Dah dapat balik ke kampung...
Selepas PKP ni, ni dah kali ke 2 aq balik ke kampung.
27/06/20 aq dan juga abg sama sama balik kampung.
Cadangan nak bawa mak makan di JS Muara Terapung kt Kuala Gula.
Mungkin ada yang dah tahu pasal restoran ni.
Menu yang terkenal di sini adalah gulai sembilang dan juga ketam kulit lembut nya...
Sampai ke kampung dalam jam 11 pagi.
Terus ke Kuala Gula. Jarak Kuala Gula ni dengan rumah mak aq ada la dalam 1 jam 30 minit.
Jauh kan...macam dari KL nak ke Melaka.
Tapi disebabkan keinginan nak makan ketam kulit lembut, HB ku turunkan jua.
Restoran ni beroperasi dari jam 12.00 tenghari ke 12.00 malam.
Kalau nak ke sini ku cadangan korang membuat tempahan dulu.
Boleh lihat di FB mereka setiap set menu mereka.
Nak order single pun ada juga.
Nak ikut kan menu yang menjadi pilihan atau pun menu popular di sini adalah gulai ikan sembilang dengan ketam kulit lembut goreng tepung. Tapi hari yang kami datang tu ikan sembilang takde stok la pulak.....nasi ketam kulit lembut ada...nampak gaya nya kena datang lagi la ye...
Yang ni set A iaitu RM120.00
Dalam ni takde ketam kulit lembut. Ada la 3 ekor.
Hari ni ketam kulit lembut berharga Rm8 seekor saiz tak la besar dalam tapak tangan budak kecik je.
Jadi ku tambah lagi 2 ekor menjadi 5 ekor kesemuanya.
Set ni ada air sunquik 1 jug tapi ku tolak kerana kami nak order air masing masing.
Set ni untuk 5-6 orang makan...
Cukup la untuk kami ber 6
Untuk pakej A ni :
Nasi putih 1 mangkuk (5-6 org)
Tomyam 1
Udang goreng tepung 1
Ketam kulit lembut 3 ekor
Ikan siakap 1 ekor
Sayur campur 1
Telur dadar (aq rasa 3 biji kot)
Buah sepiring
Air sunquik 1 jug
Banyak ni je anak anak yang lain tak dapat ikut kerana ada urusan masing masing....
Muka tengah tunggu makanan....
Sambil tunggu makanan kita berselfie dulu la ye.. |
Ikan siakap 3 rasa...
Rasa memang sedap...dan ikan takde pun bau....
Ni ketam kulit lembut goreng tepung
Rekemon sesangat....
Udang goreng tepung..
Ku add mee udang... Rasa ok juga....
RM20.00
Harga untuk ke semua makanan ni RM153.30 tetapi di kurangkan jadi RM150.00 je.
Disebabkan aq tak ambil air pakej tu, owner ni tolak RM10.00
Dan makan untuk hari ni di taja oleh my HB....
TQ Abang...
Habis je makan, kebetulan masa kami nak balik, ada nelayan balik ke jeti.
Masa ni peraih tak ada lagi.
Jadi nelayan ni menjual ikan merah RM20 sekilo kepada kami.
Aq dan SIL apa lagi borong la 2 kilo, untuk mak sekilo.
Nak beli lebih peti ais tak muat pula nanti kat umh mak kan...
Lepas kami membeli berduyun duyun orang lain datang nak beli ikan merah tu juga.
Rezeki kami la kan....Dapat ikan segar baru naik dari jeti.
Dah siap makan dah siap beli ikan...apa lagi jom kita balik....
Malam ni kita nak melepak lagi kan....
Jom Layan...
No comments:
Post a Comment