Salam ramadhan....
Hari ni hari ahad... Aku kena hantar Nadia ke Pavillion.
Nadia masuk kerja jam 1.00 petang.
Balik dari Pavillion punya la jem kat depan Time Square... Jem melekat.
Sebabnya bangsa Cina ada sembahyang kubur. Kubur tu kat area Jalan Sungai Besi...
Terkesan la jalan jalan yang berhampiran. Selepas je melepasi jem tu aku ajak hb terus ke Banting.
Cari kerepek kat Kerepek Ros. Sampai situ ramai juga la customer yang membeli. Pelbagai jenis makanan ada dari kerepek, kekacang, biskut raya, kek, dessert.... Pokoknya sediakan duit je la...
Pembayaran boleh tunai atau pun Debit / credit.... Mudah kan...
Siap je membeli kami balik melalui Kota Kemuning. Aku ajak hb singgah Hero Bukit Kemuning kejap.
Syok la pula jalan jalan kat Hero Shah Alam ni. tak ramai orang macam selalunya kat Permaisuri tu.
Tapi hb kata selalu penuh tu mungkin dh petang sikit kot orang kurang. Paling aku suka sebab setingkat je....senang tarik bakul....Kalau Permaisuri 2 tingkat... leceh sikit la...
Perancanga nya aku nak buat laksa hari ni tapi bila aku balik dah lewat...Aku tukar plan ke Bakso je...
Cari la meatball kat Hero... dengan mee... Bahan yang lain aku dah ada.
Ada tembikai, mangga...
Bakwan ngan tauhu sumbat sayur tu aku beli kat kedai Vivin.
RM1 sebiji boleh campur....
Ok la kan
No comments:
Post a Comment