18 March 2024

Menu 06 Ramadhan 1445H @ 17/03/2024 Ahad

Sampai je KL dalam jam 6.00 petang. 
Sebelum sampai aq dah maklumkan pada Nadia untuk masak nasi. 
Aq sampai je rumah... terus panaskan lauk seperti masak lemak pisang yang aq bawa dari kampung...lauk kenduri hari tu lupa nak bawa... Sotong masak kicap..lauk hari jumaat Nadia kata masih ada dan juga sambal ikan bilis....
Aq cuma goreng telur dadar dan juga goreng ikan masin...
Potong buah mangga yang aq beli kat Jalan Lama Sitiawan
RM20 dapat 5 kilo..bagi kat mak separuh, aq separuh....
Dan buah tembikai yang Nadia beli kat Fresh Mart. Sekilo RM1.59 sahaja...
Tapi sebiji kos dah jadi RM12+. 

Menu sederhana janji ok kita panaskan makan balik....

Manakala menu kak ipar aq, Nasi ayam dan sup fish ball.
Nampak simple tapi cukup menyelerakan....




Apa la menu Anisah hari ahad ye... tak pula dia bagitau...
Apa apa pun bersyukur dengan rezeki yang ada...
Takut aq..bila hari sabtu semalam kos membeli kat bazar....erm.....
#janganlupabersyukur.
Masak makan dengan berhemah....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...