18 March 2020

Menu Tengahari Ini 18/03/20

Tengahari ni seawal jam 10 pagi aq dah start masak menu tengahari.
Senang kan..
Lagi pun sekejap lagi Nadia nak balik.
Nak hantar makanan untuk Fatahul.
HB lak kul 12.00 nak p kerja.
Bila masak awal tak la kelangkabut sangkaribut aq nanti.
walaupun perut masih kenyang lagi makan maggi goreng pagi tadi...

 Tarraaaaa...siap...

Sotong masak tauchu...

 Ikan kembung rebus goreng

 Ulam timun dan peria rebus

 Ni la penyedap dalam pinggan nasi nanti....

Sebelum hb pergi kerja...beliau makan dulu..
Selepas itu Nadia pulang...
Habis la lauk ku ni nanti....
Jom tengok resepi sotong masak taucu cara aq...

BAHAN - BAHAN NYA

1/2 kilo sotong
2 sudu taucu
1 sudu pes asam jawa (jenama adabi)
2 ulas bawang merah - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
1 inci halia - di hiris
3 bili cili api di hiris
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili hijau
1 biji tomato 
Garam
Gula
1 sudu serbuk rasa maggi

CARA - CARA NYA

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia
2. Masukkan cili api
3. Masukkan taucu & asam jawa
4. Masukkan gula, sesedap rasa, garam
5. Masukkan sotong - buka api besar
6. Masukkan bawang yang di mayang
7. Masukkan tomato
8. Tutup api...siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...