19 March 2020

Spaghetti Aglio Olio Sarapan Pagi Khamis 19/03/20

Walaupun hari ini hari ke 2 peintah berkurung,
Aq kena pergi ke pejabat.. Untuk menyiapkan kerja kerja pembelian atas talian.
Jadi pagi ni aq fikir baik aq siapkan spaghetti Aglio Olio untuk sarapan pagi ni.
Kerana bahan bahan nya tak la banyak mana..dan cara pembuatan yang amat mudah..


Ini untuk aq....


Yang ini pula untuk anak anak...
Jom tengok resepi....

BAHAN BAHAN NYA

1 paket spaghetti direbus campur 1 sudu garam dan 1 sudu minyak
5 ekor sotong
20 ekor udang - kulit direbus untuk ambil air nya
1 kiub ayam maggi
2 sudu serbuk pasley kering
2 sudu serbuk oregano
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu serbuk maggi cukup rasa
5 tangkai cili kering gunting kecil
4 biji bawang putih dicincang
2 sudu minyak zaitun

CARA CARA NYA

1. Tumis bawang putih
2. Masukkan cili kering, udang, sotong, serbuk pasley, oregano, serbuk lada hitam, kiub ayam
3. Masukkan rebusan air kulit udang
4. Masukkan spaghetti - kacau sebati
5. Masukkan serbuk maggi dan rasakan dengan garam
6. Tutup api...dah siap
7. Taburkan dengan chili flakes & serbuk pasley...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...