19 July 2024

Berbuka Puasa Di C6 Medan Selera

Salam Magrib....
Semalam hari ke 4 aq berpuasa.
Hari Nurin ajak aq dan Ina makan kat luar.
Disebabkan aq berpuasa jadinya... Kami pergi lebih awal la...
Kul 7 aq dah keluar rumah.
Sampai je kat Medan Selera kami menuju ke Gerai C6.
Aq macam biasa la mesti order bihun celup la... 

Hari ni aq order bihun celup daging


Tomyam pok tik...
Nurin makan dengan Ina.
Tapi sayangnya seafood ni dah tak berapa fresh dan kuahnya yang agak masin...

Sotong goreng tepung...
Yang ni sedap

Kailan ikan masin

Jus tembikai dan juga jus oren



Hari ni macam berjanji pulak...
Baju semuanya warna hitam...
Hahaha....

Bila aq berbuka kat luar dengan kawan kawan...
Kat rumah aq masih siap kan makanan untuk anak anak kat rumah.

Aq buat sardin tumis cili api je..
Tapi kenapa gambar jadi blur mcm ni

Telur mata kuning cair...
Permintaan Alif....

Lepas je makan kami pun pulang.
Sempat lagi aq membeli sebekas buah potong untuk Alif.
Sebekas RM5.
Lupa lak ambil gambar.



18 July 2024

Menu Berbuka ~ Salam Magrib 11 Muharram 1446H

 Salam magrib.....
Hari ni dah 11 Muharram... Menu berbuka aq pada hari ni....
Disebabkan pagi semalam aq masak nasi dan anak anak tak habiskan... Jadinya nasi putih yang berbaki tu aq buat nasi goreng untuk mereka... Untuk aq, aq buat sohun goreng... nak habiskan stok sohun.
Dalam dok aq masak tu hb balik dari kerja... katanya ada orang sangkut bubur ni kat pintu gril aq...
Aq dah agak ni mesti Kak Ani yang hantar. Sebab hari tu aq balik kampung, Kak Ani ada kirim jagung...

Menu aq pada hari ni...

Sekarang ni bersahur atau berbuka aq akan minum dengan semug green tea.
Selalunya aq minum jenama Ahmed Jasmine... Aq suka aroma green tea ni lembut je...

Nasi goreng kampung... sayur lak apa yang ada dalam esbox...

Yang ni sahun goreng... sohun sikit tu yang meriah nampak sayur je

Karipap sardin..

Last dah keropok yang Nurin bagi.. 
Goreng habiskan...

Bubur jagung pemberian Kak Ani.

Alhamdulillah syukur rezeki mu Ya Allah....
Semoga kita semua memperolehi keberkatan di bulan Muharram ni....
Amiin...

17 July 2024

Menu Berbuka ~ Salam Magrib 10 Muharram 1446H

 Salam magrib selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa 10 Muharram.
Alhamdulillah dah hari ke 2 aq berpuasa...
Rasa ni masak menu berbuka yang biasa je... apa yang ada dalam esbox aq la kan....

Menu kari daging korban pemberian Ina...
Masak sikit buat kari.
Kari daging ku campurkan dengan kentang. 
Lama juga aq merenih nya.. dari kul 6 sampai la kul 7.15 malam...
Dah kira nak waktu berbuka dah....
Yang ni kegemaran Alif..
Hari ni Alif habiskan kari daging dan juga nasi.
Pagi tadi bangun tidur dah siap cuci periuk nasi dan periuk kari...
Hehehe...

Goreng sikit keropok pemberian Nurin masa pergi Kelantan hari tu...
Ada sikit lagi

Ikan masin gelama belah kawan Nadia beli kat Tanjung Dawai...
Sedap aq goreng garing garing...

Ulam raja dan cabang 3.
Pemberian jiran masa balik kampung hari tu....

Karipap sardin pemberian Emma...
Goreng 5 ketul je

Ok cukup la menu 5 jenis ni..
Alhamdulillah.. kenyang dah...
Menu yang simple macam ni boleh menjadikan korang bertambah tambah kalau tak jaga portion nasi nya... hehehe.. Lepas berbuka stop...solat magrib...
Hilang rasa nafsu nak sambung makan lagi...
Hehehehe...


16 July 2024

Selamat Berbuka Puasa Hari Tasua @ 9 Muharram @ 15/07/2024

Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa pada hari ni.
Aq pun tak ketinggalan berpuasa pada hari ni.
Hari ni Hari Tasua bersamaan 9 Muharram 1446H

Kelebihan Bulan Muharram

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Hijrah Islam di mana ia termasuk dalam bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah, ayat 36.

Empat bulan Haram dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut.

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

 

Cukup la masak sikit sikit...
Ada 5 jenis makanan...

Sambal cili api tempe dan kentang

Sardin tumis bawang je

Telur dadar goreng dengan cencaluk

Lemak pucuk...lauk hari jumaat lepas aq panaskan balik.
Masih elok dan tak basi

Ulam raja dan cabang 3.

Kenyang juga makan sikit sikit macam ni pun.
Kena nasi panas panaskan....
Alhamdulillah... rezeki hari ini...



Makan Tengahari Di Nasi Ayam Penyet Dora MJ

Masa dalam perjalanan balik ke KL.
Aq dah siap siap inform hb yang aq nak makan tengahari kat Nasi Ayam Penyet Langkap ni...
Kat sini bukan la pertama kali aq makan... dah berkali kali.
Tiap kali balik ke kampung atau balik ke KL wajib singgah..
Korang boleh tengok post aq yang sesebelum ni kat DI SINI dan kat DI SINI
Hehehehe...

Kali ni aq makan Nasi goreng temenung rebus...
Sedap oooo... Kalau datang sini korang cuba ye...

HB makan nasi goreng biasa je 

Alif macam biasa mesti makan nasi ayam penyet tu...
Siap tanya yang ni boleh makan ke (serdak)
Eh boleh la sedap tu...

Dah siap makan kami meneruskan perjalanan ke KL.
Lalu ikut jalan dalam je sampai le ke Rawang Serendah Selayang...
Jalan pun ok tak jem..
Dalam kul 7.00 malam kami sampai kt KL.

Sarapan pagi DI AEON Manjung

Ahad pagi aq ke AEON Manjung.
Temankan SIL aq nak beli beg kata nya....
Erm ok la... 
Bila dah beli beg tu kami ke Food Court.
Biasa la kan.. banyak menu pilihan kalau korang dah sampai kat AEON ni.

Tah kenapa semenjak 2 menjak ni aq memang suka makan kat AEON. Ada pelbagai menu pilihan dihati.  

Kali ni aq cuba bakso...bakso ori je...
Menu ni diberi percuma dengan  air lemon leminat....
Sedap nya... Harga baru RM10.90 se set...
Masa aq nak bayar kat cashier tu boleh pulak aq order air latte untuk aq...
Hahaha...tu yang ada 2 air tu..
Tapi apa apa pun bakso ni memang sedap korang...
Kalau datang wajib cuba...
Rasanya memang tak menghampakan...
Ni aq order versi maggi...
Lain kali try la ada bihun, keo teow, mee..
Lepas je makan... jalan jalan kejap belikan Alif sushi.
SIL belikan Shahira Dry Pan mee....
Aq belikan karipap inti kaya kat La Bohame yang 3 biji RM5 tu...
Mak suka makan sedap kata nya...
Apa lagi dah siap semuanya...
Moh balik la...
Nanti kang kita dah nak balik ke tempat masing masing..

Semarak Seni Budaya Di Beruas

Hari sabtu malam...
Lepas je abg aq sampai dari Kuantan...
Kami ke Beruas.. Kat sana Malam Semarak Budaya. Julung julung kali diadakan...
Expo berlangsung selama 10 hari.
Kecil je tapi ok la banyak juga pilihan makanan dan juga jualan pakaian tudung dan kasut.. 

Pelbagai jenis asam

Kasut

Baju

Mainan budak budak

Kopi Doih ni panjang orang beratur... Mesti sedap kan.
Tapi aq tak la beli

Kat sini pun ada goreng goreng

Jualan kasut

Pelbagai jenis sup, laksa

Satay


Anak anak ayam yang berwarna warni

Roti

Jelly Ball

Keropok lekor

Lok Chin

Karpet


Ayam geprek

Kerabu maggi


Yang ni aq teruja sangat.
RM1 mana dapat selalunya RM2 sebatang ni
Aq dah la pengemar pulut thai ayam ni...
3 batang aq ambil

Tupat sotong tu aq ambil sebatang..

Shawarma...
Aq ambil shawarma sepcial... ayam + daging RM10.00


Dalam dok jalan jalan tu terdengar ada lagu pertama kali...
Ingat DJ pasang muzik je
Rupanya penyanyi betul la...
SIL ajak aq bergambar denga Sha...
Ok la... ramah je si Sha melayan peminat nya...


Lepas je membeli apa yang patut kami ke Lumut pula...
Lepak kat tepi laut...kawasan Navy Base tu
Makan la belian yang kami beli tadi.
Order juga air dengan orang tu.


Order juga maggi kari...
Tapi rasa tawar dia buh air banyak sangat kot

Neslo... lama aq tak minum neslo...
Kena kat tekak nikmat nya...
Dalam kul 12.00 malam kami pun balik...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...