17 September 2019

Jom Pergi Ke Kolam Air Panas Di Selayang


Pada hari yang sama selepas je magrib, kami sekeluarga pergi ke Kolam Air Panas yang terletak di Selayang. Kawasan sini gelap je. kalau tak berhati hati memang akan terlepas simpang.
Dahulu parking kereta memang susah sekarang dah banyak.
Parking percuma.
Masuk pun percuma.

Tapi kalau nak sewa timba, baldi dan gayung kiranya 1 set la RM2 sahaja.
Ada juga sewa kerusi RM1 setiap 1

Selain tu ada juga gerai makan ye....

Tandas juga ada disediakan

Rami kan... nampak ta kerusi tu..tu la yang disewa RM1



Kami pergi ke kolam air panas yang no 2.
Peh panas juga la air ni...

Masa ni Alif n Fatahul tengah rendam kaki....
Mengelejat masing masing kepanasan.
Air panas ni bagus untuk kulit sebenarnya.
Ramai je yang slumber mandi...kot aq la...ya ampun....
memang tak la ye
Sesiapa yang berminat boleh la datang ke sini. Dibuka setiap hari. Kalau waktu malam lagi la ramai.
Ye la kan sapa nak pergi tengahari dah la bahang panas air dari kolam tu lagi.
Apa apa pun Korang
Layan je...


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...