Pada cuti hari kemerdekaan aq sekeluarga ke Melaka.
Selalunya aq memang tidak akan pergi ke Melaka di waktu cuti cuti umum begini.
Tapi disebabkan voucher Hotel Avillion Legacy yang aq beli di masa Matta Fair bulan 3 hari itu akan tamat pada 15/09/19 nanti.
Rugi la kan. Dah alang alang tu kita pergi saja la.
Kebetulan tarikh yang aq nak pergi ni masih lagi kosong.
Aq beli voucher untuk superior room saja tanpa sarapan pagi berharga RM108.00.
Disebabkan aq pergi waktu cuti khas jadi surcharge dikenakan sebanyak RM30 + RM2 = RM32.
Macam biasa kalau ke Melaka rasanya kalau tidak JJCM di Kampung Putat ni.
Tempat wajib kan
Bila sampai disini aq akan pergi ke warung yang menjual kuih muih...Misi utama mencari Kuah Keria Gula Melaka RM2 - 5 biji. Murah kan tak perlu nak beratur panjang seperti di area Tengkera tu... Selepas itu aq pergi beli Meat iaitu Dragon Ball berharga RM9.90 + extra cheese RM1.
Ini menu nya...
Disini ada macam macam pilihan makanan...Pokok nya siap kan duit saja....
hahaha....
My Hb beratur untuk membeli manggo float.
Aq suka manggo ni tanpa ais krim
harga RM5 sahaja....
Ada juga Corndog yang tengah viral tu. Disebabkan beratur panjang malas la aq nak membeli dah...
Korang nampak kan kemah yang ada bendera tu. kat situ la aq beli kuih keria.
Kemas yang disebelah kiri tu jual makanan goreng panas panas...
Masa ni punya la ramai pengunjung yang ada....
Selepas membeli makanan perjalanan diteruskan ke Hotel Avillion Legacy.
Sampai je di lobby hotel, terkagum aq melihat syiling hotel ni...
Cantik kan....
Ada reptika bendera di perbuat dari botol mineral tu.....
Ini la bilik aq...2 katil single..
My HB & Fatahul sekatil
Me & Nadia Sekatil
Alif di bawah je..hehehehe
tapi bila dah malam hari kesian pula aq membiarkan Alif sorang sorang di bawah.
Jadi aq teman Alif tidur di bawah.....
Siap kelengkapan mandi
Kopi Teh pun ada....
Peti Sejuk Mini.
Iron & Iron Board pun ada...
TV Fleet Screen lagi...
Toilet...
Di ruang legar tingkat 14....
Ada swimming pool...walaupun tak la besar tapi ok la kan...
di tingkat 6
Nak cari makan malam, sebelum tu ambil gambar di depan lobi hotel dahulu....
Makam malam di Ikan Bakar Umbai.
Punya la ramai orang di mana saja seafood ni.
Selalu aq makan di Gerai Haji Musa Alai.
tapi dah ramai sampai parking kereta pun penuh.
Harga untuk makan ni RM100 termasuk air buah untuk my HB, nasi lemak 4 bungkus dan juga otak otak....
Pada keesokan hari nya di waktu pagi kami telah pun check out dari hotel.
Terus menuju ke Tengkera ke Gerai Hajjah Robiah...
Tempat biasa yang selalu aq pergi setiap kali ke Melaka.
Ni je gambar yang sempat aq ambil
Laksa Lemak Kari RM5
Selain tu aq juga order Roti Canai - RM1.00
Lempeng Kelapa - RM1.80
Lempeng Kelapa - RM1.80
Roti Telur - RM2.00
Sebenarnya disini memang banyak pilihan nasi lemak bungkus dan juga kuih muih.
Tapi disebabkan terlalu ramai orang yang hadir, jadi banyak la makanan yang sudah habis dijual.
Selepas makan kami menuju ke Port Dickson.
Sampai je dah pun tenghari.
Kami berhenti makan di PD Famous Cendol.
My HB - Nasi + Daging Salai lemak cili api - RM12
Me & Nadia - Nasi + Keli salai lemak cili api - RM8
Fatahul & Alif - Nasi Ayam - RM6
Cendol Pulut - RM3
Cendol Ais Krim - RM3
Cendol Durian - RM10
Selepas itu perjalanan diterus kan ke KL
Home Sweet Home.
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Cendol Ais Krim - RM3
Cendol Durian - RM10
Selepas itu perjalanan diterus kan ke KL
Home Sweet Home.
Apa apa pun Korang
Layan Je....
No comments:
Post a Comment