08 February 2024

Malang Tak Berbau @ 02/02/2024

Hari ni hari jumaat.. plan nak balik kampung. Hari ni juga hari penentuan Fatahul dapat tahu unit dan kem dimana... 
Lama juga la aq menunggu info dari Fatahul...
Fatahul wasap kata nya dia dapat RS di Sibu...alamak jauh nya...
Lepas atas arahan orang atasan dia ditukarkan ke RRD. Mungkin di Kelantan. 
Lepas tu sekali lagi Fatahul ditukarkan ke unit RAMD di Kuantan. Ok kali ni dah tetap dah.
Fatahul diarahkan bercuti awal. dan akan lapor diri pada 15/02/2024.
Fatahul call lagi boleh tak mama ambil orang kat terminal bas Seremban. 

Ok kata ku... setelah meminta kebenaran balik separuh hari...aq terus balik ke rumah...parking motor dan ambil kereta terus ke Seremban. Nadia dan Shahira pun ikut sekali. 
Sampai di Terminal Seremban dalam jam 3.30 petang. Fatahul masih belum sampai lagi. 
Dalam jam 5.00 petang baru la Fatahul sampai...dah la hujan selebat lebatnya... Kesian dia basuh kuyup dia kena hujan. Aq terus balik ke KL semua... 

Setelah mengemas barang barang kami menuju ke kampung...masa tu dalam jam 8.00 malam...
Masa dalam perjalanan kat area Slim River selepas Behrang, aq mendengar 1 letupan kecil... kemudian Nadia bagitau... Mama ada dengar something la... berhenti tepi...
Bila turun lihat rupanya tayar belakang kanan aq dah pecah... Erm....
Masa ni dalam jam 10.30 malam... Aq pun call peronda PLUS. Operater mengarahkan kami keluar dari kereta tunggu di tepi jalan. Didalam kegelapan bertemankan cahaya lampu suluh hp masing masing...
Kaki aq ni selalu ada macam semut kecil menghurung... sesekali ada juga kedengar kereta hon kami. 
Ada juga towing truck berhenti bertanyakan apa yang berlaku. 

Nasihat aq didalam situasi macam ni jangan panik jangan buat keputusan melulu dulu. 
Dalam 30 minit peronda PLUS pun sampai... 2 orang melayu... sangat sangat membantu kami.
Mereka tolong tukarkan tayar kereta ke tayar spare...  Mereka juga mencadangkan kami ke Pekan Slim River untuk menukar tayar kerana tayar aq ni pun dah nak botak... Aq tanya ada ke kedai tayar lagi malam malam macam ni... ada puan...puan google...
So Nadia pun google...dan call no hp tersebut... Alhamdulillah cina tayar tu angkat telepon...
Dia kata kedai dah tutup tapi dia boleh je ke kedai...tapi nak caj aq RM50 sebab kes macam ni...
Kalau dah terdesak macam kita ok je kan...janji settle tak kan nak tunggu esok pagi kot...
tak kan nak tidur dalam kereta....

Peronda PLUS tu pun sangat membantu, katanya puan jalan dulu kami follow belakang, nanti lepas je tol Slim River kami overtake puan bawa ke kedai tayar tu... 
Ok jawap ku.....

Sampai je di kedai tayar tu kelihatan bos tu sudah pun menunggu bersama dengan 2 anak nya...
Setelah melihat keadaan tayar aq, kata nya dia cuma ada 2 biji saja untuk jenama Good Year...
Aq kot nak tukar memang 4 tayar la kan... tak kan 2 biji pula...
Tapi katanya sekarang dia ada 4 biji tayar jenama Michelin. Tayar ni 2nd punya sebab hari tu ada customer tolak kat dia... customer tu tukar ke rim 18. Harga yang ditawarkan RM220.00 sebiji.
Ok la tu kata peronda tu tayar mahal ni bunga pun cantik lagi. 
Aq pun setuju.... dalam jam 12.00 juga la tayar tu siap pasang. Buat aligment saja. Balancing tak buat kerana alat alat tu dah simpan susah pula nak buka...esok u datang lagi kita buat balacing untuk u. free je kata nya...







Bunga masih ok lagi

Michelin

Tahun 2022

Ni saiz tayar Honda BRV 
195/60/16
Janama Michelin RM220.00 sebiji
4 biji RM880.00 + RM50.00 (upah buka pintu)
RM930.00 aq minta diskaun dapat la RM920.00

Yang ni pula tayar Myvi aq tanya harga nya
195/55/15 Jenama Dunlop RM175.00 sebiji. 


Ni nama kedai : Weng Hing Tyres & Auto Service Slim River
No HP : 012 - 667 4021 / 012 - 395 4191

Land mark : keluar tol Slim River, trafic light ke kanan dalam 10 meter belok kanan.
Senang je nak cari

Aq memang rekemon sangat kedai ni. tokey nya yang baik, service ok, harga yang berpatutan.
Patut la bila aq lalu kat sini kedai ni sentiasa ramai orang. 
Sekarang ni dah tau dah kat mana aq nak tukar tayar ke sportrim ke......
Alhamdulillah syukur...hari tu aq bertemu dengan orang yang baik baik.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...