18 March 2024

Tukar Tayar MYVI My HB

OTW nak balik ke KL, singgah kejap kat Slim River. Kali ni hb nak tukar tayar untuk MYVI nya.
Hb ambil tayar n sportrim kereta Fatahul. Tayar kereta Fatahul dah botak. Sportrim masih cantik. 
Hb pakai je la sportrim tu tak payah beli baru kata nya... Sportrim ni masih elok lagi....

Macam biasa semenjak aq dah tau kedai ni harga tayar sangat murah kot dibandingkan kedai kedai yang lain.
Aq tau kedai ni pun kes tayar brv aq meletup hari tu kat highway...
Cerita nya kat DI SINI

Hari tu aq tanya harga tayar dunlop RM175.00 katanya sebiji.
Semalam aq tanya lagi, tokey ni bagi RM165.00 sebiji siap free balancing 
Kalau dulu aq selalu tukar tayar kat Puncak Alam.
Cerita ku DI SINI

Masa aq tukar tayar dan sportrim untuk kereta Fatahul di Batu Gajah.
Cerita ku DI SINI


Tayar masih baru buatan kilang pun tahun 2024
Saiz tayar yang dipilih pula 195 / 55 /15 
Dunlop RM165.00 sebiji
Total untuk 4 biji tayar cuma RM660.00 sahaja. Lepas tu kata bos tu nanti selepas 5000km, tolong swap tayar depan dan belakang...bagi bunga tayarnya sama banyak...dan tak nampak botak...


Disebabkan aq dh booking pantas je pekerjaan ni melalukan penukaran tayar tu....
Siap tukar tayar dalam jam 4.30 petang terus pecut balik ke KL...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...