28 February 2024

Makan Tengahari Di AL-Bayan Billion

Ni cerita selepas solat jumaat.. Panas terik kat kampung tak yah nak cite.
Panas jenis membahang, panas screen hp aq macam bergayut berjam jam dah....
Aq ke Billion SI untuk beli barang nak masak mee kari dan juga bakso. Selepas membeli barang kami singgah di Restoran Al-Bayan. 


    Aq order maggi goreng


Hb nak mee goreng. tapi katanya sedap lagi mee goreng kat Al Bayan yang kat trafic light Lotus tu

Makan dengan teh ais la kan...
Lepas je makan terus balik rumah... 
Lepas ni nak masak la aq ni.... 
Nasib la jiran sebelah rumah dan sepupu ku sampai membantu apa yang patut...
kot sorang sorang tumpo la aq...



Bihun Goreng Sarapan Pagi Jumaat 23/02/2024

 Bangun pagi jumaat... masa ni kami dah kat kampung.
Teringin pula nak masak bihun goreng... Ok la masak bihun goreng la pagi ni...
Dalam pada aq nak masak bihun tu...hb ajak makan roti canai. Nak ikut kan malasnya aq nak makan kat luar. Aq nak makan bihun goreng aq ni...

Bihun goreng cara aq.

Bila dah siap masak... aq isi dalam tupperware. Aq makan kat kedai je. Hb order roti telur...Makan sikit je baki aq yang makan lepas tu. Manakala hb order keo teow goreng. Orang pandang aq makan bekal bihun goreng...ahhhh biar la.... aq ada je order makanan lain dan juga order air...

Makan Di Kedai Langkap @ 22/02/2024

Hari ni hari khamis, hari sabtu ada kenduri kat rumah mak. 
Perjalanan selepas hb balik dari kerja.. 
Selalunya kami akan makan di Dora MJ Nasi Ayam Penyet. Masa ni dalam jam 11.00 malam.
Selalu buka je kedai ni tapi hari ni tutup mungkin disebabkan hari khamis kot... Kalau hari jumaat mesti ada lagi. Aq meneruskan perjalanan ke depan sikit. Nampak la 1 kedai tomyam ni memang meriah berhadapan dengan Speedmart.  


Aq order nasi putih sup tulang dan juga telur dadar...

HB makan maggi goreng

Alif makan Nasi goreng cili api... Tu yang banyak cili tu.

Bagi aq makanan kat sini ok je...kadang kadang kita kena la cuba kat pelbagai tempat. Senang nak tahu sedap ke tidak.. Kadang nasib baik..ok la kan...kot nasib tak baik..hampeh laaaaaa.
Alhamdulillah #janganlupabersyukur.

27 February 2024

Makan Tengahari Di Paku & Pontianak

 Pada hari khamis yang lepas 22/02/2024, aq bersama sama dengan Ina & Nurin ke Paku & Pontianak yang terletak di Jalan Gurney. Kiranya hari tu aq ambil cuti half day. Balik rumah Nurin dah sedia menunggu ku.... Kami sampai kat P&P dalam jam 2.00 petang. Masa ni dah tak ramai orang mungkin sudah pun melepasi lunch hour kan...
Mula mula masa Ina ajak makan kat sini, terasa seram pulak...
Hahaha... Ina kata kita cuba set dulang dia....Ha jom la jom la....
Disebabkan di antara kami ber 3 ni aq je yang berkerja jadi nya mereka kena la ikut jadual aq....
Tiba masa hari yang dijanjikan kami ber3 ke sini...

Bergambar di luar kedai. Kedai ni bukan la kedai tu ni macam rumah lama yang disewa untuk dijadikan restoran. Restoran ini dimiliki oleh pelawak Danial Zaini.

Depan pintu masuk (sebelah luar)

Dalam kedai

Suasana ala ala suram macam... santai je kita makan...

Di antara menu menu set dulang. Aq pilih set dulang 2




Yang ni kot sapa sapa nak add on

Nak order goreng macam mee pun ada

Nasi goreng pun ada




Ni menu dari set dulang 2, udang petai tu aq add

Chicken manggo ni aq add juga

Nasi putih untuk 2-3 orang makan.
Kemudian kami tambah lagi nasi untuk 2 orang makan

Air kosong je


Bergambar sebelum balik...

SENARAI HARGA MAKANAN

Set Dulang 2 RM34.90
Add on 
Spicy chicken manggo RM18.90
Sambal udang petai RM17.90
Sky juice / Air Kosong RM1.20 (0.30)
Nescafe Panas RM6.90
Nasi Tambah (2) RM5.80
Service Charga (10%) RM8.56
TOTAL = RM94.15

Bagi aq la kan kot korang nak jimat lagi better ambil set dulang 4 tu baru RM86.90. Semua pun ada kecuali air la.... Nanti kita repeat lagi ye geng.. Sedap semuanya masakannya... Ala ala menu kampung macam tu... Kot sabtu ahad kalau nak pergi korang kena booking sebab nanti mesti ramai orang kan..
Alhamdulillah... kenyang sudah....


21 February 2024

Dinner Di C10 Medan Selera Bandar Sri Permaisuri

 Semalam dinner kat C10 lagi. 
Balik je kerja terus ke Hero beli barang masak sikit... tak beli banyak pun sebab minggu ni nak balik kampung. Mak buat kenduri kesyukuran dan majlis doa selamat.

Menu aq dan Alif....
Menu Nadia ialah sotong masak petai pedas dan nasi putih 
Hb lak nasi goreng biasa... diorg sampai lambat jadi malas aq nak ambil gambar makanan diorg ni..

Sotong goreng tepung

Tomyam seafood

Nasi goreng cili api

Tembikai laici untuk aq n hb....
Selalunya kami memang akan makan kat Gerai C10 ni je... rasanya yang sedap dan harga yang berpatutan... Untuk makan malam ni RM58.00 sahaja untuk 4 orang punya makan...
tu pun makan semua nya seafood.
Alhamdulillah... #janganlupabersyukur..

19 February 2024

Hari Ahad Ke Port Dickson @ 18/02/2024

 Cerita hari minggu.
Aq telah berjanji dengan Kak Mar. Kak Mar ni aq kenal semasa anak kami sama sama lapor diri di PUSASDA. Selepas itu hubungan kami bertambah erat. Selalu juga la kami contact.
Jadi hari ahad aq telah ke rumah Kak Mar menjemputnya berjalan jalan. Plan asal nak ke AEON Shah Alam. Tapi aq kata apa kata kita ke PD kak... on kata Kak Mar.

Sampai PD dalam jam 11.00 pagi. Perut pun dah lapar... Jom kak kita makan... Kat mana kedai yang murah dan sedap....
Jadinya Kak Mar mencadangkan Restoran Rezeki. Lokasi nya...kalau dari PUSASDA nak ke Pantai Port Dickson ada trafic light belok kiri. Kedai tu tepi jalan je lepas korang belok kiri tu....
Besar boleh nampak... Banyak pilihan makanan juga.

Ni yang kami ambil RM20.00 je



Ni kuih yang aq ambil.. RM0.50 sebiji boleh campur.
Donut tu sedap sangat lembut je...


Ada juga kuih muih boleh ambil campur campur RM0.50 sebiji



Lepas makan kami ke Pantai Tanjung Biru...
Nyaman nya duduk sini. Angin sepoi sepoi... ni kot ada bantal kerusi mau lelap aq ni..Perut pun dah kenyang kan.......Dalam jam 1.30 petang kami pun bergerak pulang.
Singgah di RNR Matin untuk solat jamak...dan terus pulang ke rumah.....

Apa apa kami selfie dulu,
TQ Kak Mar...Kakak ni sangat humble dan sporting... Gelak je kakak ni...





Sambut Birthday Hubby @ Mameen Celup Tepung Selambak

Ini cerita disebelah petang.
Aq keluar dengan hubby dan juga Alif. Kami menuju ke Jalan Kebun Shah Alam.
Macam biasa tentu la nak makan Celup tepung ni.
Sebelum tu kami juga pernah ke sini. DI SINI cerita nya.
Kiranya ini kali ke 2 la kami pergi.
Kali ni aq memilih ala carte. Tak mo ambik set talam dah.

Keropok lekor 9 batang RM5

Air kosong RM1.50, Air Kelapa RM5

Teh Madu leleh aq minta tak nak manis
Siyes sedap RM6

Udang goreng RM13 (5 ekor) kot tak silap la

Bebola setiap cucuk ni RM2.50
Ketam, udang, sotong, jejari ketam

Udang goreng tepung RM17

Nasi bajet untuk Alif RM7.90

Semua sekali RM69.40
Tempat makan yang selesa dan ruang parking yang banyak. Senang nak cari tepi jalan je..
Berhadapan dengan MR DIY Jalan Kebun.

Sarapan Pagi @ Nasi Cikgu Sue Ampang Avenue 17/02/2024

 Cerita weekend minggu lepas...
Hari sabtu kebetulan jatuhnya hari lahir bff ku Nurin sekali dengan hubby aq.
Panggil pagi tu ingat nak keluar dengan hubby petang sikit malas nak keluar awal awal pagi...
Dalam group wasap bff, Ina sahut jom la kita ngeteh kat Nasi Cikgu Sue ni.
Sedap kata nya.... Jom la Shima.... erm.... ok la kata ku... tunggu aq bersiap dulu.
Dalam jam 8.30 pagi aq dah keluar rumah.
Kiranya aq yang sampai dulu. Kemudia Ina akhir sekali Nurin.
Kami sarapan di Nasi Cikgu Sue Ampang Avenue. Korang waze atau google je...senang je nak cari.

Macam ni rupa depan kedai tu...

Sampai sampai je aq lihat banyaknya menu...segan pula nak ambil gambar....

Aq ambil nasi dagang, Ina dan juga Nurin.

Ni la rupa nasi dagang lauk ikan tongkol

Ina memilih popia set

Ni la makanan kami licin

Yang ni pula aq yg pilih.
Pulut ikan masin dan juga kuih Beko

Cucur udang, Nurin order se set

Kuih Beko

Lok Ching, sedap lembut tak liat RM4 10 cucuk

Selfie la juga

Roti bakar telur goyang, Ni Nurin order

Hari ni makan di bayar oleh Mekna..
TQ Mekna moga murah rezeki mu
Semua sekali total makanan kami RM51.50


Sebelum balik panas lit lit ambil gambar.....
Masa ni baru jam 10.00 pagi panas nya terik sungguh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...