28 February 2024

Makan Di Kedai Langkap @ 22/02/2024

Hari ni hari khamis, hari sabtu ada kenduri kat rumah mak. 
Perjalanan selepas hb balik dari kerja.. 
Selalunya kami akan makan di Dora MJ Nasi Ayam Penyet. Masa ni dalam jam 11.00 malam.
Selalu buka je kedai ni tapi hari ni tutup mungkin disebabkan hari khamis kot... Kalau hari jumaat mesti ada lagi. Aq meneruskan perjalanan ke depan sikit. Nampak la 1 kedai tomyam ni memang meriah berhadapan dengan Speedmart.  


Aq order nasi putih sup tulang dan juga telur dadar...

HB makan maggi goreng

Alif makan Nasi goreng cili api... Tu yang banyak cili tu.

Bagi aq makanan kat sini ok je...kadang kadang kita kena la cuba kat pelbagai tempat. Senang nak tahu sedap ke tidak.. Kadang nasib baik..ok la kan...kot nasib tak baik..hampeh laaaaaa.
Alhamdulillah #janganlupabersyukur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...