21 March 2024

Menu 09 Ramadhan 1445H @ 20/03/2024 Rabu

 Salam ramadhan... Hari yang ke 9 kita berpuasa....

Menu sahur aq... Makan je nasi dan lauk berbuka tu lagi...
Aq panaskan balik kari semalam...

Makan pula dengan sambal hitam... Perh...sedap tu

Hari ni dapat minum dengan Vico...semalam ada jual kat Speedmart... Punya la susah nak cari Vico la ni..mana mana sold out...Milo lak berlambak lambak.....

Menu berbuka aq hari ni...
Masa nak balik kerja pukul 5, dalam pukul 4.30 macam hujan turun selebat lebatnya..
Dalam hati aq ni harap hujan berhenti la awal... Masa kul 5 tu hujan masih turun renyai renyai.
Aq tekat balik kerja naik MRT je. Sempat ke aq masak ni dah la barang banyak yang dah habis...
Sebabnya kalau balik kerja menggunakan perkhidmatan MRT akan mengambil masa 45 minit.
Termasuk la aq berjalan kaki dari ofis ke stesen MRT Kuchai lepas tu tukar di Chan Sow Lin ambil LRT Salak Selatan dan berjalan kaki dari stesen Salak Selatan ke rumah...

Sampai rumah terus la ke kedai runcit kt rumah je beli tempe, kentang dan bawang putih.
Sampai rumah dah 5.50pm... alamak sempat ke aq nak masak ni..menu apa aq nak buat ni....
Nasib la ikan aq memang dah siap siap keluar kan jadi tak la beku dah...


Akhir nya dalam jam 7.05 petang sia juga 4 menu berbuka aq....
ok masih ada masa... aq keluarkan buah tembikai... potong simpan balik dalam peti sejuk...

Ikan siakap masak kicap 
Plan asal nak buat siakap stim tapi bahan tak cukup

Pelaling goreng

Sambal garing tempe kentang dan ikan bilis

Jelatah timun

Tembikai...

Manakala menu kak ipar aq....

Ada udang sambal, ikan kembung sambal dan kari

Murtabak, tepung pelita dan juga mee kuning



Owh dia buat mee bandung rupa nya....
Dia pun kata tak rajin la nak membeli kat bazar ni...
Nanti tah apa apa yang dibeli. Baik masak...
Beli kuih sikit sikit je dah la kata nya....
#janganlupabersyukur








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...