24 July 2020

Bayam Brazil Masak Lemak Putih

Yang ni pula lauk hari khamis.
Aq ni memang jenis suka bawa bekal ke pejabat.
Mudah dan jimat kan....
Selain ayam masak sos aq juga buat bayam brazil masak lemak putih.
Bayam brazil ni sebenarnya banyak khasiatnya.
Sebab tu aq setiap hari makan bayam ni pun tak pernah rasa bosan.
Lagi bila kita pelbagaikan cara masakan nya.
Lagi sedap kan.......



Sedap nya bayam brazil ni masak lemak putih kena pula ikan gelama jeruk, telur dadar dan ayam masak sos... Boleh bertambah makan... Disebabkan bawa bekal tak la nak menambahkan....
Hahaha....

RESEPI BAYAM BRAZIL MASAK LEMAK PUTIH

1. 1 Mangkuk bayam yang dah siap di potong dan ku rendam dengan air garam.
2. 2 bungkus cendawan inoki - terpulang nak letak ke tak.
3. Segenggam suhun yang di rendam 
4. Segenggam ikan bilis
5. 1 biji bawang besar
6. 1 biji cili merah yang di hiris
7. Sekotak santan kara
8. 1 sudu sesedap rasa maggi


CARA CARA NYA

1. Masukkan sedikit santan + air, ikan bilis, bawang, cili, sesedap rasa & garam - biarkan merenih
2. Masukkan bayam biarkan layu - kacau
3. Masukkan cendawan & suhun
4. Kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan lebihan santan
6. Siap.    



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...