16 June 2020

Jom Cari Durian di Bukit Gantang

Bila dah boleh rentas negeri, kami semua pakat pakat pulang ke kampung.
Kebetulan pula kali ni musim durian..
Jom kita p cari durian. Disepanjang jalan Kampung Gajah, takde pulak orang jual durian.
Mungkin belum gugur lagi kot...
Jadi Iqhwan kata kat area Bukit Gantang, Kemunting ada durian.
Petang sabtu tu 13/06/20 kami ke sana. Di sepanjang jalan Trong, Changkat Jering takde lak orang menjual. Kot ada pun 1 -2 orang je.
Harga tak yah la tanya mesti mahal kan....
Jadi Iqhwan kata ada di Bukit Gantang.. Call kawan dia ni... ada stock...
Sampai sana kami pun call la brader ni.
Setelah tunggu di tempat yang dijanjikan beliau menjemput kami ke rumah nya.
Patut la tak jumpa.. rumah beliau jauh ke dalam.
Tiba nya kami, ramai yang dok membeli durian kat brader ni...
Kami apa lagi, angkut la...tengok sebakul besar dalam 20 kilo gak la
Harga durian ni RM10 sekilo, semasa pkp dulu harga baru RM5-8 sahaja...
Tapi memang puashati beli dengan brader ni
Kami terus kopek sebab dah bawa bekas siap siap.
Kalau ada yang busuk, mengkal brader tu tukar terus...
Memang puashati layan brader ni...






Jual durian dirumahnya sahaja...
Kalau sesiapa yang ingin kan durian bila tiba musim nya
boleh la contact brader ni
Nama beliau Zul 019 - 647 4140
In sha Allah tidak menghampakan...
Sebelum datang call dulu ye...nanti pulang tangan kosong pula...
Layan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...