Pada hari khamis yang lepas 22/02/2024, aq bersama sama dengan Ina & Nurin ke Paku & Pontianak yang terletak di Jalan Gurney. Kiranya hari tu aq ambil cuti half day. Balik rumah Nurin dah sedia menunggu ku.... Kami sampai kat P&P dalam jam 2.00 petang. Masa ni dah tak ramai orang mungkin sudah pun melepasi lunch hour kan...
Mula mula masa Ina ajak makan kat sini, terasa seram pulak...
Hahaha... Ina kata kita cuba set dulang dia....Ha jom la jom la....
Disebabkan di antara kami ber 3 ni aq je yang berkerja jadi nya mereka kena la ikut jadual aq....
Tiba masa hari yang dijanjikan kami ber3 ke sini...
Bergambar di luar kedai. Kedai ni bukan la kedai tu ni macam rumah lama yang disewa untuk dijadikan restoran. Restoran ini dimiliki oleh pelawak Danial Zaini.
Depan pintu masuk (sebelah luar)
Dalam kedai
Suasana ala ala suram macam... santai je kita makan...
Di antara menu menu set dulang. Aq pilih set dulang 2
Yang ni kot sapa sapa nak add on
Nak order goreng macam mee pun ada
Nasi goreng pun ada
Ni menu dari set dulang 2, udang petai tu aq add
Chicken manggo ni aq add juga
Nasi putih untuk 2-3 orang makan.
Kemudian kami tambah lagi nasi untuk 2 orang makan
Kemudian kami tambah lagi nasi untuk 2 orang makan
Air kosong je
Bergambar sebelum balik...
Bagi aq la kan kot korang nak jimat lagi better ambil set dulang 4 tu baru RM86.90. Semua pun ada kecuali air la.... Nanti kita repeat lagi ye geng.. Sedap semuanya masakannya... Ala ala menu kampung macam tu... Kot sabtu ahad kalau nak pergi korang kena booking sebab nanti mesti ramai orang kan..SENARAI HARGA MAKANAN
Set Dulang 2 RM34.90
Add on
Spicy chicken manggo RM18.90
Sambal udang petai RM17.90
Sky juice / Air Kosong RM1.20 (0.30)
Nescafe Panas RM6.90
Nescafe Panas RM6.90
Nasi Tambah (2) RM5.80
Service Charga (10%) RM8.56
Service Charga (10%) RM8.56
TOTAL = RM94.15
Alhamdulillah... kenyang sudah....
No comments:
Post a Comment