu je la.
Hehehe..... Ada orang tak leh telan tak terima dek tekak...tapi aku suka amat.......

Jap aku kongsikan pasal konjac ni...

Konjac juga dikenali dengan nama keladi gajah dan ia tumbuh dengan subur di beberapa negara Asia seperti Korea, China dan juga Jepun. Ia juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti konjaku, devil’s tongue, snake palm, dan voodoo lily.

Bahagian batangnya yang berkanji ini dijadikan sebagai nasi konjac atau mi konjac. Ia kaya dengan serat larut dan sering juga dijadikan sebagai ejen pemekat sup dan kuah.

Ia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Jepun dan juga Cina.

 

Apakah rasa mi konjac atau nasi konjac?

Di negara Jepun sebagai contoh, konjac dijadikan mi dengan panggilan mi shirataki. Ada sesetengah orang yang menyukai rasa mi ini dan ada juga yang mungkin tidak menggemarinya.

Bagi yang kurang menggemarinya, ia mungkin disebabkan rasanya yang seakan-akan hanyir seperti makanan laut atau ‘fishy’.

Namun, bagi penggemar makanan laut, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dengan rasa mi konjac atau nasi konjac ini.

Mi shirataki atau nasi shirataki ini dianggap sebagai makanan yang rendah karbohidrat dan amat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet keto.


21 November 2022

Dinner Malam PRU 15

 Lepas je hari PRU tu... malam konon nya nak ke Hajris lagi... lepak minum teh dan makan roti tisu.
Sudah nya malas pula nak keluar. Dok lepak depan tv sambil layan astro awani. Keterujaan melihat pemenang pemenang parti yang bertanding.
Last aku suruh Nadia masak ayam masak lemak cili api. Nadia goreng nugget yang masih berbaki separuh plastik tu. Aku pula memang ada buat stok sambal ikan bilis cili api....


Aku masak kan nasi... Bila dah siap masak... makan panas panas...Perut pun dah kenyang kan.... 
Layan je la tv sampai pukul 4 pagi... kononnya nak tau sapa la yang menjadi PM tu kan...
Last nya sampai ke hari ni tak tahu lagi... Kata nya keputusan akan diumumkan jam 2.00 petang nanti...
So kita tunggu ye...suspen je ni....

Lepas Mengundi Makan Di Saddam Segambut

 Dalam jam 12.30 juga la sampai kat Saddam. Selalunya kalau sampai time ni mesti ramai orang dan lauk banyak yang dah habis..Tapi macam biasa la sebelum datang aku dah call untuk booking lauk sotong 2 ekor... Tapi bila masa aku berbaris banyak je lauk lauk yang lain ada lagi....
Mungkin orang bz mengundi kot... tapi lepas je aku beratus berderet orang beratur kat belakang aku....


Nasi kami 4, sotong 2 ekor, teh ais 2, teh o ais 2 
RM58.00 je....Berbaloi sangat...

PRU Ke 15 @ 19/11/2022 Di SKST

 Hari ni buat kali ke 2 aku pergi mengundi. 
Kali ni PRU ke 15 jatuh pada 19/11/2022 hari sabtu. 
Tempat mengundi aku di SKST je...jalan kaki je.
Aku pergi dengan Fatahul kerana kami ditempatkan di tempat yang sama.
Aku di saluran 5 manakala Fatahul di saluran 13, Nadia pula di saluran 12.
Dengannya kat SKST ni ada 15 saluran. Punya la ramai orang yang datang mengundi.
Dalam sejam setengah juga la aku dapat memangkah....
Bila sampai di bilik saluran tu kami beratur diluar....ada la 30 minit gak aku berdiri kat luar...


Dah tu dapat la masuk dalam bilik...disediakan tempat duduk....Dalam sejam gak la duduk dalam bilik tu...Nasib ada kipas tak la panas. Cuaca pun ala ala mendung je..

Aku dah siap mengundi. Aku dah tunaikan kewajipan aku sebagai rakyat Malaysia...


Time ni tunggu Fatahul nak ajak balik sekali.
Lama pula menunggu...Malas la aku balik dulu la...


Selfie dengan Fatahul.
Alif tu tak kira erk.... tak cukup umur lagi


Dalam kereta menuju ke destinasi seterusnya...
Pergi mana tu...adala... tunggu...
Masing masing pakat tunjuk jari....hehehe..



Sarapan Pagi Sebelum Pergi Mengundi @ 19/11/2022

Sebelum keluar mengundi.... Kami bersarapan dulu kat rumah. Masak apa yang ada je.
Semalam aku ada beli keo teow jadi ku jadikan keo teow goreng,
Ada pisang emas ku buat juga cokodok pisang. Dan ku potongkan mangga susu yang ku beli kat Fresh Mart...


2 biji mangga susu

Cokodok pisang
Resepi nya aku pernah kongsi kan DI SINI


Semangkuk keo teow goreng halus....
Sedap dan kenyang perut...

Sepotong Karot Kek Secret Recipe

 Sepotong kek karot ni Nadia belikan. Kata nya dia beli sepotong kek untuk anak muridnya yang kebetulan menyambut hari lahir pada hari khamis 17/11/2022. Bila nampak kek karot ni memang Nadia akan belikan untuk aku. 
Dalam kereta Nadia kata... Nah mama kek karot... Eh kenapa beli ni....
Saja je sebab orang beli kan anak murid tu kek so beli kan ni untuk mama.


Ingat nak makan hari khamis malam tu juga tapi kenyang la pula sebab baru makan roti tisu. 
Lepas tu ingat nak makan jumaat. Tapi hari jumaat aku kerja dan bersarapan di luar..
Petangnya pula lepas balik kerja aku ke IOI Mall.
Sudah nya kek tu ku simpan je... Balik dari mengundi baru la aku dapat makan... Merasai kenikmatan sepotong kek karot....


Makan Malam Di Hajris Bistro @ 17/11/2022

Hari khamis Fatahul balik ke KL, Balik dengan menggunakan perkhidmatan ETS je mudah kan....
Dari Kuala Kangsar ke KL Sental baru RM60 tambang nya.
Malam tu lepas je balik kerja selepas magrib aku ajak hb sebelum ambil Nadia di Bangsar kita singgah makan di Hajris Bistro dulu. Teringin nak makan roti tisu....
Lama tak makan roti tisu tu....



Disebabkan aku nak stail garing... jadi roti tisu tu tak boleh la berdiri tegak macam tanjak tu kan..
Lupa pula aku nak cakap kurang kan gula... Manis meleket aku rasa....
Aku dengan Alif makan roti tisu, Fatahul cheese naan dan hb pula capati.
Aku tak sempat nak ambil gambar... Tangan penuh gula dan berminyak minyak.
Kerana roti tisu aku yang sampai dulu.
Lepas je makan kami terus ke Bangsar ambil Nadia.
Sampai je Bangsar Nadia dah pun tunggu kat bawah...
Lambat runggut Nadia... Hahaha...

 

Menu Lunch Hari Ahad @ 13/11/2022

 Cerita hari ahad yang lepas... Terjumpa gambar ni di galeri hp aku...
Menu hari ahad... Malas rasanya nak keluar ke mana mana.... Dok kt rumah je masak apa yang ada dalam peti ais....

Aku cuma masak kari ayam kentang, ikan pelaling goreng dan juga sayur cendawan tumis.
Cukup la lauk yang sederhana macam ni...

17 November 2022

Nasi Lemak Bajet Oder Hari Ini @ 17/11/2022

 Salam hari khamis....
Esok cuti...cuti yang diberikan khas oleh kerajaan untuk mengundi kali ke 15.
Tapi tak cuti untuk ofis aku...erm...
Bagi pengundi yang mengundi outstation saja dibenarkan cuti.
Kami yang kat KL & Selangor ni kena kerja. Katanya kerja half day je....
Macam ni pun boleh. 
Semalam Nadia kata ada cikgu nak order nasi lemak bajet dalam 30 bungkus.
Aku on je la rezeki kan... Untung ke.. Untung sikit sikit ok la bisness kecil kecilan dari rumah je kan...
Masakan untuk jualan boleh la anak anak makan yang baki tu.


Nasi lemak bajet RM1.00
Alhamdulillah rezeki ini walaupun tak seberapa tapi
keikhlasan aku melakukan nya...
Semoga ada rezeki seterusnya....

16 November 2022

Marble Butter Kek Dari Lavender Bakery

 Semalam Kelly datang ke ofis.
Di bawa nya sebiji marble butter kek. Pertama kali aku mencuba kek butter dari Lavender ni.
Selalu juga beli tapi kek yang lain la...atau pun roti. 
Madam kata Shima u potong la makan sama sama....
Bila aku potong dan makan sekeping keping...
Wah sedap nya terasa pure butter tu lembut...rasa nya smooth je....
Lain kali boleh la beli lagi macam ni.
Rasa kek nya pun tak la manis sangat memang sesuai la dengan tekak aku ni.....


Cantik je packing nya kan....



Saiz kek ni tak la besar sangat dalam 5 inci je.
Harga dalam RM20.00 sebiji. Harga ni aku tengok kat google.. Segan pula nak tanya kat Kelly kan..


Ni aku potong makan bersama sama dengan kawan sepejabat.
TQ Kelly... sedap betul kek ni...
Buah tangan dari Kelly...
Ingat beli dari Alor Setar rupanya dari Pavillion je kata Kelly.
Hehehe...

Berkongsi Rezeki Nasi Lemak Bajet @ 14/11/2022

Hari isnin aku buat nasi lemak bajet. Nasi lemak ni aku tak jual.
Aku bersedekah kepada mereka yang tak dapat roti jala aku tu.
Sambal nasi lemak tu aku masak dalam 4 jam juga la...
Sampai cili tu jadi hitam... Baru la tak sakit perut dan cepat basi. 


Kot tengok alahai sikit nya....
Memang la sikit. Macam ni aku jual RM1 je sepack.
Ada lagi ke nasi lemak RM1 macam ni...
Untung ke.... Ok la untung sikit sikit kan.
Janji pelanggan berpuashati...
Rezeki hari ni...syukur...

Roti Jala Order Hari Jumaat 11/11/2022

Ni order untuk hari jumaat.
Kami sepakat dengan kawan kawan kat ofis.
Faiz nak order roti jala 35 pack, Nur pula 10 pack.
Nanti ada la lagi baki tu boleh la Nadia bawa ke sekolah. Bagi pada kawan kawan nya...
Aku buat dalam 3 kilo tepung juga untuk 50 pack roti jala ni
1 pack 5 biji, berserta kuah kari ayam campur kentang.
Macam biasa la diorg suka kan kari ayam aku.
Bila cicah sedap je kak...roti jalan akk pun lembut.
Si Nadia kawan sepejabat makan waktu malam... elok je kak tak keras dan masih lembut.
Yang penting tak basi pun....
Alhamdulillah.... 



Macam ni la roti jala aku bila dah siap pack
1 pack RM3 je aku jual....
Sedekah hari jumaat.
Doakan akk murah rezeki dan order yang tak putus putus walaupun sedikit,
Rezeki tetap ada.... Amiin..

Cheese Tart & Takoyaki Order By Nozi @ 08/11/2022

 hari isnin Nozi mesej nak kan cheese tart denga takoyaki.
Katanya hantar kat rumah Ida.
Rupanya order ni untuk harijadi Ida.
Senangkan... order je...akk siap hantar kan.
Tapi masa Alif hantar kat rumah Ida, Mereka sekeluarga tolak makanan ni...Katanya takde pun order.
Dah Alif balik... Marah Alif... Rupanya Ida tak tahu pun makanan ni Nozi yang order.
Konon nya Nozi nak buat surprise la ni kat Ida...sudah nya Alif yang kena prank. 
Bila aku call Ida n explain... 
Alif sekali lagi hantar ke rumah Ida.



Aku cuma buat macam ni je la...
Ida pun tak baca mesej yang aku tampal kt kotak cheese tart.
Kata Ida sedap kak... tak tau pun akk pandai buat cheese tart n takoyaki.
Ingat kan akk tau berzumba je....
Haippppppp...
Malam tu Ida mesej lagi.. Nak order tako 5 pack untuk hari jumaat.
Ok bereh.... akk terima pesanan ni....

Sambutan Harijadi Sifu @ Restoran Rebung 06/11/2022


Lepas je tengahari tak la tengahari dalam kul 10 juga la, aku dan Emma ke Restoran Rebung.
Tujuannya nak sambut harijadi Kak Erni... Coach zumba kami la ni... Planning dah lama.. Kami semua diam diam je... Yang penting Kak Herni tak tahu pun kejutan macam tu.

Selamat harilahir Kak Herni. Semoga murah rezeki diberikan kesihatan yang baik. 
Semoga berbahagia disamping orang orang yang tersayang. 
Orang yang baik... Allah akan balas dengan berjuta kebaikan....


 
Restoran Rebung. Kami duduk di VIP Room.
Dalam 200 orang juga la...

Makanan kat sini macam buffet la. Sorang bayar RM50
Korang makan la nak makan apa pun.
Buffet lunch kat sini ada 2 sesi
Sesi 1 : 11.30 - 2.00 petang
Sesi 2 : 2.30 - 4.00 petang.
Group kami special sikit boleh sampai kul 4.00 petang.
Nak ikut kan makanan dia memang banyak
Aku tak sempat nak ambil gambar orang memang ramai.
Rasa nya penuh la ada juga group group yang lain buat birthday parti tu...




Sebelum sifu sampai aku ambil gambar dulu...

Dok kat meja...ambil gambar dulu..

Dengan Cikgu Jijah ngan Coach Lia Amoi




Ni dengan geng semeja.....
Coach Yatt pun ada  yg baju biru tu


Sebelum balik ambil gambar dengan sifu dulu

Ambil gambar dengan urusetia Fai...
haaaaa pandai tak akk simpan rahsia ni....















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...