Hari ni balik kampung lagi bersempena cuti Tahun Baru Cina.
Hari ni hari jumaat bos dah beri cuti kepada semua pekerja.
Apa lagi balik kampung la nak uruskan urusan Fatahul mana yang tak siap lagi.
Sampai je umah mak, turunkan barang barang Nadia dan juga Alif.
Aq Fatahul dan mak menuju ke Kuala Kangsar.
Harap sempat la ye. Usas hari ni tutup jam 12.00 tengahari. Tujuan nak ambil sijil diploma Fatahul.
Sampai je USAS dalam jam 11.45 pagi. Nasib sempat lagi.
Dah siap ambil sijil kami terus menuju ke Ipoh, nak ke Bank Muamalat nak settle kan urusan intenat banking dan juga pengesahan akaun... Bank Muamalat pun akan tutup pada jam 12.00 tengahari.
Jadi kami menuju ke Masjid Al Aulia Ipoh.... Masjid Addin la kira nya untuk Fatahul menunaikan solat jumaat. Settle solat jumaat kami menuju ke Bank Muamalat dan juga Maybank. Alhamdulillah semua dah setttle... Perjalanan diteruskan ke Pernama Ipoh. Nak cari barang yang masih tak dapat dibeli masa kat KL tu...
Bila semua dah siap...perut pun lapar, aq mencadangkan makan je kat Lotus Station 18 tu. Tempat mudah dan makanan pun sedap bagi aq....
Teh ais pula RM2.70.
Mak makan nasi ayam tak sempat aq ambil gambar manakala Fatahul makan nasi putih dan kari ayam RM6.40. Tak cukup makan nasi. diordernya lagi Maggi goreng double sebab tengok maggi goreng aq menyelerakan kata nya....
Bila dah makan aq pergi ke Harold'S. Aq memang suka beli roti kat sini. Kedai ni banyak cawangan..
Selalu beli kat RNR Rawang tu...
Ni aq rekemon juga...sedap lemak dan tak manis.
Selalu aq minta mereka tolong potong kan kecil kecil macam ni senang nak makan...
Tart nenas ni RM3.90
Kek pandan RM7 kot tak silap aq la
Dan makan kenyang apa lagi masa untuk pulang....
No comments:
Post a Comment