10 February 2023

Tukar Tayar MYVI @ W. D. Sport Rim & Tyre Di Puncak Alam

 Kebetulan hari isnin masih dikira Public Holiday bersempena cuti hari thaipusam yang jatuh pada hari ahad... Nadia pula off hari isnin.
Aku ajak la Nadia ke Puncak Alam. Nak tukar tayar kereta. Dah nak masuk 4 tahun tayar tak bertukar.
Dah botak ada yang dah makan dalam tayar nya. Sebabkan MYVI selalu aku bawa ke mana mana. baik aku tukar... Dari pagi hujan je sampai la siap tukar tayar, balik pun kena hujan. Kiranya hari ni memang seharian hujan... Balik rumah tarik selimut sambung tidur... Best oooooo....


Kat kedai ni la aku selalu tukar tayar, sport rim ke....
Murah juga la berbanding kedai yang lain. Kedai ni senang je dekat dengan Hospital UITM....
Boleh nampak la hospital ni jika korang dok langgut tunggu tayar korang siap...


Yeah dah tukar pun tayar.
Saiz 195 / 55 / 15 
Jenama Dunlop RM180.00 sebiji... Aku tukar la 4 biji

Aku juga buat alignment RM20.00 








Korang tengok ni pelbagai jenis sport rim ada. Banyak juga pilihan warna dan juga design..
Ada yang aku berkenan sangat. Tapi nanti la... Fulus tak berapa nak cukup lagi.
Lagi pun kereta aku tu memang dah ada sport rim.....
Jom kita cuci mata kat sini.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...