30 June 2020

JJCM @ JS Muara Terapung Kuala Gula Perak

Dah dapat balik ke kampung...
Selepas PKP ni, ni dah kali ke 2 aq balik ke kampung.
27/06/20 aq dan juga abg sama sama balik kampung.
Cadangan nak bawa mak makan di JS Muara Terapung kt Kuala Gula.
Mungkin ada yang dah tahu pasal restoran ni.
Menu yang terkenal di sini adalah gulai sembilang dan juga ketam kulit lembut nya...
Sampai ke kampung dalam jam 11 pagi.
Terus ke Kuala Gula. Jarak Kuala Gula ni dengan rumah mak aq ada la dalam 1 jam 30 minit.
Jauh kan...macam dari KL nak ke Melaka.
Tapi disebabkan keinginan nak makan ketam kulit lembut, HB ku turunkan jua.
Restoran ni beroperasi dari jam 12.00 tenghari ke 12.00 malam.
Kalau nak ke sini ku cadangan korang membuat tempahan dulu.
Boleh lihat di FB mereka setiap set menu mereka.
Nak order single pun ada juga.
Nak ikut kan menu yang menjadi pilihan atau pun menu popular di sini adalah gulai ikan sembilang dengan ketam kulit lembut goreng tepung. Tapi hari yang kami datang tu ikan sembilang takde stok la pulak.....nasi ketam kulit lembut ada...nampak gaya nya kena datang lagi la ye...

Yang ni set A iaitu RM120.00
Dalam ni takde ketam kulit lembut. Ada la 3 ekor.
Hari ni ketam kulit lembut berharga Rm8 seekor saiz tak la besar dalam tapak tangan budak kecik je.
Jadi ku tambah lagi 2 ekor menjadi 5 ekor kesemuanya.
Set ni ada air sunquik 1 jug tapi ku tolak kerana kami nak order air masing masing.
Set ni untuk 5-6 orang makan...
Cukup la untuk kami ber 6
Untuk pakej A ni :
Nasi putih 1 mangkuk (5-6 org)
Tomyam 1 
Udang goreng tepung 1
Ketam kulit lembut 3 ekor
Ikan siakap 1 ekor
Sayur campur 1
Telur dadar (aq rasa 3 biji kot)
Buah sepiring
Air sunquik 1 jug


Banyak ni je anak anak yang lain tak dapat ikut kerana ada urusan masing masing....
Muka tengah tunggu makanan....





Sambil tunggu makanan kita berselfie dulu la ye..

Ikan siakap 3 rasa...
Rasa memang sedap...dan ikan takde pun bau....

Ni ketam kulit lembut goreng tepung
Rekemon sesangat....

Udang goreng tepung..

Ku add mee udang... Rasa ok juga....
RM20.00
Harga untuk ke semua makanan ni RM153.30 tetapi di kurangkan jadi RM150.00 je.
Disebabkan aq tak ambil air pakej tu, owner ni tolak RM10.00
Dan makan untuk hari ni di taja oleh my HB....
TQ Abang...


Habis je makan, kebetulan masa kami nak balik, ada nelayan balik ke jeti.
Masa ni peraih tak ada lagi.
Jadi nelayan ni menjual ikan merah RM20 sekilo kepada kami.
Aq dan SIL apa lagi borong la 2 kilo, untuk mak sekilo.
Nak beli lebih peti ais tak muat pula nanti kat umh mak kan...
Lepas kami membeli berduyun duyun orang lain datang nak beli ikan merah tu juga.
Rezeki kami la kan....Dapat ikan segar baru naik dari jeti.
Dah siap makan dah siap beli ikan...apa lagi jom kita balik....
Malam ni kita nak melepak lagi kan....
Jom Layan...

Oven Baru @ Resepi Portuguese Egg Tart

Disebabkan semangat nak membaking membara bara sehangat api....
Hehehehe...
Disebabkan oven lama ku tu dah meragam, ku pun melihat ke laman Lazada.
Meninjau oven yang berkenan di hati.
Bila dah sampai oven apa lagi terus la aq mencuba Portuguese Egg Tart...


Ni oven baru ku.
Jenama Morgan 45L berharga RM288.00 + RM22.00 pos
Ku order 25/06/20 dan sampai 26/06/20.
Cepat sungguh. Oven pun dapat dalam keadaan baik.
Sangat berpuashati.

Ni contoh oven lama dan baru.
Berbeza kan....


Ni tart dalam proses masak....

Try & Error...
Walaupun filling tak garing dan burn....
tapi rasa sedap sangat....
Untuk pastri aq guna pastri kawan tu je...
Mudah kan....
Resepi filling ni ku dapat dari suami kawan ku.
Beliau ni pernah bekerja di kedai bakeri.....
Ku halalkan resepi ni ye...
Ku kongsi kan juga untuk semua.....


RESEPI PORTUGUESE EGG TART WATER

Bahan A

190 gm whipping cream
60 gm susu full cream
60 gm air
60 gm gula

Masak sehingga panas dan gula cair jangan sampai mendidih.

Bahan B

150 gm kuning telur
1 biji telur

Pukul sebentar

Selepas itu campurkan bahan A & B sekali
Kemudian tapis sebanyak 3 kali
Ini untuk mendapatkan aduan yang begitu halus.




Kek Butter Yang Super Sedap

Hobi aq adalah memasak.
Membaking pun ye juga.
Tetapi disebabkan oven aq yang tak berapa nak elok.. membuatkan aq malas untuk membuat kek atau pun biskut. Pada 24/06/20 iaitu hari aq menukar tingkap keesokan nya aq bercuti.
Jadi bila dah siap kemas rumah, lap habuk, vacuum dan juga mop..
Ku lihat butter ada sebiji lagi didalam peti ais.
Kalau macam tu baik aq mencuba kek butter.
Kek yang mudah tanpa banyak bahan kan....

Ini la hasil nya.

Sebiji butter di putar bersama 1 cawan gula tapi aq kurang kan sikit je...
Sikit je sebab aq tak berapa suka manis...

Bila dah kembang, ku masuk kan 1 sudu kecil esen vanila.

Masukan telur sebiji demi sebiji sebanyak 4 biji.

Pukul sebati.

Masukan 1 1/2 cawan tepung, 1 sudu kecil baking powder, 1 sudu kecil baking powder.
Ku ayak dulu ye dan masukan sedikit demi sedikit....

Ku guna loyang 6 x 6 
Masa ni cantik je masaknya...
Loyang tu kena la sapu planta dulu

Cantik kan 
Ku bakar api 180 darjah dalam 40 minit.
Masa ni la oven meragam.
Bila ku buka pintu untuk pasti kan kek tu masak pintu oven dah tak boleh tutup rapat....
Renggang gitu...
Jadi ku tambah lagi 20 minit dan pintu oven tu merenggang la...
Biar la janji kek masak....

Ni la kek.
Potong suam suam..sedap nya
rasa garing atas bawah...
Tekstur pun lembut, moist.....

Ni la dia
Alhamdulillah menjadi......

RESEPI KEK BUTTER

- 1 Biji butter
- 1 cawan gula (aku kurangkan sikit)
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil essen vanilla

~ Bakar suhu 180c selama 40 minit atau bergantung pada oven masing masing

Tukar Tingkap Nako Ke Tingkap Sliding

Bagi yang tinggal di flat kos rendah, rata rata tingkap rumah adalah jenis nako.
Jadi setiap kali hujan lebat dan berangin, air hujan akan masuk melalui celahan tingkap.
Sampai banjir rumah. Ada kawan yang rosak tv nya dek kerana tempias air hujan.
Kadang kadang karpet basah. Bila hujan lebat air mencurah curah masuk ke dalam rumah. 
Jenuh la nak mop kan. Kadang kadang bila aq berada di rumah, aq la yang kena mop kan.
Bila ku adukan pada HB slumber dia jawap ok la tu...excersice kan...
Ada 1 hari tu aq di pejabat, HB di rumah bila hujan lebat banjir terpaksa la beliau mengemop tak kan nak tunggu aq balik pula kang tah sampai mana air tu berlinang. Hb kata penat nya mop..
Aq kata sekarang baru tau apa yang aq rasa dulu kan.....
Hahahaha....
Nak tak nak aq terpaksa la tukar tingkap ni.
Ramai je yang dah tukar tingkap nako iaitu tingkap asal kepada sliding atau pun jenis kaup (betul ke)
Tapi aq memilih jenis sliding...

Yang ni tingkap sliding baru aq berserta dengan grill sangkar dan ber awning.
Ni kat hall, 3 panel.. boleh la kalau nak sidai baju kat situ dah...

Ni la tingkap asal aq....

Sangkar grill berserta awning....

Gambaran tingkap ruang tamu aq....

Yang ni pula tingkap bilik utama
2 panel...

Tukang ni terpaksa alihkan compressor air cond ke atas grill ni nanti kot tak alih macam mana kan....

Compressor air cond letak di atas grill..

Nampak semak je kan.....

Sepatutnya compressor tu aq suruh tukang ni gantung belah atas, jadi tak la semak mata memandang bila masuk bilik. Nanti beliau datang semula untuk membuat gantungan compressor ni...
Tapi entah bila la tu....

Ni pula tingkap bilik no 3.
Jenis 1 panel je....

Nampak tingkap jirang aq tu...
Macam tu la rupa tingkap asal aq...

Ku tukar kepada sliding juga berserta grill bersangkar dan ber awning.
Senang nak sidai baju...
Jadi kepada sesiapa yang ingat menukar tingkap ni, boleh la menghubungi kontraktor yang aq pilih.
Tetapi beliau ni memang hot la kat kawasan flat aq ni.
Ramai lagi yang menunggu untuk menukar tingkap ni.
Dan aq pula masa tu tidah suruh beliau membuat tingkap di bilik no 2.
Ye la takut bajet takde kan.
Rupanya nak tunggu turn pasang dalam 3 bulan juga la kena tunggu...
Tapi apa apa pun hasil nya memang cantik.
Kalau nak tahu kos untuk 3 tingkap, grill sangkar berserta awning ialah RM3,500.00 sahaja...
Erm....
Layan..

22 June 2020

JJCM @ Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

Hari ahad HB ajak makan di luar. 
Konon nya nak makan nasi dulang di Sungai Ramal Kajang.
Aq cakap baik kita makan di nasi kukus sotong besar shah alam.
Ok juga kata HB.
Bersempena hari ni Hari Bapa kan....
Ingat aq yang nak payung, tiba tiba hb hulur duit.
Rezeki kan jangan di tolak. Apa apa pun thanks hb sudi belanja ayang n anak2....

Kami pergi lewat sebabnya daku sarapan pagi lewat sedikit maklum la hari minggu kan.
Sampai di restoran tu dalam jam 3.00 petang. Ramai nya orang penuh meja.
Dah la penjarakan meja dan SOP yang di tetap kan...
Nasib bila ku sampai ada la meja kosong.
Nak di ikut kan bukan la pertama kali aq makan di sini.
Banyak kali juga tapi saja nak update lagi,
Hehehehe...

Menu yang kami order.
HB Nasi kukus bawal gesek - RM13.30
Alif Nasi Ayam Bakar Herba - RM12.50
Aq Nasi Kukus Sotong Besar - RM15.90
Milo Ais - RM3.50
Laici Ais - RM3.70

Sotong Besar Goreng untuk aq.

Ayam bakar herba untuk Alif.

Nasi ayam bakar herba di warna kuning ye....

Nasi kami nasi kukus putih.

Ni senarai harga makanan di sini.
Juga di kena kan SST ye.
Daku bungkus kan juga untuk Nadia Nasi sotong besar dan Fatahul Nasi ayam bakar herba.
Balik je singgah di Eco Seri Petaling. 
Cari bekas rempah ratus ke.
Sekarang dah comel bekas rempah ratus daku.
Hehehe....
Layan....

Kuih Seri Muka

Selepas membuat apa pisang, ku dah pun rendam beras pulut untuk di buat kuih seri muka.
Kuih ni sedap bila terkena resepi yang sungguh sedap. Resepi ni pun aq google juga.
Kalau nak tahu resepi nya boleh la cari di post aq yang sebelum ni.

Beras pulut yang dah di rendam

Yang ni bahagian atas

Yang ni pula dh siap di kacau sehingga berwap...

Bila dah siap kukus,
aku terlupa pula nak ambil gambar.
Dek kerana sedap teramat boleh jadi lupa pula
Apa apa pun Korang 
Layan Je
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...