30 June 2020

Tukar Tingkap Nako Ke Tingkap Sliding

Bagi yang tinggal di flat kos rendah, rata rata tingkap rumah adalah jenis nako.
Jadi setiap kali hujan lebat dan berangin, air hujan akan masuk melalui celahan tingkap.
Sampai banjir rumah. Ada kawan yang rosak tv nya dek kerana tempias air hujan.
Kadang kadang karpet basah. Bila hujan lebat air mencurah curah masuk ke dalam rumah. 
Jenuh la nak mop kan. Kadang kadang bila aq berada di rumah, aq la yang kena mop kan.
Bila ku adukan pada HB slumber dia jawap ok la tu...excersice kan...
Ada 1 hari tu aq di pejabat, HB di rumah bila hujan lebat banjir terpaksa la beliau mengemop tak kan nak tunggu aq balik pula kang tah sampai mana air tu berlinang. Hb kata penat nya mop..
Aq kata sekarang baru tau apa yang aq rasa dulu kan.....
Hahahaha....
Nak tak nak aq terpaksa la tukar tingkap ni.
Ramai je yang dah tukar tingkap nako iaitu tingkap asal kepada sliding atau pun jenis kaup (betul ke)
Tapi aq memilih jenis sliding...

Yang ni tingkap sliding baru aq berserta dengan grill sangkar dan ber awning.
Ni kat hall, 3 panel.. boleh la kalau nak sidai baju kat situ dah...

Ni la tingkap asal aq....

Sangkar grill berserta awning....

Gambaran tingkap ruang tamu aq....

Yang ni pula tingkap bilik utama
2 panel...

Tukang ni terpaksa alihkan compressor air cond ke atas grill ni nanti kot tak alih macam mana kan....

Compressor air cond letak di atas grill..

Nampak semak je kan.....

Sepatutnya compressor tu aq suruh tukang ni gantung belah atas, jadi tak la semak mata memandang bila masuk bilik. Nanti beliau datang semula untuk membuat gantungan compressor ni...
Tapi entah bila la tu....

Ni pula tingkap bilik no 3.
Jenis 1 panel je....

Nampak tingkap jirang aq tu...
Macam tu la rupa tingkap asal aq...

Ku tukar kepada sliding juga berserta grill bersangkar dan ber awning.
Senang nak sidai baju...
Jadi kepada sesiapa yang ingat menukar tingkap ni, boleh la menghubungi kontraktor yang aq pilih.
Tetapi beliau ni memang hot la kat kawasan flat aq ni.
Ramai lagi yang menunggu untuk menukar tingkap ni.
Dan aq pula masa tu tidah suruh beliau membuat tingkap di bilik no 2.
Ye la takut bajet takde kan.
Rupanya nak tunggu turn pasang dalam 3 bulan juga la kena tunggu...
Tapi apa apa pun hasil nya memang cantik.
Kalau nak tahu kos untuk 3 tingkap, grill sangkar berserta awning ialah RM3,500.00 sahaja...
Erm....
Layan..

8 comments:

  1. Kat area mana ni? Boleh share contact num contractor tu?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,boleh share contact abg contractor tu? Lama dh cari.Terima kasih😊

    ReplyDelete
  3. brp kos utk 3panel sliding tingkap tu tuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti untuk kos tingkap 3 panel tu berapa, saya buat tingkap 3 penal 1, 2 panel 1, 1 panel 1 berserta grill sangkar dan awning RM3.5K tp tu tahun lalu kalau sekarang mungkin lebih sebab barang dah naik harga. cuba contact no yang saya bagi tu

      Delete
  4. 019 - 379 3722 Mat Pantai Dalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...