31 January 2024

Tempahan Takoyaki & Sandwich Telur

 Hari Isnin malam Siti jiran sebelah rumah, wasap aq....

Siti : Kak...esok nak tako boleh tak
Me : Boleh, bila ko nak tu n pukul berapa
Siti : Nak 3 pack kak pukul berapa takpe ikut mu balik keje buat la
Me : Ok...

Apa lagi balik je kerja terus ke Hero tengok barang mana yang kurang nak di topup....
Sampai rumah terus pulun buat tako.. 
Sebelum magrib aq dah hantar kt Siti.... 
Tq Siti support akk...jauh datang dari Gombak... 

Takoyaki 

Yang ni pula sandwich yang kawan kawan order.
Walaupun tak banyak kali ni tapi ok la... Bersyukur rezeki masuk sikit sikit pun.
Buat tambah tambah duit jajan Alif....



Kali ni ada yang nak Sandwich telur & sandwich telur bersayur...
Ok siap... ada baki 2 pack... 1 utk Nadia dan 1 lagi utk aq...
Alif punya takde...tapi inti ada lagi roti je dah habis..
Balik ni mama buat kan untuk Alif ye....
Alhamdulillah.... #jangan lupa bersyukur..

30 January 2024

Sarapan Pagi Selasa @ 30/01/2024

 Sarapan pagi ni

Cukup la semug essensso coffee dengan sandwich telur. Aq letak di status...

Ada yang komen...esok nak lagi..
Jawapnya esok aq kena la buat lagi sadwich ni...
Ada yg nak sayur ada yg taknak sayur....

Rezeki juga kan... walaupun tak banyak order aku bersyukur..ini la namanya permulaan hidup orang berniaga...


Makan Malam Yang Simple @ 29/01/2024

Makan malam kami semalam... Simple je..
Kari tu lebihan kuah roti jala... kebetulan ada telur rebus baki sandwich pagi tadi...
Aq letak dalam kuah kari.

Aq goreng sayur kobis cina dan juga telur mata letak telur ku hancurkan....
Lepas tu aq letak lagi kicap...
Makan dengan nasi panas...
Alhamdulillah berselera makan...

 

Sandwich Telur ~Tempahan Hari Isnin @ 29/01/2024

Hari isnin pagi ada tempahan roti sandwich sebanyak 50 pack. 
Jadi nya hari ahad malam aku dah siap siap kukus telur supaya mudah esk pagi nya aq bangun je lagi nak buat sandwich tu.... 


Yang ni aq punya...aq suka ada sayur macam tu

Yang ni pula tempahan cikgu untuk murid murid SPM makan nanti...
Cikgu nak yang kosong je... Tak mo sayur kata nya.
Alhamdulillah walaupun tak banyak...
Aq bersyukur dengan rezeki ini...


Hantar Shahira Ke Hotel

 Untuk menghantar Shahira ke sini juga berpandukan waze...
Sampai je cuaca panas teruk

Abg aq mengajak kami masuk kedalam lobi hotel.
Kat situ ada jual makan dan minim.....


Coffee Latte untuk aq dan juga hb

Yang ni pula kek lapisan macam ni.
Rasanya sedap sunggu....

Harga makan dan minum kami.
Bila dah selesai aq meneruskan perjalanan ke KL...

Singgah Makan Di Nasi Kandar Salman Kajang

 Selepas je check out dari HS kami bergerak pulang ke kediaman masing masing.
Aq kena hantar Shahira balik kt Bandar Mahkota Cheras. Dalam perjalanan aq mengajak hb makan kat Nasi Kandar Salman... Orang kata sedap sedap tu..takpe kita cuba.
Berpandukan dengan Waze akhirnya kami sampai...

Orang dah ramai sebab aq sampai masa makan tengahari.
Ada banyak tempat duduk memang selesa.....
Kami beratur untuk mendapatkan makanan masing masing....

Nasi kandar kuning berlaukan ayam goreng telo masin dan juga sayur bendi....



Untuk harga 4 pinggan ni RM60.00 termasuk air...
Yang ada telo masin 2 keping tu utk Nadia...dia dah bayar sendiri....
Selesai makan kami meneruskan ke Bandar Mahkota Cheras...



PUSASDA 27/01/24 Part 3 ~ Malam Pentarama Di Padang Rugbi JLJ

 Pada sebelah malam nya buat pertama kali nya... diadakan malam pestarama... 
Anjuran bersama RTM. Sesebelum tak pernah lagi diadakan... 
Jem lagi la depan PUSASDA ni orang parking kereta kiri dan kanan.
Sekali lagi aq dapat parking kat area muzium sana... jauh lagi la aq menapak....

Tengok betapa ramainya hadirin yang hadir. Seronok sambil layan nyanyian.....
Malas aq nak ambil gambar... bila aq dah duduk memang malas nak bangun...
Ambil gambar kami je la






Tamat sudah malam pestarama ni...dalam kul 11.30 kedengaran tembakan bunga api... 
Buat pertama kali nya...memang meriah kat sini...
Seronok menyaksikan tembakan bunga api dan percik kan api nya...berbunga bunga diangkasa....
Dah habis pertunjukan bunga api.... kami pun bergerak pulang...
Sekali lagi la aq harus menapak sampai la ke muzium atas sikit tu...tarik la troli yang berisi kerusi camping tu...
Ok lepas ni mama dah tak perlu berlelah lelah lagi dah... Fatahul pun dah tamat latihan rekrutnya kan...
Apa apa pun mama bangga Fatahul berjaya menghabiskan kursus nya...
Segala suka duka diceritakan... biar la cerita itu menjada kenangan buat ku seorang....
Kesian anak itu.... alah bisa tegang biasa...... Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lenggan...
Sampai jumpa lagi...ini la kisah PUSASDA....
Cerita hari pertama di PUSASDA DISINI 12/07/2023
Cerita perjumpaan keluarga PM DISINI 11/11/2023


PUSASDA 27/01/24 Part 2 ~ TLPM Intake 198/23

 Perbarisan bermula pada jam 8.00 pagi.
Bila nampak je PM melangkah masuk...ibu bapa semua bersorak sorak kegembiraan...


Setelah berpanas selama beberapa jam... dalam jam 10.30 
PM pun berjalan keluar.... Aq & SIL ke kompani nak ambil Fatahul keluar....
Kena ada sorang wakil masuk dalam. Boleh tahan jauh juga ye menapak kedalam ni...
Macam ni la hari hari Fatahul pergi dari kompani ke Padang Kawad..
Semoga Fatahul menjadi anak yang lebih berdisplin... Susah payah selama 6 bulan sudah pun berakhir...
Senyum lebar ibu bapa dan anak anak ini... Dah takde perasaan berat hati menanggung rindu...
Perasaan macam ini mungkin dirasai oleh ibu bapa siri 199 pula.

Selepas menukan helmet ke topi berry dan menukat tali pinggang.... Fatahul pun keluar dari kompani...
Semua yang menunggu tak sabar untuk bersama sama dengan Fatahul.


Ni je yang hadir pada hari ni...
TQ buat Nisa yang sanggup menjadi cameraman dan juga jurugambar... 
Sampai kong bateri.... Jadi runner mama ambil brownies...





Nampak Fatahul happy dapat jumpa mama nya


Bersama abah nya

Bersama Kak Ipar nya

Bersama sepupu dan maklong nya




Bersama dengan kek brownies nya....
Perjumpaan sehingga jam 4.30ptg. Tapi aq bagitau Fatahul, Mama nak balik dah... Penat dari pagi tadi maklum la pukul 2.00 pagi dah bangun kan.....
Kami balik jam 1.00 petang... Sampai je HS mandi terus tidur....lena sampai ke petang....
Bangun petang tu kedengaran kak ipar aq dah mula memasak...
Aq bangun tolong panaskan lauk...goreng telur mata hancur bersama dengan kicap.
Dah siap masak... ku ketuk pintu bilik Anisah... Panggil Anisah makan...dari tengahari lagi Anisah tak makan... Kelaparan dah muka masing masing....
Siap makan aq ke Pasar Malam yang terletak di Batu 4 Port Dickson... Hari sabtu kan ada pasar malam kat situ....










PUSASDA 27/01/24 Part 1 ~ Seawal 4.00 Pagi Kami Dah Sampai

Hari ni adalah hari yang di tunggu tunggu. Setelah 6 bulan Fatahul kat PUSASDA ni...
Hari ini hari tamat latihan parajurit muda siri yang ke 198/23.
Siri ni semua lelaki....
Semalam kat hs dah bagitau diorg..esok pukul 2.00 pagi bangun mandi bersiap.
Kul 4.00 pagi mesti dah sampai kt Padang Kawad...
Mereka semua akur je...

Tengok ni bila sampai pagi pagi...gelap lagi


Kat bahagian VVIP pun takde orang lagi...

Terjumpa dengan Mak PM Haizam...kot nampak cerita aku yang sebelum ni...
Dari Baling Kedah mereka sampai.. bertolak malam semalam...sampai je terus ke PUSASDA...


Mak pun sanggup datang dari Perak semata mata nak tengok Perbarisan TLPM 

Alif ngn Mak long 
Ni dah cerah sikit

Asset tentera

Kereta perisai



Siri 199 bertugas pada hari ini bila abg abg siri 198 menamatkan latihan...
Ok kita sambung part 2 pula....

Makan Lewat Petang Di Homestay Lovely Port Dickson

Bila dah settle semua tempahan... 
Ambil Nadia kat JPWKL. Nadia hari ni ada kursus...Jadi tak la ke sekolah. 

Kami sampai kat PD lebih kurang jam 3.30 petang.
Sampai je kat Homestay...Homestay yang aq tinggal ni nama nya Lovely Place Homestay..
Landmark cukup mudah simpang masuk cuma bersebelahan dengan Cafe Kopi & Kueh tu je...

Bila dah turun kan semua barang, apa lagi kami terus la masak nasi...perut dah lapar ni...Aq cuma bawa lauk yang dah siap je...Penat dah dek kerana dari semalam lagi menyiapkan tempahan customer...

Yang ni sayur nangka..Pemberian Nozi... sedap betul

Yang ni sambal ikan bilis... Aq minta Nadia (ofis) buatkan untuk aq...

Yang ni gulai daging campur tulang...
Aq order dengan Kak Ani...

Bila nasi dah masak sepakat pakat ambil pinggan makan... Kira lapar tak yah nak cakap la...
Laju masing masing makan nasi... 
Nasib la ada lauk yang aq dah bawa siap siap dari KL ni kan...

Tempahan Roti Jala, Creampuff Dan Apam Pisang

 Hari jumaat 26/01/2024 aq cuti..
Hari ni lepas je Nadia balik sek kami nak bertolak ke PD dah....
Dalam aq sibuk nak ke PD, ada juga cikgu yang menempah juadah untuk dijadikan potluck pada hari jumaat tu.....
Alhamdulillah kan rezeki masuk...jangan kita tolak...

Yang ni pack kecik untuk Nozi...order last minit..
Nasib bahannya masih ada...

Cikgu order 1 set roti jala berserta kuah kari ayam...Ayam pula 1/2 ekor...

Kuah kari...ni kata nya tak cukup....

Roti jala aq...
Ada yang komen cantik nya... elok je sama saiz..
Ada la cara nya kan....

Selain roti jala, ada juga cikgu yang order creampuff..
Lama gak aq tak ambil order creampuff ni....
Creampuff ni nak ikutkan modal nya besar la juga...
Sebab tu kalau nak order aq minta min 2 kotak...



Ok dekat sikit gambar creampuff ni...
Berinti kan creamy custard....

Selain creampuff dan roti jala, ada juga cikgu yang order apam pisang...
Apam pisang pun laku juga...kata Nadia semua habis kuih yang mama buat tu....


Ni apam pisang aq.
Customer tak pernah jemu makan apam pisang...
Selalu je ada order masuk apam pisang ni...
Alhamdulillah
Perkembangan yang bagus....
#jangan lupa bersyukur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...