12 March 2024

Order Sepanjang Minggu Sebelum Puasa

Alhamdulillah rezeki masuk berterusan sepanjang minggu sebelum puasa....

Sosej roll tempahan hari isnin 26/02/2024.
Yang ni order dari cikgu sekolah Nadia untuk anak anak murid yang akan menjalani peperiksaan SPM.


Sosej roll

Yang ni pula order takoyaki dari Sue.
Mulanya Sue nak hari Isnin... aq tolak... aq kata selasa boleh tak Sue...
Ok boleh...Tq Sue...

Takoyaki hot seller

Yang ni pula order hari khamis ... tapi aq buat hari rabu.
Yang ni order untuk kawan ofis aq... Untuk kenduri kahwin adik nya...
Nadia ni order apam pisang dan juga apam coklat...

Apam coklat

Apam pisang


Yang ni pula pack kecil untuk kawan kawan yang nk menyelit order

Cheese tart in da houz...
Yang ni order dari Nozi. Nozi ni memang selalu order Cheese tart dengan aq...
Cheese tart ni pula aq buat hari khamis malam....
Untuk dibawa balik ke Johor pada hari jumaat... 


Cheese tart bajet je minta tulis kan sikit...
Ok la aq tunai kan....

Yang ni apam pisang dan apam coklat...
Order dari Nadia untuk majlis kenduri kahwin adik nya pada hari sabtu....
Total kesemuanya 500 biji....

Apam pisang 250 biji aq buat pada hari jumaat malam...
Dekat pukul 12 malam juga siap nya...
Tapi bila kemas dapur cuci acuan besan dan talam...dalam kul 1.00 pagi gak la aq tidur....

Yang ni apam coklat...
Apam ni aq bangun seawal jam 4.00 pagi pada hari sabtu tu...
Buat ber2 dengan Alif....
Siap semua dalam jam 9.00 pagi...
250 biji juga... Bila dah siap tu... bersiap siap nak ke kenduri di Puchong...
Sekali la hantar tempahan ni sekali...

Apam coklat...

Bila dah settle semua nya.... aq ber2 dengan Alif pulang ke kampung...
Sampai di RNR Jejantas Sungai Buloh... aq stop sekejap..berhenti untuk lelapkan mati...
Dalam sejam juga aq tidur... Kemudian perjalanan diteruskan ke kampung....

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...