Disebabkan semangat nak membaking membara bara sehangat api....
Hehehehe...
Disebabkan oven lama ku tu dah meragam, ku pun melihat ke laman Lazada.
Meninjau oven yang berkenan di hati.
Bila dah sampai oven apa lagi terus la aq mencuba Portuguese Egg Tart...
Ni oven baru ku.
Jenama Morgan 45L berharga RM288.00 + RM22.00 pos
Ku order 25/06/20 dan sampai 26/06/20.
Cepat sungguh. Oven pun dapat dalam keadaan baik.
Sangat berpuashati.
Ni contoh oven lama dan baru.
Berbeza kan....
Ni tart dalam proses masak....
Try & Error...
Walaupun filling tak garing dan burn....
tapi rasa sedap sangat....
Untuk pastri aq guna pastri kawan tu je...
Mudah kan....
Resepi filling ni ku dapat dari suami kawan ku.
Beliau ni pernah bekerja di kedai bakeri.....
Ku halalkan resepi ni ye...
Ku kongsi kan juga untuk semua.....
RESEPI PORTUGUESE EGG TART WATER
Bahan A
190 gm whipping cream
60 gm susu full cream
60 gm air
60 gm gula
Masak sehingga panas dan gula cair jangan sampai mendidih.
Bahan B
150 gm kuning telur
1 biji telur
Pukul sebentar
Selepas itu campurkan bahan A & B sekali
Kemudian tapis sebanyak 3 kali
Ini untuk mendapatkan aduan yang begitu halus.
No comments:
Post a Comment