Cuti hari sabtu minggu lepas, dengan keadaan di KL masih lagi di landa jerebu jadi aktiviti Kill The Kilo's dibatalkan...Jadi petang jumaat Sham sahut weh....jom kita gi hiking weh.....
Jom...kita gi dekat dekat sudah la...Orait....
Jadi kami sepakat ingin pergi ke Taman Tugu. Tempat ni masih lagi baru. Ramai yang tidak tahu kewujudan Taman Tugu ni. Taman Tugu berhampiran dengan Taman Tugu Negara dan juga Taman Tasik Perdana. Lama dah tinggal di KL ni tapi hanya sekali ke Tugu Negara...
Jadi seawal jam 7.30 pagi hari sabtu 21/09/19 kami bertolak menuju ke Taman Tugu....
Masa kami sampai tidak la ramai pengunjung..
Masuk disini adalah percuma.
Parking juga percuma.
Bersama dengan ahli kumpulan...
Jom....
Sebelum memulakan perjalanan, jika kita adalah pertama kali datang, guide akan memberi penerangan laluan trail ini. Laluan trail adalah mudah. Banyak petunjuk jalan yang akan membantu kita nanti.
Group photo dulu ye.....
Trail yang mudah kan...Boleh la kalau sesiapa nak berjinak jinak dengan jungle trekking atau pun hiking ni....
Muka gumbira masing masing...
eh...kami ber2...biar la kami je yang tahu....
hehehehe...
Terdapat juga pondok untuk kita berehat.
Sampai kat pokok besar wajib bergambar....
Di setiap jalan mesti kita akan berjumpa dengan kerusi dan juga buaian...
Tak payah nak berebut rebut ye...Aq rasa ada dalam 4-5 tempat kot yang ada buaian ni....
Sweet couple of the day....
Isam & Ina....
Macam macam aksi 3 mum ni kan...
Mana mum yang lain...mereka laju sangat, kami ni jenis jalan bergambar jalan bergambar...
hahaha..
Sekejap saja dah pun balik....
Trail yang kami lalui cuma 1.06 km je...ok la kan
janji keluar peluh utk hari ni...
Lepas je habis trekking yang lain sudah pun pulang, tinggal lah kami saja disini
Pagi pagi aq dh sediakan bekalan untuk makan bersama kawan kawan yang lain.
Muka gumbira.
Ni la antara bekalan yang kami bawa.
Disini juga terdapat kemudahan seperti tandas awam, kerusi meja untuk kita berkelah dan juga kipas angin, terdapat juga tv yang menceritakan kisah Taman Tugu ni.
Kalau yang berkelapangan boleh membawa keluarga untuk beridah disini.
Habis je berkelah, Isam & Ina pun bergerak pulang tetapi aq dan Kak Ani masih tak boleh nak move on lagi. hahaha...kami singgah pula di Tugu Negara ni...sesi bergambar la pula.
Ramai juga pelancong yang berkunjung disini...
Sesudah itu kami pun pulang lagi pun tak tahan dek panas nya bahang mentari dan juga jerebu yang melanda...naik semput kau......
ok la...kalau ada masa kita datang lagi ye kawan kawan...
Apa apa pun Korang
Layan Je...
No comments:
Post a Comment